Dania termenung jauh dianjung rumah . Sudah 2 hari Tengku adzmir tidak pulang , dia tidak kisah kerana baginya , lelaki itu jika adapun seperti tiada dirumah ini . Walaupun agak risau namun dia cuba untuk melawan rasa hatinya . Dia berusaha keras untuk membuang rasa cinta untuk tengku adzmir .Untuk apa dia memberi perasaannya jika lelaki itu terang-terangan mensia2 kan dirinya. Bunyi loceng digate besar ,mematikan lamunannya saat ini .
"Mesti adz , siapa lagi kalau bukan dia."Desisnya lalu bangun untuk membuka pintu .
Dania membuka pintu kecil untuk melihat gerangannya , agak pelik kebiasaannya lelaki itu mempunyai remote gate dalam simpanannya .
Setelah melihat gerangan tetamu yang disangka suaminya itu , Dania cepat2 menutup kembali pintu itu lalu berlari kedalam rumah untuk mengambil tudung dan segala kain untuk menutupi lebamnya saat ini .
Suraya yang membelakangi pintu terkejut apabila hempasan kuat dibelakangnya . Dia sudah menekan loceng sekali lagi . Beberapa minit kemudian baru terdengar sahutan dari dalam
"Yaa .. yaa .. im coming " .
Apabila pintu dibuka suraya agak terkejut melihat penampilan sahabatnya itu . Bertudung litup , hampir satu badan bertutup dan memakai mask dimuka.
"Kenapa dengan kau ni nia, bermask bagai ? " soalnya pelik walhal dia dah kabarkan pada dania melalui whatsapp untuk bertemu wanita itu pagi tadi
"Oh takde apalah cuma aku tak sihat sikit selsema takut berjangkit pulak . Btw kenapa kau datang mengejut ? Tak inform aku dulu pun nak datang . " . Tanya dania .
Mereka sudah beriringan memasuki rumah mewah itu .
"Aku dah whatsapp kau pagi tadi , kau tu yang tak seen . Kebetulan aku cuti harini jadi aku datang la melawat . Amboi lepas kawin lupa aku terus ." Sakat suraya . Dania yang melihat sudah ketawa kecil .
"Sorry la su, aku sibuk sikit hehe . Eh kejap ye aku buat air . Kau duduk la dulu " dania sudah berlalu ke dapur .
Suraya memerhati sekeliling rumah mewah itu . Cukup indah pada penglihatannya . " Beruntung kau nia , dapat suami kaya hensem pulak tu ... harap sangat nasib aku se-beruntung kau " bicaranya sendiri .
"Pandang apa tu " sergah dania yang baru tiba dengan membawa dulang berisi air dan sedikit biskut tin .
"Beruntung gila kau nia! Cantiknya rumah ni patutlah adz tak kasi kau kerja dah kan , dia mampu sangat sara kau . Aku harap nanti bakal suami aku macam adz tu ." Suraya sudah berangan jauh . Excited wajahnya bercerita . Dania yang mendengar hanya tersenyum pahit .
"Kuat berangan la kau ni dah2 jom minum " dania sudah menuangkan air kedalam gelas kaca . Tanpa sedar baju lengan panjang yang dipakainya terselak sedikit hingga ke atas pergelangan tangan .
"Eh dania apa kat tangan kau tu?" Suraya sudah membelek tangan dania . Dania yang baru tersedar terus menarik bajunya menutupi kawasan lebam itu .
"Bak sini aku tengok "suraya sudah mampir kedepan sahabatnya . Dania cepat2 melarikan tangannya kebelakang .
"Takde apalah su , ni alergik haritu aku gatal2 kat tangan ni , so aku garulah.. sebab tu tinggal kesan macam ni ." Dalihnya .
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
RomancePrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...