Hari ini genap seminggu dania keluar dari hospital . Namun bayang lelaki yang masih bergelar suami itu langsung tidak kelihatan .
Dasar lelaki ! Dahulu sering berjanji konon nya cinta didalam dada hanya buat dia . Sekarang hilang tah kemana . Ahhh persetan kan semua itu .
Mungkin sudah lupa . Yelah tidak lama lagi ingin menikah yang baru . Jadi untuk apa dikenangkan barang yang sudah lama ini . Tidak lagi berharga dimata.
Kelibat wan salmah yang tiba2 muncul dibiliknya mematikan terus lamunan jauh terhadap lelaki itu .
"Nia..ada tetamu nak jumpa"
Belum sempat dania bertanya kan siapa gerangannya. Wajah Lelaki yang dibencinya itu terjengul dibalik pintu .
"Dania taknak jumpa dia bu! suruh dia berambus ! Nia tak sanggup nak tengok muka dia lagi !"
Dania seperti dirasuk . Habis bantal dan segala apa yang boleh dicapai di campaknya kearah muka pintu . Sesak dadanya melihat tingkah anak yang sudah seperti hilang waras itu.
Wan salmah berbisik sesuatu pada Menantunya sebelum Tengku adzmir mengangguk dan berlalu dari situ . Jelas muram wajahnya.
"Dania ! Jangan macam ni nak ! Bagi peluang adz nak jumpa anak dia "
"Ibu kenapa terlalu berlembut hati ha?! Kalau dia nak sangat jumpa anak dia . Ibu bawak keluar budak ni ! Tapi jangan bagi dia munculkan diri dia tu depan nia !"
Bentak dania . Lagaknya sudah tidak berhati .Mungkin seriring dengan hatinya yang sudah mati barangkali .
Wan salmah hanya mampu mengelengkan kepala melihat kebekuan hati milik anaknya . Dia berjalan ke arah baby cot . Dalam berhati2 dia mendukung Tengku aryan. Biarlah jika itu kehendak dania .
Airmata Tengku adzmir sudah membayangi anak matanya saat melihat bayi dalam dukungan ibu mertuanya itu .
Dengan perasaan gembira . Dia menyambut anak itu ke dalam dakapannya buat kali pertama . Empangan airmata Tengku adzmir pecah saat melihat wajah mungil yang saling tak tumpah seperti dirinya.
"Anak ayah ..." Hanya itu yang mampu diungkapkan . Selebihnya basah wajah Tengku Aryan dicumbuinya .
"Kak .." Panggil Tengku Maria pada besan nya yang sedang berdiri disebelah anak lelakinya. Kelihatan sedikit berkaca mata wanita itu
"Ya dik..?"
"Boleh saya jumpa dania sekejap?"
"Pergilah . Tapi akak harap adik faham . Emosi nya masih belum stabil " pesan Wan salmah . Tengku Maria hanya mengangguk sebelum berlalu kedalam bilik menantunya itu.
**********************
"Nia.."
Dania yang sedang baring mengiring . Lantas menyeka airmata yang gagal dibendung sejak tadi .
"Boleh mama cakap sikit dengan nia?"
Dania segera berpaling apabila mendengar suara yang cukup dikenali itu . Rasanya tidak sopan jika dia membuat tidak endah akan kehadiran ibu mertuanya itu . Walau apa pun yang tua harus dihormati .
Dalam kepayahan dania bangun di bantu ibu mertuanya. Dia masih lagi berpantang . Jadi agak menyukarkan pergerakannya . Jahitan dibawah pun belum sembuh sepenuhnya .
Huluran salam Tengku Maria di kucup hormat . Setelah itu dania membetulkan ikatan sanggulnya yang sudah terburai akibat berbaring tadi .
"Nia sihat?"
"Alhamdulillah sihat mama"
Jawab dania . Apalagi jawapan yang dia ada? memang fizikalnya kelihatan sihat tapi tidak pada dalaman yang sudah lama berkecai .
"Mama mintak maaf nia . Mama betul2 tak sangka macam ni jadinya hubungan kamu . Baru nak bahagia ada pula halangannya"
"Dah takdir nia mama . Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada Nia . Mungkin keputusan yang nia ambil dulu salah . Sepatutnya dari dulu perkahwinan kami ni diakhiri. "
"Nia jangan macamtu nak . Mama nak nia bangkit . Nia patut pertahankan hak nia . Jangan biarkan perempuan lain rampas adz dari nia.."
"Hujung bulan ni adz dan zita akan menikah . Mama harap nia buat sesuatu . Hanya nia yang mampu hentikan pernikahan mereka "
Dania terdiam . Untuk apa aku pertahan anak kau lagi? Dah terlalu banyak derita yang aku dapat sewaktu hidup bersama dia . Aku sendiri tidak yakin anak kau tidak bersalah ! jika betul kenapa mereka ditemui dalam keadaan berpelukan . Dan tanpa penjelasan kau nak aku senang-senang memaafkan? No ! cukuplah sekali aku diperbodohkan ..
Kata2 sumpahan itu tidak tegar diluahkan dari mulut . Cukuplah cuma hatinya yang parah berkata2 .
"Mama maafkan nia andai soalan nia ni akan dianggap biadap . Tapi nia nak tanya mama . Mama sendiri percaya ke semua ni hanya satu kesalahan dan salah faham?"
Tengku Maria terdiam . Sungguh dia tiada jawapan untuk soalan itu . Apa yang dilihat hanya Tengku Adzmir beria2 membela diri . Tapi tidak Tengku Maszitah yang hanya diam seolah mengiakan kejadian itu .
"Mama pun tak pasti kan? Macam tu jugak nia mama . Macam mana nia nak terus meletakkan kepercayaan pada dia ? Kalau kesalahan banyak berpihak pada dia sendiri? "
"Takpela mama , Nia anggap ni suatu ujian untuk nia . Nia dah tak nampak apa-apa harapan lagi untuk kami hidup bersama. Cuma tolong bagitau anak mama . Nia minta dilepaskan .
"Nia harap dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang sama pada isteri baru nya nanti ."
Belum sempat Tengku Maria membalas . Wajah wan salmah menjenguk ke dalam bilik itu .
"Dik mari kita minum dulu. "
Tengku maria akur . Sebelum mengangguk . Wajah menantunya yang beku direnungnya .
"Nia untuk kesekian kali mama mintak maaf . Tapi Nia fikirlah apa yang terbaik nak.."
"Mama keluar dulu .."
Dia sudah tiada cara lagi untuk membela anak lelakinya yang sudah bersalah itu.Walau apa pun keputusan dania nanti . Dia perlu menghormati keputusan menantunya . Kerana yang menganyam derita itu ialah dania ...
Bagi dania tiada kata-kata yang mampu mengubati hati nya yang sudah parah saat ini . Di dalam hati dia sudah tekad . Biarlah pengakhiran cerita mereka setakat ini sahaja . Dia tidak sanggup meneruskan sesuatu yang sepatutnya telah lama diakhiri ...

YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
Roman d'amourPrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...