Part 31

13.8K 485 3
                                    

Setibanya dirumah Tengku adzmir hanya melihat kelibat isterinya berlalu naik ke bilik . Sejak pulang dari klinik sebentar tadi dania hanya mendiamkan diri . Hanya sepatah perkataan "terima kasih" yang diucapkan sebelum berlalu masuk kedalam rumah

Nasib baiklah tiada apa yang serious berlaku pada isterinya itu . Hanya luka kecil ditangan . Dalam 2 atau 3 hari sembuh lah kata doktor .

Tengku adzmir berlalu ke dapur untuk membuat secawan milo panas untuk isterinya. Setelah siap dia menaiki anak tangga menuju kebilik dania .

Didalam bilik Tengku adzmir melihat tubuh isterinya yang terbaring lesu diatas katil . Terdengar esakan halus . Pedih hatinya melihat keadaan dania saat ini . Perlahan2 dia mendekati lalu bahu isterinya disentuh lembut .

"Sayang .. abang buatkan air . Nia minum sikit ye .. " cukup berjaga2 dalam menuturkan kata .

Dania berkalih badannya memandang lelaki itu . Pandangan mereka bertaut . Agak lama. Sebelum dania bangun dan memeluk kejap tubuh tegap suaminya mencari sedikit keberanian dan kekuatan yang hilang sejak peristiwa tadi . Pertama kali peristiwa itu berlaku di dalam hidupnya sungguh membuatkan dia trauma .

Tanpa segan dia menangis dibahu suaminya sendiri . Lupa seketika akan kebenciannya pada lelaki itu . Tengku adzmir terkejut melihat tindakan spontan dania . Perlahan dia membalas pelukan isterinya

"Shuhh , abang ada dengan nia . sayang selamat dengan abang . Abang janji selagi ada hayat abang . Abang akan jaga nia baik2" ucapnya sebelum mengucup ubun kepala isterinya .

"Saya takut .."ngongoinya bersama esakan . Mendengarkan itu Tengku adzmir mengeratkan lagi pelukannya . Sebagai balasan bagi meredakan ketakutan yang dialami isterinya saat ini

Agak lama mereka berkeadaan begitu sebelum Tengku adzmir terdengar dengkuran halus dibahunya. Sah! Tertidur.

Perlahan2 dia meletakkan tubuh isterinya keatas tilam . Seketika wajah pucat itu direnungnya . Sebelum bibir kaku itu menjadi mangsa bibirnya . Tengku adzmir hanya tersenyum senang. Semoga selepas ini akan ada rahmat allah dalam rumah tangga mereka . Itu doanya

**********************

"Bluwerkk .. "

Segala isi perut dimuntahnya . Tidak tahan dengan keadaan yang dialaminya sejak pagi tadi lagi . Setelah 2bulan lebih baru harini dia mengalami morning sickness yang agak teruk

Lemah tubuhnya saat kembali ke ruangan officenya semula. Suzy yang sedari tadi melihat keadaan wanita itu , asyik berulang alik dari bilik ke tandas menegur .

"Puan nia okay tak ni? Ada apa2 yang saya boleh tolong?" Ucapnya simpati

"Err takde apalah su , saya just tak sihat sikit je . Tapi , kalau awak nak tolong , boleh tak awak belikan saya kebab? Taktahu lah kenapa perut ni mintak sangat nak makan kebab . Tu yang asyik muntah2 je "

Mendengarkan itu suzy sudah melopong . Kebab? Mana aku nak cari kebab tengahari buta ni . Aduh!

Suzy sudah mengaru kepalanya. Baru sahaja ingin membuka mulut kelibat puan dania sudah hilang disebalik pintu pejabat itu . Dia mengeluh , Nak atau taknak terpaksa lah dia google tempat jual kebab dia PC nya. Haa siapa suruh baik hati sangat nak memberi pertolongan . Hahaha

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now