part 51

7.6K 409 26
                                    

Tengku Adzmir hanya bungkam mendengar sindiran pedas ahli jabatan agama itu . Wajahnya begitu pucat saat ini . Persekitaran yang tenang malam itu sedikit pun tidak dapat meredakan ribut dihatinya . Wajah Dania kembali berlegar di ruangan mata.

Beribu kali dia membela diri . Mereka tidak pernah akan percaya . Ya mungkin silapnya kerana berdua-duan didalam kereta ditempat gelap begitu .

Tapi dia tiada niat yang tidak baik . Peristiwa hitam malam tadi kembali terlayar diruangan mata .

FLASHBACK

Selepas dia keluar dari rumah ibu mertuanya untuk mencari Tengku Maszitah .Tengku admzir menyusuri sekitar jalan Kl . Namun masih tidak dapat menemui jejak sepupunya itu .

Dalam keadaan buntu . Tidak tahu mana lagi tempat untuk dituju . Dia kembali mendail nombor telefon Tengku Maszitah . Syukur apabila deringan yang ke-3 . Gadis itu menjawab panggilannya .

Tengku adzmir tiba di night Club KL apabila gadis itu memberitahu tempat keberadaannya . Melihatkan keadaan Tengku Maszitah yang agak mabuk itu dia beristigfar panjang .

Dengan rasa tanggunjawab yang menggunung . Tengku adzmir ingin menghantar sepupunya itu pulang kerumah . Agak mustahil untuk gadis itu memandu dalam keadaan mabuk begini

Malangnya sewaktu didalam kereta . Tengku Maszitah seperti dirasuk memeluk dirinya. Puas dia menepis gadis itu masih tidak mahu melepaskan pelukan .

Beberapa minit kemudian mereka dikejutkan dengan beberapa lelaki berkopiah sedang berdiri diluar kereta sambil mengetuk cermin tingkap . Perlahan-lahan cermin kereta diturunkan

"Kami pegawai pencegah maksiat . kami terpaksa menahan kamu berdua kerana berdua-duaan ditempat gelap . Jika kamu ada bukti yang mengatakan hubungan kamu sah sila tampilkan ." Kata salah satu lelaki berkopiah sebelum menunjukkan kad kuasanya. .

Dikala itu Tengku Adzmir tergamam . Peluh mula merecik dari liang romanya . Sepantas kilat wajah Dania menerpa difikirannya . Allahu ...

TUTUP FLASHBACK

Tengku adzmir tersedar dari lamunannya saat terdengar suara garau bapa saudaranya

"Apa yang Korang berdua dah buat hah?! Korang tak tahu malu ke?! astagfirullahalzim .

"Dania kamu tengok sendiri apa yang dah suami kamu buat dengan anak uncle !!"

Tengku admzir terus berpaling apabila mendengar nama isterinya disebut . Jelas kemerahan mata isterinya . Pandangan mereka bertaut . Namun dania cepat2 melarikan pandangannya

"Kenapa uncle bawak isteri saya?!" Bentak Tengku adzmir .

"Biar dia tengok perangai tak senonoh kamu ni !! Uncle ingat kamu ni boleh dipercayai ! Tapi lagi teruk jadinya !! sanggup kamu menconteng arang ke muka keluarga !!"

"Uncle dah lupa ke siapa yang mintak tolong dekat adz semalam?!"

"aku suruh kamu carikan dia je ! Tak suruh pun kamu berpelukan sana sini !"

Tengku adzmir terdiam . Tidak tahu bagaimana untuk membela diri lagi . Tengku maszitah hanya diam dikerusi . Langsung tiada tanda2 untuk turut membantunya sama membela diri

"Sayang . Nia percaya abang kan?"

Tengku adzmir sudah menapak ke arah isterinya . Tangan wanita itu ingin di genggam namun cepat-cepat dania melarikan tangannya .

"Jangan berani sentuh saya dengan tangan kotor awak tu !! awk tak layak sentuh apa pun!!"

"Nia abang tak salah sayang . Abang betul2 tak bersalah " Tengku adzmir sudah melutut dihadapan isterinya . Kaki itu pula ingin dipegangnya namun dania cepat2 berundur kebelakang .

"Kalau betul awak tak bersalah kenapa awak kat sini ?! jawab saya?!!" soal dania bersama wajah yang basah .

Tengku admzir hanya mampu mengeleng2 . Airmata jantannya yang sudah membasahi wajah sejak tadi lansung tidak diambil peduli . Malunya ditangkap khalwat melebihi segalanya .

"Kenapa awk tak jawab? sebab memang awak bersalah kan?!"

Dania berjalan pula ke arah Tengku Maszitah yang hanya membisu seribu bahasa sedari tadi . Airmata gadis itu langsung tidak menimbulkan perasan simpati dijiwanya .

"Kalau pun you dah tergilakan sangat suami i . You tak perlu guna cara terkutuk macam ni !! kau memang tak guna!!"

Serentak itu penampar sulung singgah dipipi gebu milik tengku Maszitah . Kali ini giliran gadis itu tergamam .

"Ibu . Su .. Jom balik"

Wan salmah dan Suraya yang sedari tadi hanya jadi penonton hanya mengikut langkah dania keluar dari pejabat agama itu .

Selepas saja berita itu diberitahu kepadanya . Dania sudah buntu untuk meminta tolong daripada siapa. Untuk menyusahkan jiran mustahil baginya . Jam sudah pukul 3 pagi. Masakan dia tegar mengejutkan jirannya .

Dengan wajah yang tebal dia terpaksa menelefon Suraya. Nasih baik sahabatnya itu jenis bertimbang rasa . Dari jauh datang mengambil mereka semata2 kerana onar lelaki itu.

Hanya allah yang tahu betapa hancur hatinya sebagai seorang isteri . Suami sendiri ditangkap khalwat disaat ingin menimbang cahaya mata .

Didalam kereta Dania melepaskan segala bebanan didada . Dia sudah tidak kuat untuk menempuh semua dugaan ini . Ya allah .

Wan salmah sedari tadi hanya mampu memberi kata2 semangat kepada anaknya . Dia turut menangisi nasib Dania . Tubuh yang sedang teresak itu di peluknya kemas .

"Sabar nak. Istigfar .. allah lebih mengetahui hikmah disebaliknya"

"Kenapa semua ni jadi pada nia bu?! Jahat sangat ke nia!! sampai orang buat khianat pada nia macam ni?! Nia kecewa bu . Hati nia dah terlalu hancur"

Suraya yang memandu dihadapan sudah berderaian airmata melihat kesedihan terlampau yang dialami sahabat baiknya itu . Jika dia ditempat Dania pun belum tentu dia akan sekuat itu . Silap hari bulan boleh mati gantung diri jika emosi tidak kuat .

Saat itu juga Dania merasakan perutnya terasa memulas yang teramat . Hanya tuhan yang tahu kesakitan yang dialaminya saat ini . Untuk memaling kan tubuh saja dia tidak mampu

"arghhh , Sakit bu " jeritnya dengan wajah berkerut sambil memegang perutnya .

"sakit kat mana nia?! ya allah kamu nak bersalin dah ke ?"

Dania sudah tidak mampu menjawab . Wajahnya sudah berkerut berserta peluh renek mula membasahi wajahnya.

"Kenapa nia makcik?! nia kau okay tak?" Suraya yang sedang memandu sudah kalut apabila melihat keadaan Dania dari cermin pandang belakang .

"Bawak ke hospital Su . Makcik rasa dah masanya ni" Sampuk Wan salmah kalut .

Tanpa isyarat kereta Suraya sudah memecut laju membelah kepekatan malam . Menuju ke hospital . Walau apa pun anak dan bakal ibu itu harus diselamatkan dahulu .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now