Tengku adzmir azim tiba di rumah tepat jam 9 malam . Dia segera ke bilik dania . Terlalu banyak dosanya pada wanita itu, dia perlu meminta ampunDania yang baru sudah mengerjakan solat isyak terus menanggalkan telekungnya . Di saat berpaling ingin melipat sejadah matanya menangkap susuk tubuh suaminya dihadapan muka pintu . Lelaki itu sedang memandangnya dengan pandangan yang dania sendiri susah untuk menebaknya .
Sesaat mata mereka bersatu , dania melarikan pandangannya . Dia benci melihat Tengku adzmir , dan hanya membuat tidak endah dengan kehadiran suaminya saat ini
Dania agak terkejut apabila lelaki itu tiba2 sahaja melutut dihadapannya . Dia berundur sedikit kebelakang . Tidak tahu drama apa lagi yang ingin dipertontonkan suaminya . Dania perasan kelopak mata lelaki itu mula digenangi airmata.
"Demi allah nia , abang minta ampun . Abang berdosa dengan nia . Abang kejam , berhati binatang . Maafkan abang .." airmata sudah mengalir dipipi . Dia tidak peduli akan egonya lagi . Kemaafan dania lah yang terpenting kini .
Dania yang melihat sudah memalingkan muka . Cukup2 lah dengan kepura-puraan lelaki itu selama ini . Dia tidak akan mudah percaya dan diperbodohkan lagi oleh suaminya .Terlalu dalam luka yang dipalitkan Tengku adzmir pada dirinya . Mana mungkin semudah itu untuk memberikan kemaafan . Luka ini masih berdarah , parut ini masih kelihatan .
"Tolonglah adz .. saya dah penat dengan lakonan awk . Cukuplah membodohkan saya selama ni . Selagi saya tak diberitahu kenapa wasiat tu ada nama saya , Selagi tu tak akan ada kemaafan untuk awak !"
"Nia .. untuk kali ni abang mohon kita lupakan segalanya . Demi allah abang tak boleh nak bagitau kenapa nama nia ada dalam wasiat itu . Kita lupakan tentang wasiat tu ye sayang . Sekarang abang sedar , abang patut lindungi nia . Kita mulakan hidup baru . Abang merayu nia maafkan dosa abang ."
Bagi Tengku adzmir , Dania tidak perlu tahu tentang agenda wasiat itu . Jika isterinya tahu sudah pasti dirinya semakin dibenci. Biarlah rahsia papanya terus terkubur .
Dania berpaling untuk berlalu, tidak mahu melihat lakonan palsu suaminya lagi . Jiwanya sudah cukup parah .
Tengku adzmir yang melihat, lantas menarik tangan isterinya . Sebelum memeluk tubuh kecil itu secara tiba-tiba . Dia buntu bagaimana lagi mahu meyakinkan isterinya bahawa dia betul2 menyesal .
"Nia jangan macam ni sayang , berdosa buat suami macam ni . Maafkan abang nia . Ya allah nia , kalaulah nia tahu abang betul2 menyesal " tubuh itu dipeluknya erat .
"Lepaslah adz ! Jangan berani nak bercakap pasal dosa dengan saya ! Awak fikir saya apa ha?! Awk mainkan hati saya sesuka hati awak ! Walaupun awak benci saya , tapi tolonglah... Tolong anggap yang saya ni manusia ! Bukan binatang adz ! Dah lepaskan saya ." Tubuh suaminya ditolak . Namun lelaki itu mengeraskan badannya .
"Lepas!!!"dirinya terdorong kebelakang sedikit . Apabila tolakan kuat yang dilakukan akhirnya dapat meleraikan pelukan kemas suaminya itu. Namun entah mengapa dia terasa mahu pitam secara tiba2 . Adakah dia pengidap darah tinggi? Huhuhuhu
Dia berjalan ke arah pintu bilik dalam keadaan terhuyun-hayang . Beberapa langkah saja nak ke pintu akhirnya dania tersungkur jua tidak sedarkan diri .
Tengku adzmir tergamam melihat situasi itu . Terus dia meluru ke arah dania yang sudah terbaring kaku
"Dania !! Kenapa ni sayang? sedar nia.." pipi dania ditepuk2nya perlahan . Tanpa menunggu , lantas dia berlari ke bilik air untuk membasahkan tuala . Wajah dania sudah dibasahkan dengan sedikit air namun masih tiada reaksi dari isterinya .
"Ya allah apa aku nak buat ni, tolong nia jangan tinggalkan abang . Abang banyak dosa pada nia ."
Dia sudah kalut mencapai telefonnya lantas mendail nombor zaril . Sesaat kemudian terdengar suara zaril dihujung talian .
"Ril tolong aku ..!! Nia pengsan ril ! Aku taktahu nak buat apa ? Mana aku nak dapat doktor yang terdekat sekarang? Ya allah aku takut jadi pape pada isteri aku ril . Aku banyak dosa" ngongoinya
"Bawak bertenang adz . Aku ke sana sekarang bawak doktor sekali . Kau try buat apa yang patut . " pesan zaril sebelum memutuskan talian.
Kepala Dania dibawanya keriba. Dia memeluk lalu mencium ubun2 isterinya .
"Inshaallah nia selamat , ril dah otw .. nia sabar k sayang .."bicaranya pada tubuh kaku itu .
*******************************
Melihatkan kelibat doktor yang merawat dania keluar dari bilik . Dia terus bergegas untuk menanyakan keadaan isterinya .
"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" jelas kerisauan pada wajah tampannya .Doktor yang bernama linda itu hanya tersenyum .
"Alhamdulillah isteri encik sihat . Tidak ada apa yang perlu dirisaukan . Cuma , Saya tengok puan dania tadi seperti mengalami tekanan . Kalau boleh cuba elakkan. Takut nanti boleh menjejaskan kandungan dia . Kandungan puan dania pun masih lemah . Jadi perlu dijaga dengan baik ."
Tengku adzmir terkejut mendengar penjelasan dari doktor linda itu . Kandungan? Dania mengandung?
"Be..tul ke isteri saya mengandung doktor?" Soalnya seakan tidak percaya .
"Ya encik , tahniah .. jaga isteri encik dan kandungannya baik2. Kalau tak ada apa2 lagi saya minta izin dulu ye .Assalamualaikum "
Doktor linda sudah meminta izin untuk beransur pulang . Seusai menyuruh zaril menemani doktor itu hingga ke muka pintu . Tengku adzmir terus meluru kearah isterinya yang masih belum sedarkan diri itu .
"Nia..abang happy sangat , tak lama lagi kita akan jadi parents . Kita akan ada baby sayang .."
"Abang harap , semoga kehadiran anak ni , akan melembutkan hati nia untuk memaafkan abang . Semoga anak ni yang menyatukan kita nanti . " tangan isterinya dibelai lembut sebelum mengucup jari runcing itu .
Entah mengapa hatinya sudah jatuh sayang pada wanita itu . Lagi2 dengan kehadiran bakal cahaya mata ini . Jiwanya terasa tenang sekali . Semoga ada secebis kemaafan untuknya kelak . Doa tengku adzmir
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
RomansaPrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...