Part 66

8.3K 436 53
                                    

Dania memandu laju keretanya .Jari jemarinya menggeletar memegang stereng kereta. Jika di ikutkan hati ingin sahaja dia terus terbang ke hospital menemui suaminya . Airmata yang merembes laju mengaburi mata dikesat kasar .

Hatinya yang dibalun pilu bagaikan sudah remuk redam dan luluh dek khabar yang baru diterimanya sebentar tadi . Kepedihan yang berladung dihatinya saat ini benar-benar membuatkan jantungnya terhenti . Baru dua hari dia tidak ke hospital menjenguk Tengku Adzmir begini pula jadinya .

Ibu mertua menghubunginya dan memberitahu doktor ingin meminta izin untuk mencabut segala wayar yang menjadi bantuan pernafasan suaminya selama ini . Doktor juga memberitahu bahawa suaminya sudah tiada peluang untuk hidup lagi .

Tidak !! dia tidak akan membenarkan walau seurat wayar sekali pun dicabut dari tubuh suaminya . Tidak !!

Airmata Wan salmah disebelah juga turut merembes keluar tanpa dapat dibendung . Tengku Aryan yang masih belum mengerti apa-apa di ribanya dipeluk erat. Bahu Dania yang masih teresak disebelah diusap untuk menenangkan wanita yang kelihatan agak pucat itu .

"Sabar nia .. Kita doakan yang terbaik untuk adz ...ibu harap kamu tabah nak"

"Kenapa payah sangat cinta kami bu?! Kalau apa-apa terjadi pada adz . Nia tak akan maafkan diri ini sampai bila-bila . Nia taknak kehilangan adz bu! Setiap hari nia tak putus berdoa agar nia masih berpeluang nak bahagiakan adz ! tapi kenapa begini juga akhirnya ! Nyawa adz dah dihujung tanduk ! Hati nia dah terlalu hancur bu !" bentaknya keras

"Nia... mengucap nak . Nia kena redha ... Ingat sayang , apa yang terjadi telah ditetapkan Allah . Kita sebagai manusia harus menerima segalanya dengan hati yang ikhlas . "

"Bu walau apa pun ! Nia tak akan biarkan adz pergi begitu sahaja ! Nia belum habis berjuang untuk dia . Nia taknak menyandang gelaran isteri derhaka sampai mati bu !"

Wan salmah yang mendengar sudah terdiam mendengar luahan hiba si anak . Dia tidak mahu bersuara lebih . Takut jikalau hati anak yang sedia terluka itu menjadi semakin parah . Akhirnya dengan segala kerendaham hati hanya doa tulus ikhlas yang mampu dipohon agar lelaki yang menjadi kebahagian anaknya itu akan pulih dengan segera ...

**********************************

Rempuhan kuat di bilik wad pengejutkan beberapa orang penghuni didalamnya . Dania melihat ibunya sudah jatuh terduduk bersama deraian airmata disampingnya seorang doktor lelaki muda cuba untuk memujuk ibu mertuanya . Kelihatan 3 orang jururawat sudah bersedia disisi katil suaminya .

"Mama...?! apa semua ni maaa?" soal dania menghampiri Tengku Maria yang sudah merintih perlahan .

"Doktor nak cabut wayar ditubuh suami kamu nia .. Mereka cakap suami kamu sudah tiada peluang" esak Tengku Maria lagi .

"Mama tak boleh biarkan ma ! Kita usahakan lagi untuk abang . Mama tolonglah ma .. Kesian kan nia .. kesiankan aryan . Kami masih memerlukan adz ma .." pujuk dania bersama tangisannya .

"Sebagai ibu yang melahirkan mama tak sanggup nia..Mama tak sanggup lihat anak mama terseksa begini . Mama tahu ini keputusan yang sangat berat . Tapi sungguh hati mak terluka tengok keadaan adz macam ni ..sudah hampir 5 bulan nakk...." Walaupun sebak suaranya .Namun dia sudah redha .

"Puan , jadi macam mana keputusannya? Boleh ke kami hentikan mesin ni?" Tanya doktor muda itu sekali lagi .

"Tidak!!!"Jerit dania tiba-tiba . Sepantasnya katil suaminya dihampiri . Kelihatan Nurse disitu sudah bersedia meletakkan tangan diwayar-wayar mesin .

"Jangan ! saya haramkan awak sentuh satu pun wayar ! jangan sentuh apa-apa pun ! pergi dari sini ! Saya yakin suami saya masih ada harapan untuk sembuh !! tolong pergi !" tubuh suaminya dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi .

Wan salmah yang hanya membeku dimuka pintu sambil mendukung Tengku Aryan hanya mampu mendiamkan diri . Hanya airmata mengalir lebat dikelopak mata .

"Mama ! tolonglah ma tarik balik kata-kata mama tu ! Kalau mama masih punya belas kasihan fikirkan Iyan ma ! cucu mama ! dia masih memerlukan ayahnya ! Tolonglah ma !"

"Abang baru koma lima bulan ma ! Nia yakin abang akan sedar ! Nia sebagai isteri sanggup tunggu selama mana pun ma ! Doktor bukan tuhan yang tahu segalanya !!" Bentak dania bersama rayuannya .

"Bang ! bangun bang ! jangan biarkan mereka fikir abang tiada harapan ! sekurangnya tunjuk semangat abang walaupun sikit ! nia mohon bang !" tubuh suaminya digoncang kuat . Setelah itu dania menghampiri ibunya . Tengku aryan yang berada di dalam dukungan ibu mertuanya di ambil dan di bawa menghampiri katil suaminya semula .

"Bang ! bangun ! kalau bukan untuk nia. Bangun untuk anak kita . Sanggupkah abang nak tengok anak kita jadi anak yatim ?! "

"Nia sayang ..Jangan macam ni nak . Nia kena kuat . Kalau adz tengok nia lemah macam ni mesti dia lagi terseksa nia" Wan salmah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri sudah bersuara melihat keadaan anaknya yang seperti orang kehilangan arah itu .

"Tak bu! semua orang tak faham perasaan nia ! selagi nia bernyawa ! tak akan ada siapa yang boleh hentikan mesin ini ! nia yakin pada allah ! Kalau semua tak yakin semua boleh pergi ! pergi dari sini !!"

Bukan niatnya untuk menghalau namun tika ini fikirannya benar-benar kosong . Dihamburkan saja perasaannya sesuka hati . Masing-masing diruangan itu sudah terdiam dengan kemarahan milik wanita muda itu .

"Iyan , kejut ayah sayang . Jangan biar ayah lemah begini . Tolong ibu iyan . Kita sama-sama kejut ayah k sayang . Cium ayah sayang" makin laju airmata berhamburan kepipi . Wajah anaknya segera dibawa mendekati wajah si ayah.

Dengan kuasa Allah dania melihat air jernih mula mengalir dari pelupuk mata suaminya yang terpejam rapat itu .

"Mama ! ibu ! nia nampak ada air yang mengalir di mata abang ! betulkan apa yang nia cakap ! abang masih ada harapan !"

Wan salmah dan Tengku maria berpandangan sesama sendiri . Segera dia menghampiri katil lelaki muda yang masih bertarung nyawa itu. Benar kata Dania ! ada cecair jernih yang mengalir dipipi itu .

Akhirnya kedua wanita tua itu berpelukan sesama sendiri. Mungkin tidak menyangka keajaiban yang berlaku dihadapan mata . Hampir lima bulan anaknya itu tidak menunjukkan respon positif . Dan kini respon mendadak itu memeranjatkan mereka . Kini Tengku Maria benar-benar yakin anaknya itu masih berpeluang .

"Kak mari kita keluar dulu . Ya nak tenangkan fikiran. " Ucap Tengku Maria perlahan . Sebenarnya dia ingin memberi peluang kepada mereka tiga beranak itu untuk bersama. Wan salmah yang mendengar hanya menurut . Perlahan mereka melangkah ke luar wad bersama sisa harapan yang kembali menggunung ...

--------------------------------------------

Hai readers tersayang ! sedar tak sedar DC sudah hampir ke garisan penamat . Act sayang nak habiskan cite ni hahahaha . Readers tersayang masih berminat ke nak follow cerita ni? hehehe

Btw sorry if ada kekurangan sis rushing menulis hahahaha zzzz

vote and comment plissss 🙏🏻

mana tahu sis lebih bersemangat nak update cepat2 muahahah 🤣

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now