Part 63

8.4K 513 20
                                    

Dhia dania termangu di halaman rumah yang sudah dua tahun dia tinggalkan . Berkedip-kedip iris nya memerhati segenap desa kelahiran ini .

Terpegun melihat rumah di hadapan mata .Terlalu banyak perubahannya . Jika dulu hanya beratap zink dan berdindingkan papan . Kini sudah bertukar atap genting dan dinaiki batu-bata .Hatinya mula tertanya-tanya . Angkara siapakah semua ini?

Silir angin yang berhembus sesekali bertiup kencang . Menerbangkan daun-daun kering di halaman rumahnya . Gemalai semilir bagaikan enak membelai wajah .Nostalgia alam remaja mula bergentayangan di alur minda .Dhia dania terpaku seketika .

Selangkah dia menapak . Hatinya mula dipagut keresahan . Bimbang akan Bagaimana agaknya penerimaan ibu nanti? Sudah pastinya dia bakal dimarahi wanita itu. Teringat kata-kata janjinya dulu sebelum pergi meninggalkan rumah . Kononnya hanya pergi untuk sebentar . Walhal hampir 2 tahun dia membawa diri . Ahhh sudah pasti lah ibu akan merajuk .

Dari kejauhan anak matanya menangkap kenderaan yang masih terletak elok di porch rumah . Hadiah pemberian suami kepadanya 2 tahun yang lalu masih disitu tidak terusik .
Sayangnya pemberian itu langsung tidak dihargainya . Dicemuh dan dimakinya lagi ada. Betapa hinanya dosa lalu .

Ya . Aku isteri derhaka. Betapa pahitnya hakikat itu .

"Maafkan nia abang.."

Bisiknya sepintas lalu..

**************************

Bunyi ketukan bertalu dipintu menghentikan perbuatan Wan salmah yang sedang leka menyusu botol Tengku Aryan .

Bergegas dia bangun dan menapak ke arah muka pintu. Saat daun pintu terkuak perlahan . Masing-masing tergamam . Hanya airmata yang mula mengalir menjadi isyarat penyeksaan rindu dendam dua jiwa selama ini

"Ibu.."Tangan wan salmah yang masih terkedu di muka pintu digapai dan sudah di kucupnya sepenuh hati .

"Nia dah pulang bu .. "

Ucapannya dibiar sepi dibawa angin . Agak lama mereka terdiam. Yang jelas kedengaran hanya tangis yang tertahan

"Ibu..." gamitnya lagi

"Dah puas kamu berlari nak? dah puas berbuat dosa? Kenapa baru sekarang menjenguk wajah ? Suami dah terlantar baru nak pulang? Takut tak sempat nak meminta ampun pada suami? Begitu?"

Bertubi-tubi soalan yang bermain dibenak diungkapnya bersama wajah yang beku . Hanya airmata galak membasahi wajah mengenangkan kedegilan anak sendiri.

"Ibu ! maafkan nia . Jangan cakap macam tu bu . Nia tahu nia berdosa . Nia mintak ampun" tangisnya .

Pedih sekali saat mendengar kata-kata nista yang terbit dari bicara wanita itu . Perlahan dia melurut jatuh ke kaki ibunya . Memaut erat di situ.

"Nia minta ampun bu "

"Sampai hati kamu nia . Kamu berjanji dengan ibu nak pergi sekejap sahaja . Tapi 2 tahun kamu pergi nak ! Tak kesian ke kamu dekat ibu?"

"Nia tau nia salah . Nia dah menyesal bu . Nia sanggup buat apa saja . Asalkan ibu ampunkan nia"

"Kalau kamu nak mintak ampun . Bukan disini nia . Tu ! dekat hospital sana! 2 tahun menagih cinta kamu . 2 tahun menunggu isteri yang pergi tanpa tahu hujung pangkal . Nusyuz kamu nak ! Pergi mintak ampun pada Adz ! bukan disini ! " tegang kedengaran suaranya.

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now