Part 38

11.2K 445 0
                                    


Perbuatan Dania yang sedang menyapu daun2 kering dihalaman rumah terhenti apabila suara ibunya sudah memekik sambil terkocoh2 berjalan ke arahnya

"Nia oi .. sudah lah tu nak , bahaya untuk baby kalau banyak sangat bergerak . Dah2 tinggal je nanti ibu yang buat . kamu pergi berehat"

Nia sudah membuat mucung itiknya . Tidak senang diperlakukan begitu . Dia bukanlah seorang yang suka jika dilakukan seperti puteri raja .

"Ibu ni memang tau ! Nia bosan lah asyik memerap je dalam rumah . Nak jugak tolong ibu . lagipun dah lama nia tak buat kerja2 ni .. rindu pulak "

"Takde rindu2 nya , kamu tu dah sarat macam tu pun , masih nak buat kerja . memang tak reti duduk diam agaknya . " Tegah Wan salmah lagi

"sarat apanya bu , baru 5 bulan okay ." ujar dania bersama ketawa kecil

"Tak kisah la berapa bulan pun , ibu tengok bukan main besar lagi perut nia tu . Risau jugak ibu "

Dania hanya mengelengkan kepalanya . Penyapu lidi disandarkan dibalik pohon rambutan yang terletak dihalaman rumahnya

Tubuh wan salmah sudah di raihnya dan dibawa duduk di kerusi yang terletak dihadapan pohon itu.

"Kalau macam tu kita sama2 tak payah buat kerja . Kudrat ibu pun dah tak boleh buat kerja macam ni . Nanti nia ambil orang gaji je k?"

"Hish kesitu pulak ! setakat menyapu daun2 ni apa la sangat nak digajikan orang , kamu ni pun ! " bebel orang tua itu

Dania hanya mengekek ketawa . Kepalanya sudah disandarkan ke bahu wan salmah . Tubuh ibunya dipeluk erat . Rindu benar dengan situasi begini

"Nia , ibu ada benda nak cakap sikit " perlahan Wan salmah menuturkan kata . Risau juga anaknya itu akan terasa hati

Dania mendongak memandang wajah wanita kesayangannya . Sebelum ciuman ringkas dihadiahkan dipipi cengkung wan salmah itu

"Bendaa apa bu ? " Ucap dania , pelukan sudah dilepaskan . Kini wajahnya difokuskan pada wajah tua ibunya

"Sampai bila nia nak macam ni nak? Berapa lama nia nak marahkan Adz? Nia nak tunggu dia melutut cium kaki nia ke , baru nia nak maafkan suami nia tu? yang sudah tu sudah lah nak , Tak kan seumur hidup kamu nak biarkan syaitan mengawal hati kamu ."

Dania yang mendengar terkedu seketika . Keluhan dilepaskan . Memang ada benarnya cakap wan salmah itu . Dia tahu lambat laun dia pasti akan memberikan kemaafan buat Tengku Adzmir . Namun kini dia ingin mencari masa yang sesuai .

"Biarlah masa yang menentukannya bu , jika ada sesuatu yang boleh menyentuh hati dania tentang dia . inshallah hati nia akan terbuka untuk menerima dia semula .

"Degil tak bertempat ! ikut kamu la nia oi , kalau dah keras kepala tak boleh nak cakap apa . berbuih mulut pun tak guna . "

Bebel wan salmah yang sudah bangun untuk menyambung kerja dania yang tergendala sebentar tadi .
Dania hanya tersenyum hambar melihat

**********************************

Tengku adzmir tiba di office tepat jam 11 pagi , agak lewat sedikit maklum saja lah waktu kebiasaan orang keluar bekerja pastilah jem teruk . Saat memasuki ruangan bilik kerjanya , terdengar suzy menyapa .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now