Part 46

8.4K 399 2
                                    


"Abang.. boleh nia tanya sesuatu?"

Suara Dhia dania memecah keheningan malam itu . Dia yang duduk dimeja solek berpaling mengadap suaminya yang ralit membelek majalah bisnes . Perbuatan Tengku adzmir terhenti .

"Of course sayang , Tanya lah " Balas Tengku adzmir lembut .

Majalah sudah ditutup dan di letakkan di atas meja sisi katil . Dia berpeluk tubuh memandang Isterinya . Seluruh perhatian diberi pada si isteri kerana agak tertarik untuk mendengar soalan yang ingin di diutarakan wanita itu .

Dania menarik nafasnya dalam . Perlahan dia bangun dan mendekati suaminya yang duduk berlunjur kaki diatas katil . Tengku adzmir mengengsot sedikit untuk memberi ruang kepada si isteri untuk duduk .

"Abang , nia tahu mybe soalan nia ni agak annoying . Tapi Nia tak boleh nak menidakkan perasaan nia . Sejak 2 hari lepas . Nia asyik terpikir pasal benda ni je .."

"Nia takut kalau ada something yang jadi dalam hubungan ni ... nia.."

"Then tell me the truth .. Apa yang menganggu nia? Just straight to the point sayang"

Pintas Tengku admzir . Tangan isterinya sudah dipaut . Sekadar mengelus . Dan memberi sedikit ketenangan pada wanita itu .

"Hmm boleh tak nia tahu pasal Zita? err i mean , siapa zita di hati abang? "

Dania sudah mengetap bibirnya bersama wajah yang tertunduk malu . Ya malu dengan soalan itu . Namun dia sendiri tidak dapat menyembunyikan lagi kegelisahan yang dialami sejak 3 hari yang lalu .Sejak bertemu dengan "sepupu" suaminya

Dhia dania pantas mendongak saat mendengar ketawa Tengku adzmir yang meledak diruangan itu secara tiba2 .

"Abang ! nia serious lah ! Okay fine kalau abang rasa soalan nia mengarut . Tak payah jawab ! "

Dania sudah berjauh hati melihat ketawa suami yang seolah2 menyindirnya . Tengku adzmir yang melihat isterinya yang sudah merajuk dan terkial2 ingin turun dari katil itu cepat2 menegah .

"sorry sayang , abang tak berniat pun nak kecilkan hati sayang tapi..."

"Tapi apa!" Dania memintas bersama muncung yang sudah sedepa .

"Tapi .. abang rasa sayang cemburu? isn't you...?" soal Tengku adzmir nakal bersama kening yang sengaja diangkat2 memandang isterinya .

"Yes of course i am ! salah ke kalau nia cemburu? Abang suami nia . Nia just takut kalau ada orang lain rampas abang dari nia ! even sepupu abang sendiri . Nia dah tk sanggup nak kecewa lagi bang"

Ucapnya lirih . Entah mengapa dia terlalu sensitif saat ini. Airmata yang bergenang cuba untuk ditahan dari menetes . Arghhh lelaki sememangnya susah untuk memahami.

"Okay listen sayang , abang mintak maaf sangat2 . Macam yang abang terangkan pada nia sebelum ni . Abang dengan Zita hanya lah sepupu . Dan kami tak akan ada hubungan selain daripada tu "

"Tapi dari cara dia haritu , macam dia ada hati pada abang . "

Ucap dania lagi seakan berbisik sahaja . Dia takut jika suaminya itu rimas dengan soalannya . Dia tahu dia perlu mempercayai suaminya . Namun hatinya masih tidak membenarkan untuk meletakkan 100% kepercayaan .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now