Part 56

8K 405 2
                                    

Petang itu Tengku Maszitah tiba awal di tempat yang di janjikan . Dia sudah tidak banyak waktu . Lagi 3 hari dia akan menjadi isteri kepada Tengku adzmir . Dan dalam tempoh itu jugalah hidupnya tidak tenang .

"Haa ada apa kau nak jumpa aku ?" Tengku adzmir yang baru tiba terus menyoal . Dingin saja bicaranya . Tiada lagi gelaran abang dan zita yang selama ini digunakan .

"Kalau ye pun duduklah dulu . Zita ada perkara yang penting nak di bincangkan "

Dengan kasar kerusi Restoran mewah itu ditariknya sebelum
menghempaskan punggung disitu .

"Nak bincangkan apa lagi?! aku dah takde apa nak di bincangkan dengan kau ! Kau yang nak sangat kan kahwin dengan aku and beberapa hari lagi hasrat kau tu akan tercapai. Tak puas lagi ke hati kau?"

"Kalau aku tahu macam ni perangai kau . Memang mati-mati aku tak akan dengar cakap uncle azry untuk cari kau haritu!"

"Abang adz , please let me explain first. Zita tahu abang adz marah sebab dah jadi punca keretakan rumah tangga abang adz dengan nia .Tapi percayalah bang . Tu bukan kehendak zita.."

"Apa maksud kau?" soal Tengku adzmir . Wajah Tengku Maszitah sudah di renung tajam.

Tengku Maszitah sudah melarikan pandangannya . Takut melihat renungan yang seakan mahu menikamnya hidup-hidup itu

"Zita mintak maaf bang .Sumpah Nia taknak pun perkara ni terjadi . Zita tak berniat nak musnahkan rumah tangga abang adz . Tapi .."

Tengku Maszitah terdiam cuba mencari nafas . Airmata sudah mula mengalir dipipi. Mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara . Nasib baik restoran yang ditempahnya itu tidak ramai pengunjung . Ditambah pula tempat mereka yang agak tersorok .

"Tapi apa zita?!" tempik Tengku adzmir . Penumbuk sudah dilepaskan ke meja . Geram dengan tingkah gadis itu yang seperti sengaja melambat-lambat kan masa .

"Tapi papa yang suruh !!" Jerit zita bersama tangisan yang mula kedengaran .

Tengku adzmir terpana sendiri. Nafasnya sudah turun naik tidak teratur . Kebenaran apakah ini?

"Zita mintak maaf bang . Zita tahu family zita bersalah pada abang . Tapi semua berpunca dari zita . Zita mengandung anak luar nikah bang ! Papa gunakan abang untuk tutup malu family ni ! "

"Zita tak ada pilihan ! Zita terpaksa . Kalau tak zita kena buang keluarga . Sekarang zita sedar . Zita tak boleh nak teruskan perkahwinan ni . Zita tak kejam nak hancurkan rumah tangga orang lain demi kepentingan sendiri ! Zita tak sekejam papa !"

"Abang maafkan zita ." Tangisnya lagi .

Tengku adzmir sudah terpaku . Bagaikan halilintar menampar pipinya saat mendengar pengakuan Tengku Maszitah . Kebenaran yang dirasakan terlalu kejam itu . Bapa saudara sendiri sanggup mengkhianati dirinya?

Tanpa sepatah kata Tengku adzmir bangun ingin meninggalkan tempat itu . Dia mahu segera menemui Dania . Isterinya perlu tahu kebenaran ini . Dia harus segera memulihkan rumah tangga yang kian retak .

"Jangan pergi bang ! Zita minta ampun . Demi allah zita dah menyesal !"

Rayu Tengku maszitah. Tanpa segan Kaki Tengku adzmir dipautnya . Tiada lagi rasa malu pada mata yang memandang .

"Lepaskan aku Zita ! Aku nak jumpa isteri aku ! Aku nak bongkarkan semua kejahatan family kau ! Aku tak bersalah zita ! Tapi aku sendiri dah dibuang isteri disebabkan kau ! Macam mana aku nak maafkan kau zita ?!

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now