Part 58

7.6K 454 32
                                    

2 Tahun berlalu 🍃

Tengku adzmir pulang awal dari tempat kerjanya petang itu . Dalam perjalanan pulang dia singgah membeli kek sederhana besar dan satu set Robot transformer electronik .

Hari ini genap dua tahun kelahiran Tengku aryan . Dia sudah bercadang dengan ibu mertua untuk meraikannya . Sementelah minggu ini giliran dia dan Tengku aryan meluangkan masa di situ.

Sudah kebiasaan sejak 2 tahun yang lalu . Tengku adzmir menetapkan untuk selang-seli meluangkan masa satu minggu dirumah mamanya dan satu minggu dirumah ibu mertua .

Dia cuba untuk bersikap adil . Agar kedua-dua ibunya dapat memberi perhatian kepada cucu mereka . Sekurang-kurangnya tiada siapa yang akan makan hati dikemudian hari.

Ketika sampai sahaja dirumah . Tengku adzmir segera menyeru si kecil yang sedang duduk di pangkuan ibu mertua . Dilihat anak itu turut sama menonton televisyen .

"yan , ayah dah balik !"Riang ucapan Tengku adzmir

Tengku aryan yang ketika itu sedang duduk melepek sambil mengisap ibu jari dipeha si ibu mertua. Segera turun dan berjalan terkedek2 ke arahnya .
Sempat dia men'agah-agah si kecil itu . Tengku Aryan sudah ketawa melihat gurauan si ayah .

"Happy birthday anak ayah!"

Ucap Tengku Adzmir walaupun anaknya itu masih belum mengerti apa-apa . Tubuh renek si anak diraih kedalam pelukan . Sempat digomolnya seketika . Wajah Tengku Aryan sudah ke kiri dan ke kanan mungkin rimas di perlakukan begitu . Jelas suara rengekan-nya

Wan salmah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati sudah tersenyum melihat kedua beranak itu . Segalanya tentang Tengku Aryan pasti akan didahulukan oleh Tengku adzmir

Selama 2 tahun ini dia banyak melihat perubahan pada diri menantunya . Baginya Tengku adzmir seorang menantu yang bertanggungjawab . Dan ayah yang penyayang .

Kadang-kala timbul juga rasa simpati melihat keadaan menantunya itu . Penat macam mana sekali pun . Dia tetap bersabar melayani kerenah Tengku Aryan .

Masih teringat peristiwa tempoh hari . Tengku Aryan tidak berhenti merengek di tengah malam buta kerana mengalami kembung perut .

"Nape aryan tu nak?" soal Wan salmah ketika memasuki bilik menantunya . Dilihat wajah Tengku Adzmir sedang cemas mendukung sambil menepuk2 bahu si kecil .

"Entah la bu . Asyik merengek je dari tadi . Bagi susu pun dia tak mahu . "

"mari sini ibu tengokkan "

Wan salmah mengambil Tengku aryan dari menantunya . Membelek-belek tubuh si kecil itu

"Kembung perut anak kamu ni adz . Takpelah biar ibu sapu ubat . Kamu pergilah tidur .Esok kamu nak bekerja"

"Eh takpelah ibu. Biar adz je yang buat . Lagipun ni dah malam . Tak elok untuk kesihatan ibu kalau masih berjaga . Adz taknak susah kan ibu"

"Tak susah pun adz . Kesian ibu tengok kamu ni . Mesti penat . Petang kerja , malam berjaga sebab anak ..."

"Perkara biasa ibu . Lagipun Aryan tanggungjawab adz . Jadi selagi ada upaya adz , akan jaga Aryan sebaik mungkin .."

"Takpelah kalau dah begitu kata kamu . Nanti lepas sapu ubat kamu cuba beri dia susu semula . Kalau ada apa-apa nanti panggil jelah ibu . "

"Baik bu .. Terima kasih"

"Ibu masuk tidur dulu lah ye"

Lamunan Wan salmah terhenti saat mendengar suara cucu yang kian bergema di ruangan itu . Dia melihat Tengku adzmir rancak mendengar celoteh yang kurang jelas terbit dari bibir mungil cucunya .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now