Part 21

13.1K 462 2
                                    

"Abang baru balik?"

Dania menyapa suaminya yang baru tiba diruang tamu . Telah menjadi kebiasaan sejak mereka berbaik , dania setia menjadi penunggu kepada suaminya kadang sampai lewat malam lelaki itu pulang dari kerja . Tengku adzmir yang baru ingin menaiki tangga terkejut disergah isterinya . Tidak perasan akan kehadiran dania disitu

" err awak tak tidur lagi ke?"cuba mengawal riak suara agar wanita itu tidak syak yang bukan2. Fikirnya dania akan memarahinya setelah peristiwa siang tadi , namun riak isterinya biasa saja seperti tiada apa yang berlaku . Dania bangun mendekati tengku adzmir dengan mata yang sedia tajam memerhati wajah itu . Tengku adzmir yang melihat sudah mengerutkan dahinya . Semakin tak keruan tengku adzmir apabila melihat isterinya seperti mahu melakukan sesuatu . Dia mengundur setapak apabila langkah dania lagi seinci darinya . Tangan dania sudah membuka tie yang dipakainya sesekali tangan halus itu mengelus dada bidang tengku adzmir .

"Abang mesti penat kan? Nak nia urutkan abang?" Lembut bicaranya sebelum menolak tubuh sasa ke sofa ruang tamu itu . Tengku adzmir tergamam dengan tindakan spontan isterinya . Dia hanya diam melihat perlakuan dania yang sungguh pelik malam ini . Dania sudah duduk diriba sambil memicit2 bahunya. Apabila wajah wanita itu sudah merapat kewajahnya dia spontan menolak dania kesisi sofa jauh dari nya . Dania yang tidak bersedia sudah terjelepok disofa sebelah . Terkejut dengan penolakkan suaminya . Tengku adzmir sudah berdiri . Membetulkan bajunya yang terdedah sedikit .

"Sorry saya penat seharian tak rehat harini .. saya naik dulu " mendatar suara tengku adzmir yang sudah ingin berlalu . Tangannya pantas dipegang dania

" siapa nia pada abang? Abang tak jujur berubah kan? Kenapa abang buat nia macam ni? Nia rasa terhina sangat kat mata abang! Kalau abang taknak nia abang boleh lepaskan nia . Nia redha bang .." airmata yang ingin mengalir ditahannya , tidak mahu kelihatan lemah dihadapan lelaki itu . Dia sengaja bereaksi begitu untuk menguji , fikirnya tengku adzmir akan turut membalas namun penolakan juga diberikan lelaki itu .

Tengku adzmir sudah menyumpah seranah diri sendiri yang tidak peka . Kadang2 sikap bencinya pada wanita itu , tidak dapat diselindungkan walau sekeras manapun dia ingin mengawalnya . Keadaan perlu diperbetulkan sebelum terbongkar segalanya . Tengku adzmir sudah mendekati isterinya tangan halus itu dicapai.

" nia .. abang mintak maaf , abang cuma penat abang takde niat nak sakitkan hati nia or buat nia terasa dengan sikap abang . Abang harap nia faham ." Tubuh dania sudah dibawa ke pelukan . Dania yang mendengar sudah serba salah . Adakah dia seorang isteri yang tidak memahami akan kesibukan suami? Salah dia kah kerana terlalu menurut kata hati? Persoalan itu seakan bermain dimindanya saat ini.

"Betul ke? Tapi siapa nia pada abang? Kenapa nia tak boleh rasa kasih sayang abang? Sayang yang abang tunjuk kadang tak sampai ke hati ni." wajah suaminya dipandang lama ingin mencari jawapan. Tengku adzmir sudah membawa dania kesofa .

"nia isteri abang lah sayang.. Mungkin sebab apa yang abang dah buat pada nia tempoh hari , tu yang nia fikir abang tak sayang nia .. abang mintak maaf k " tengku adzmir sudah tersenyum memandang isterinya . "Harap terpujuklah " desisnya

Dania yang mendengar sedikit lega . Tubuh suaminya dipeluk . Tengku adzmir hanya membiarkan sahaja . Dia mula terfikir sesuatu , Mungkin ini waktu yang tepat untuk dia bertanya tentang kisah wanita itu .

"Nia .. macam mana life nia dulu ye? Sebelum kenal abang? Mesti menarik kan?."tengku adzmir cuba serkap jarang . Dania yang mendengar sudah ketawa kecil .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now