Part 5

14.7K 548 3
                                    


Dhia Dania membelek tubuh dicermin untuk melihat penampilannya pagi ini . Walaupun Sederhana namun tetap kelihatan cantik dengan memakai baju kurung plain berwarna merah hati dan tudung satin bercorak. Sangat sesuai dengan kulit yang sememangnya putih melepak itu.

Agak lama dia duduk dihadapan cermin . Setelah berpuas hati dia berjalan keluar dari bilik untuk bersarapan pagi.

"Wah cantiknya anak ibu pagi ni . Kalau cantik macam ni mesti bos terima kerja nanti". Puji wan salmah apabila nia sudah duduk dimeja makan.Nia yang mendengar sudah tersipu2

"Hish ibu ni.. orang ambil kerja bukan sebab rupa la ibu. Tapi sebab kelayakan and cara kita masa interview tu nanti. Ada2 jelah ibu ni.. " kata nia sambil menyenduk bihun goreng yang dimasak ibunya.

"Yelah ibu gurau je ..dah makan cepat nanti lambat pula.."sambung wan salmah.

Saat leka makan , Nia mengerling jam ditangan . "Alamak !! Dah pukul 10 suku."

Dengan tergesa2 dania menghabiskan bihunnya . Seusai itu kalut dia kesingki untuk mencuci pinggan .

"Ibu , nia pergi dulu ye ..doakan nia tau ...assalamualaikum ibu" Nia terus menyalami tangan ibunya sebelum mencium pipi tua itu.

"Ibu selalu doakan nia sayang.. baik2 jalan tu...waalaikumusalam"pesan wan salmah pada anak gadisnya.

Kelibat Dania hanya di hantar melalui pandangan kasih sahaja dari jauh .

**************************

Dhia Dania tiba ke tempat temuduganya tepat jam 10.40 . Tanpa berlengah dia terus berjalan ke arah bangunan besar itu. Saat terdengar dirinya disapa seseorang lantas dia menoleh.

"Selamat pagi cik, boleh saya bantu"tanya gadis bernama zanita selaku customer service disitu.

"Hai selamat pagi, saya Dhia Dania dapat panggilan daripada cik suzy untuk temuduga jam 11 pagi ni." Beritahu Nia.

"Oh cik suzy, okay sekejap ye."balas gadis tadi. Nia hanya mengangguk sambil tersenyum nipis

Beberapa minit selepas menunggu . Gadis bernama zanita tadi kembali bersuara .

"Mari cik ikut saya"arahnya .Dhia Dania hanya membontoti dari belakang. Sampai ditingkat 5 dia telah disambut oleh cik suzy . Mereka bersalaman seketika sebelum wanita bernama Suzy itu membawanya kebilik bos.

"Masuk..."Balas Tengku adzmir sambil matanya tekun membelek fail ditangan.

"Encik Adz.. miss Dhia Dania dah sampai" inform suzy

"Ok suruh dia masuk"

Tengku Adzmir Azim membetulkan duduknya, tidak sabar mahu bertemu dengan wanita yang buat tidurnya tidak lena beberapa minggu ini. Yelah harta bapak dah direbut orang , mana nak lena huhu

"Assalamualaikum encik .." Nia memulakan sapaan

"Walaikumsalam... please have a seat " Tengku adzmir mendepa kan tangannya agar gadis itu mengambil tempat di kerusi hadapannya .

Saat mata mereka bertatapan buat pertama kali . Tengku adzmir berdehem sedikit . Mengawal riak wajahnya.

Hampir sahaja dia terpanah asmara melihat wajah gadis didepannya itu, sungguh jelita bak bidadari. "Patutlah papa simpan kau"desisnya.

"So before we start, can u introduced yourself? "

Ucapnya sambil membelek fail gadis itu. Nia tersenyum dan mengangguk sebelum memperkenalkan dirinya .

Tengku adzmir yang melihat senyuman nia terus terpana melihat lesum pipit dikedua belah pipi gadis itu. "Perfect"bisik hati kecilnya .

Namun Tengku adzmir cepat2 melarikan pandangan ke arah file nya semula . Cuba untuk membuang perasaan asing yang mula singgah di hati itu . Aduh apa kena aku ni?

---------------------------------------------

Pulang saja daripada temuduga , nia telah menelefon suraya iaitu sahabat baiknya ketika belajar dahulu untuk lunch bersama.

Lama dia tidak bertemu sahabat baiknya itu, sudah 2 bulan agaknya setelah penamatkan pengajian. Sampai sahaja di kedai makan Anjung Selera. Dania dan Suraya terus berpelukan melepaskan kerinduan masing2.

"Macam mana interview kau?"

Tanya suraya setelah mereka memesan makanan . Dania ada beritahunya semalam tentang perkara itu, melalui whatsapp .

"Alhamdullilah su.. aku dah dapat kerja bahagian finance."ucapnya riang . Sungguh dia bersyukur setelah hampir 2 bulan menunggu akhirnya tiba saat yang ditunggu.

"Baguslah macam tu nanti dah kerja boleh la kita keluar lunch sama2 bukan jauh pun tempat kerja kau dari office aku" Sambung suraya lagi

"Boleh je kalau hari2 kau belanja " gurau Dania. Suraya yang mendengar sudah menjengkilkan mata melihat sahabatnya itu , Akhirnya mereka hanya ketawa bersama .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now