Part 36

12.9K 648 58
                                    


Pintu bilik dania dikuaknya perlahan dari luar . Selepas mendengar kenyataan sebenar dari mulut Tengku adzmir sebentar tadi . Tidak dinafikan dia merasa terkejut yang teramat .

Jika diikutkan hati , ingin sahaja dia memarahi dan memaki menantunya itu . Namun dia kembali berbalik kepada takdir Allah untuk keluarganya .

Sebagai seorang yang memegang teguh kepada ajaran agama . Dia hanya beristigfar panjang . Untuk apa dimarahi lagi tentang perkara yang telah pun berlaku . Bukannya dapat mengembalikan semula , sesuatu yang telah pergi .

Tengku adzmir juga telah meminta maaf dan menyesal atas perbuatan lalunya . Sebagai ibu , dia hanya mampu memaafkan dan memberi teguran yang pada patut sahaja .

Apa yang dirisaukan kini hanyalah dania . Selama ini , dia sendiri tidak tahu sedalam itu derita yang telah ditanggung anaknya .

Kalaulah dia tahu nawaitu Tengku adzmir , semasa melamar anaknya dahulu . Dia sendiri yang akan bermati-matian membangkang perkahwinan itu dari terjadi . Namun apalah gunanya kini . Tengku adzmir telah pun menjadi menantunya .

Apa yang penting sekarang , dia sebagai ibu akan cuba yang terbaik menyelamatkan rumah tangga anaknya yang bagaikan retak menanti belah itu . Bijak sungguh dania menyembunyikan hal itu daripada pengetahuannya .

Wan salmah sudah mendekati dania yang sedang duduk dibirai katil bilik itu . Kelihatan anaknya sedang jauh termenung . Dia tahu Dania pasti bersedih mengingati hal sebentar tadi . Hatinya dipagut rasa bersalah

Tubuh anaknya yang hanya bungkam dibirai katil itu , sudah dipeluknya sambil berdiri . Kepala puterinya diusap kasih .

"Nia , ibu mintak maaf nak .. ibu dah salah faham dengan nia .. kenapa nia tak pernah nak cerita dengan ibu , apa yang jadi pada nia selama ni? "

"Ibu tahu apa yang nia rasa nak .. adz dah cerita hal sebenar pada ibu . Dan ibu dah pun memaafkan perbuatannya pada keluarga kita"

Dania yang hanya diam itu sudah mendongak memandang wajah wan salmah yang kelihatan tenang . Tiada perasaankah ibunya ?

"Macam mana ibu senang2 boleh maafkan dia ?Ibu tak sedih ? Kenapa , ibu langsung tak marah? "

Soal dania bertalu2 . Dia fikir wan salmah akan turut berperangai sepertinya , apabila mengetahui tentang hal ini . Namun ibunya hanya tenang seperti tiada apa yang berlaku

Wan salmah sudah mengambil tempat di sisi anaknya . Sebelum menarik dania ke dalam pelukannya . Biarlah dia sama2 berkongsi rasa itu .

"Ibu dah tua nia , kalau boleh sisa2 umur yang ibu ada ni , ibu taknak membaja rasa benci tu dalam hati . Walau macam mana marah pun kita , nia jangan lupa yang di atas tu lebih berkuasa sayang .

"Sejahat mana pun suami nia , Nia tak patut buat adz macam tu , ibu tahu dia pun dah menyesal atas perbuatannya pada kita , pada nia.. "

"Kalau arwah ayah masih ada , ibu yakin .. ayah juga akan berpendapat sama macam ibu "

"Ibu tak faham apa yang nia rasa , nia banyak sangat menderita selepas menjadi isteri dia bu .. kalau lah ibu tahu apa yang pernah dia buat pada nia dulu pasti ibu akan turut membenci dia "

"Ye nia .. ibu tau , adz juga dah cerita perbuatan kejam yang dibuat pada nia dulu . Ibu juga kesal , kalaulah ibu tahu niat sebenar dia sebelum berkawin , ibulah orang pertama yang akan melarang keras .

"Tapi perkara dah jadi nak .. nia sedar tak status nia disisi adz? Tahta dia lebih tinggi dari ibu sendiri sayang . Nia kena ingat , syurga nia ada padanya ."

"Suami apa macam tu bu ? Kalau sanggup memperlakukan isteri sendiri umpama haiwan?!" Bentak dania bersama airmata yang masih degil tidak mahu berhenti .

"Nia masih nak menyangkal? Berdosa sayang , nia masih nak mengalas perbuatan derhaka ni seumur hidup? Kalau macam tu nia sama jahat lah seperti dia .. "

"Nia tak sanggup untuk teruskan perkahwinan ni bu .. tengok muka dia je nia dah tak sanggup . Apalagi untuk hidup sebumbung bersama , sampai akhir hayat nia " ngogoinya .

Wan salmah tahu anaknya itu berhatu lembut . Jika kena pada caranya , terpujuk juga hati anaknya itu . Dia sudah mengenali benar sikap dania .

"Hati ini lembut sangat nia , jangan mudah biarkan dia mengawal kebencian kita tu . Walau apapun adz masih suami nia . Cuba lah untuk memaafkan dia sayang .. kalau bukan untuk nia fikir untuk baby dalam perut ni . Rendahkan ego nia untuk anak ni . Ibu harap sangat " pesannya .

Dania yang mendengar hanya mendiamkan diri . Agak susah untuk dihadam kata2 ibunya itu . Berbagai perasaan berbaur dalam hatinya saat ini . Kepalanya yang berpinar secara tiba2 , membuatkan dia tidak dapat berfikir lanjut . Perlahan2 dia berbaring .

"Ibu , nia mengantuk .. nanti ibu tutupkan lampu ye .. "

Wan salmah yang melihat tingkah dania , hanya memandang sayu tubuh lemah anaknya itu. Dia akur , mungkin dania masih memerlukan waktu . Biarlah asalkan tugasnya untuk memberi teguran sudah selesai . Terpulang pada anak menantunya untuk mencorakkan kembali apa yang salah .

Langkahnya yang ingin berlalu keluar dari bilik itu terhenti apabila terdengar suara dania memanggil

"Ibu , terima kasih .. nia tak janji , nia boleh melupakan apa yang dia dah buat . Tapi nia akan cuba belajar untuk memaafkan , seperti mana ibu .."

Mendengarkan itu membuatkan wan salmah tersenyum . Benarlah hati dania itu lembut seperti kapas .

"Sama2 sayang .. ibu keluar dulu ye"

Dia mengucap syukur , semoga esok2 rumah tangga anaknya akan kembali pulih . Itu doanya sebagai ibu .

To be continued ...

***********************

Hai dear readers 😘 disebabkan author tengah cuti sekarang , so author hadiahkan double update utk uolss .. hope uolss enjoy reading k .. hehe

Tapi sometime rasa malas pulak nak sambung cerita ni , okay tak kalau sis stop sampai sini? Tanya je.. cer komen sikit hahahahah

Jangan lupa vote and komen k😉

Kesianlah kat sis dah lebih 4 jam bertungkus lumus dari siang tadi utk update .. hope korang menghargainya .. 🙏🏻 hehe seee you in next episode 😘

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now