part 39

11.6K 469 7
                                    


Dhia dania berjalan laju untuk pulang . Habis basah kuyup bajunya disimbah air hujan yang semakin lama semakin melebat itu. Menyesal pula tidak membawa payung tadi.

Kebiasaannya dia akan mengunakan basikal milik ibunya untuk ke mana2 . namun dalam keadaan yang memboyot begitu , mana mungkin untuk dia mengayuh basikal beroda dua itu. Lagipula jarak tanah perkuburan dari rumahnya bukan lah jauh mana , hanya 2 kilometer sahaja .

Dania minggir sedikit untuk memberi laluan kepada sebuah kenderaan yang ingin lalu disebelahnya , jalan raya kampung tahu2 sajalah besar mana lah sangat . Bimbing juga kereta itu akan melanggarnya . Maklumlah dalam keadaan hujan ini . Penglihatan juga tidak berapa jelas

Saat kereta itu berhenti betul2 disebelahnya barulah dia perasan kereta bentley hitam itu milik suaminya .

Tengku adzmir yang terkejut melihat kelibat isterinya yang berjalan dalam keadaan hujan itu , Serta merta keluar dari kereta bersama payung ditangan .

"ya allah nia , kenapa berhujan ni ? nia pergi mana ha?! " agak tinggi nada itu . Sepantas kilat tubuh dania dipeluk dibawanya ke pintu sebelah penumpang . Dania sedikit pun tidak membantah . Tubuhnya juga kian terasa lemah . Kepalanya terasa berat tiba2

Dhia dania yang sedang memeluk tubuh itu dipandang . Lencun habis baju gaun mengandung yang dipakai isterinya. Simpati melihat keadaan itu , Tengku adzmir sudah membuka kot nya lalu disarungkan ke tubuh dania

"Are you out of your mind ? nia sedar tak keadaan diri tu? nia mengandung tahu tak?! nia pergi mana? kalau nak keluar kenapa tak bagitahu abang? "

Tegang nada Tengku adzmir ketika ini. Marah , geram , benci dan sakit hati dengan sikap isterinya yang kadang2 mencabar kejantanan diri .

Sudah lah mengandung lepastu bermain hujan , nanti apa pula kata orang kampung? pasti dia dituduh suami yang tidak bertanggungjawab terhadap isteri

Dania hanya membeku dikerusi sebelah . Wajahnya sudah berubah pucat . Entah mengapa kepalanya berpinar2 dan kian memberat . Mungkin akibat terkena air hujan sebentar tadi .

"Nia im talking to you ! tolonglah sedar kehadiran saya sebagai suami awak . Awak tak boleh degil macam ni ! kalau pun awak masih bencikan saya .. tak perlu lah protes sampai macam ni sekali !" Stereng kereta sudah dihentaknya . Buntu dengan kebisuan wanita itu

"Saya ke kubur ayah , takde kena mengena dengan kebencian saya pada awak" balas dania sepatah . Sebelum mengalihkan tubuhnya menghadap pintu kereta . Dia tidak berdaya untuk berperanh mulut saat ini . Dania merasa seperti ingin tidur sahaja.

Tengku adzmir disebelah sudah mengeluh kecil melihat keadaan isterinya. Akhirnya masing2 hanya diam melayani perasaan

Saat tiba dirumah usang itu , Tengku adzmir terus keluar dahulu bersama payung dan memapah tubuh lemah isterinya . Dania hanya menurut sahaja rentak si suami

Wan salmah bergegas untuk membuka pintu apabila terdengar bunyi ketukan . Terpacul wajah menantu dan anaknya . Sedih benar dia melihat Dania yang kelihatan pucat tak berdarah itu

"ya allah nia , kenapa kamu basah kuyup sampai macam ni sekali . Adz pergi bawak nia masuk bilik . Mandi dan salin pakaian . "

Belum sempat Tengku adzmir berlalu untuk membawa isterinya kedalam bilik . bergema jeritan Wan salmah didalam rumah itu .

"Adz kenapa ada darah atas lantai ni ? Nia baju kamu ada darah!

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now