4 minggu kemudian
Tengahari itu tengku adzmir pulang ke rumah keluarganya yang terletak di Seri Hartamas . Ketika memasuki perkarangan rumah mewah itu matanya melihat sebuah kereta saga lama yang agak usang . Dia seakan mengenali empunya kereta itu .
Sampai sahaja dimuka pintu dia melihat kelibat pak samad iaitu bekas pemandu arwah papanya yang telah berkhidmat hampir 20 tahun . Namun setelah arwah tengku azhar meninggal kelibat pak samad tidak lagi kelihatan . Dan hari ini wajah pak samad muncul dirumahnya , dia sendiri tidak tahu apa maksud kedatangan lelaki tua itu .
"Assalammualaikum encik adz .."sapa pak samad bersama senyuman dibibir .
"Waalaikumsalam ..panggil adz jelah pak samad" balas tengku adzmir seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Dah lama kita tak jumpa kan? Ada apa pak samad datang ni? Soalnya . Tengku maria yang ketika itu baru tiba dari dapur bersama mak munah terus menyampuk . Dia mengambil tempat disebelah anaknya . Sementara mak munah menghidangkan minuman serta sedikit kuih muih .
"Haa mama baru nak call adz , ni haa pak samad cakap nak jumpa adz.. ada benda penting nak diberitahunya ." beritahu Tengku maria.
Tengku adzmir sudah mengerutkan keningnya . Dia memandang pak samad . Pak samad hanya mengangguk.
" Ada apa pak samad nak jumpa saya?"
"Err encik adz boleh tak kalau kita berdua bercakap diluar saja ?" Pinta pak samad . Dia perlu menunaikan wasiat arwah bekas majikannya itu , namun bukan dihadapan Tengku maria .
"Lahh pak samad apa yang mustahak sangat tu sampai tak boleh bincang disini? " sampuk tengku maria . Dia juga ingin tahu apa yang ingin dikatakan bekas pekerja suaminya itu .
"Takde apa pun puan hal biasa2 saje " pak samad cuba berdalih sebelum tersenyum sedikit
"Takpelah kalau macam tu , mari kita ke anjung .. " tengku adzmir sudah bangun untuk ke anjung yang terletak dilaman luas rumah mereka . Pak samad hanya menurut . Fail penting ditangan dibawanya bersama .
*********************
"Kamu apa khabar? Sihat?". Sebelum lanjut bercerita pak samad cuba berbasa basi .
"Alhamdulillah sihat .. pak samad macam mana sihat ke? Dah lama menghilangkan diri .."
"Pak samad ada je .. cuma isteri pak samad selalu sakit2 jadi pak samad lah yang menjaganya . Nak harapkan anak semua dah sibuk dengan kerja masing2 . "
Tengku adzmir hanya tersenyum mendengar .
"Jadi apa hal mustahak yang pak samad nak beritahu tu?" Soalnya ingin tahu
Fail yang dibawanya dihulurkan ke hadapan tengku adzmir . Makin pelik dia melihat fail itu . Matanya memandang wajah pak samad memohon penjelasan
"Ini adalah wasiat arwah papa adz .. pak samad harap sangat adz dapat menerimanya dengan hati yang terbuka " serba salah orang tua itu mengucapkan kata .
Tanpa bicara fail kuning itu dicapainya lalu dikeluarkan gambar dan kertas yang terdapat didalam fail itu.
"Surat wasiat?"soalnya sepatah .
"Ya . Adz dah tahu isinya?"
"Gulp ."
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
RomancePrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...