Sampai sahaja di office pagi itu . Zaril terus bergegas untuk berjumpa dengan tengku adzmir , awal pagi lagi lelaki itu telah menelefonnya untuk bertemu , katanya ada hal mustahak yang ingin dibincangkan .Zaril hanya menurut , Lagipun, dia juga ingin mendengar penjelasan dari mulut tengku adzmir tentang apa yang telah dilakukan lelaki itu terhadap dania . Sejak mengetahui peristiwa semalam dia menjadi marah akan sikap Tengku adzmir yang terlalu kejam melakukan seorang wanita sebegitu rupa , apalagi untuk wanita yang berstatus mulia sebagai isteri .
"Weh adz , apa yang kau dah buat pada nia hah? Mana pergi sifat kemanusiaan kau tu ? " Pintu bilik sahabatnya dirempuh tanpa salam . baru sahaja memasuki ruang bilik office itu , dia sudah menyuarakan rasa tidak puas hatinya . Tengku adzmir agak terkejut apabila disergah begitu .
"Eh wait2 .. apa maksud kau ni? Apa yang aku dah buat? Masuk bilik aku takde salam takde apa tiba2 nak sound aku " tengku adzmir pura2 marah . Hatinya berasa tidak enak dengan pertanyaan zaril . Mendengarkan tindak balas sahabatnya itu zaril sudah ketawa kuat. Ketawa yang dibuat2
"kau jangan ingat aku taktau , apa yang kau dah buat pada dania . Aku kecewa dengan kau , adz !! Aku tak sangka perangai kau sejahat ni!Kau buat dia seperti punching bag , kau dera dia sampai lebam sana sini . Ikat dia seharian dalam bilik persembunyi-an kau tu . Dia manusia adz , bukan binatang !!" Berombak dadanya memarahi tengku adzmir
"First aku dengar cerita pasal dania dari mulut kau , aku ingat dia lah seorang yang jahat . Tapi aku salah menilai , lepas hadirnya dania dalam hidup kau , baru aku kenal true colours yang dalam dalam diri kau . Kau sebenarnya lagi jahat dari dia !!"
"Mana kau tahu semua ni? Apa yang betina tu dah sogok kau? sampai kau nak bekap dia?! Dulu bukan main lagi . Kau ingat sikit eh , semua ni rancangan bodoh kau ! Kalau bukan sebab kau yang bagi cadangan untuk aku pikat betina tu , hidup aku tak akan jadi macam ni!!" Turun naik nafas tengku adzmir , sakit hati apabila zaril bersungguh bekap perempuan dibencinya itu. "
"Ya memang rancangan aku , tapi kau kene ingat aku tak suruh kau seksa hidup dia ! Kau patut bersyukur adz .. kalau bukan sebab nia kau mungkin dah mati semalam!"sinis suara zaril
"Aa..apa maksud kau?" Matanya tajam memandang zaril tidak memahami apa yang cuba disampaikan sahabatnya itu .
"Kau nak tau apa yang betina club tu dah bagi kau semalam? Dia bagi kau dadah Amphetamine , Kau overdose dadah seks adz! Nasib aku sampai tepat pada waktu , kalau tak dah lama kau jadi pak sanggup dia! "
"Akulah yang bawak kau balik . Aku buntu nak buat apa dah , sampai la aku dengar suara seseorang dari bilik tu . Isteri yang kau kurung tulah , tempat aku meminta tolong untuk kau lepaskan gian melampau kau tu !! "
"But aku tak yakin dania ikut ke tak apa yang aku suruh , lepas apa yang kau dah buat pada dia . Tapi memang ajaib lah, sebab kau still sihat walafiat depan aku pagi ni" . Suaranya sudah mulai mengendur
Tengku adzmir hanya mendiamkan diri . Terpana dengan apa yang dikatakan sahabatnya itu . Teringat akan tompokan darah pada katil sewaktu dia bangkit dari tidur pagi tadi . Rupanya tompokan darah itu milik dania. Dia yang meragut kesucian isterinya . Wajah diraup berkali2 seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh zaril. Kalau benar apa yang dikatakan dia sudah berhutang nyawa pada dania . Patutlah dia tidak dapat mengingati peristiwa semalam secara jelas rupanya dadah itu telah merangsang saraf otaknya . Dia mengeluh perlahan .
Zaril yang melihat sudah menepuk2 bahu sahabatnya itu . "Sementara ada peluang ni berbaiklah , tak salah kalau korang berbaik . Sama2 memajukan lagi syarikat ini , mungkin itulah yang arwah papa kau nak siapa tahu kan? " pesan zaril sebelum berlalu keluar dari bilik itu . Meninggalkan tengku adzmir yang masih berkeadaan diam seperti itu . "Semoga kata2nya sebentar tadi akan merubah hati tengku adzmir terhadap dania" itu doanya .
Tengku adzmir hanya termenung dimeja kerjanya satu habuk kerja pun tidak dapat dilakukan saat ini . Kata2 zaril terlayar diruang mata .
" memang tak lah aku nak berbaik dengan perempuan tu , lagipun apa yang aku ambil dari dia , tak setimpal dengan apa yang dia dah ambil dari aku ."desisnya . Betul lah kata orang kerana harta , putus tali persaudaraan .
Teringat pula akan mamanya dirumah , agak lama dia tidak pergi melawat sihatkah wanita itu? Entah mengapa rindu itu hadir saat ini . Punat interkom ditekannya .
"Suzy tolong batalkan semua appointment i harini dan tunda pada besok hari . I nak keluar ada hal mustahak and tak masuk office , see you tomorrow " . Pesannya sebelum mencapai briefcase dan kot hitamnya berlalu dari bilik itu
*********************************
Dhia dania yang baru selesai solat terkocoh2 membuka telekung apabila panggilan telefon sudah menjerit2 diatas meja solek biliknya . Riang hati dikala melihat nama pemanggil yang dirinduinya itu .
"Assalamualaikum ibu.."ucapnya girang . Suara wan salmah menjawab salam ditalian bagaikan embun yang menyiram hati galaunya saat sini . Sungguh dia rindukan wanita itu .
"Ibu sihat? Nia rindu sangat dekat ibu " ucapnya lirih .
"Alhamdulilah nia , ibu sihat je .. nia pun mesti makin sihat kan? Yelah orang dah bahagia .. lama nia tak jenguk ibu . Ibu lagi rindu dekat nia " balas wan salmah ditalian .
Setitis airmata dania gugur juga dipipi lantas disekanya perlahan. Diperhati bibir dan pipinya yang luka itu , inikah bahagia yang di maksudkan ibu? Dania berdehem cuba mengawal kesedihannya .
"Nia bukan taknak jenguk ibu , tapi abang adz busy bu .. nia nak pergi sendiri dia tak bagi , bahaya katanya ..
inshallah bila lebam .." katanya terhenti hampir sahaja diterceplos bicara tentang keadaan dirinya saat ini ."Haa? Apa yang lebamnya ? Wan salmah sudah pelik apabila dania sudah diam ditalian
"Eh lebam pulak ! maksud nia , inshaallah lepasni nia akan pujuk abang adz supaya bawak nia jenguk ibu dalam masa terdekat k" dia sudah buat2 ketawa agar tidak timbul syak wasangka wan salmah .
" Baguslah kalau macam tu..ibu bersyukur dia dah jaga kamu dengan baik . kirim salam ibu pada suami kamu tu ye . Jaga diri kamu nia .. jadi isteri yang solehah , Kamu pun rajin2 lah call ibu ..okaylah ibu nak ke rumah jiran sekejap menghantar lauk assalamualaikum "
Selepas talian sudah dimatikan , berhamburan tangisan dania diruang itu . Kelihatan parah sungguh hatinya saat ini .
"Maafkan nia ibu , nia terpaksa berbohong . Nia silap bu.. dia bukan suami yang baik pada nia.. tapi kenapa nia sukar untuk membencinya bu?!" Rintihnya keseorangan. Semoga kelak ada sinar bahagia untuk insan bernama dania .
------------------------------------
To be continued... please vote for me 🙏🏻 kasihanilah saya yang penat memerah otak ini hihi🤧😅
![](https://img.wattpad.com/cover/134145237-288-k310290.jpg)
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
RomancePrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...