Fajar sidik kian melabuhkan tirainya . Hampir 12 jam perjalanan dari kota london melintasi lautan Atlantik utara untuk sampai ke Malaysia . Tanpa mengenal erti penat lelah mereka mengambil keputusan untuk terus ke hospital Tengku adzmir di tempatkan .
Limousin dari KLIA terus meluncur laju menuju Tropicana Medical centre .
Dhia dania kelihatan tenang ditempat duduknya . Namun hanya allah yang tahu kepincangan hatinya saat ini. Tidak berhenti bertahmid dan berdoa agar dia masih berpeluang membina masa hadapan bersama lelaki itu .Sepanjang perjalanan hanya tiga wajah yang menerpa menganggu benaknya . Iaitu wajah suami , ibu dan anaknya . Tiada yang lain . Perlahan airmata mula membasahi wajah bujur sirihnya . Mengenangkan betapa peritnya keputusan bodoh yang telah dilakukan dua tahun yang lalu .
Tepat jam 4 pagi tiba mereka terus menuju ke Intensive care unit yang menempatkan Tengku Adzmir .
Dengan kekuatan yang masih bersisa Dania melangkah perlahan ke dalam wad . Saat matanya menangkap sekujur tubuh kaku itu . Lututnya terasa lemah . Hampir sahaja dia terjatuh namun tubuhnya pantas dipaut oleh Tengku Maszitah yang berdiri di belakangnya .
Airmata kian deras merembes keluar apabila melihat keadaan fizikal suaminya . Betapa dia telah membuatkan suaminya menderita . Wajah yang dulu bersih kini telah ditumbuhi jambang . Badan yang dulunya tegap dan gagah kini telah susut mendadak .
Yang terlihat hanyalah wayar-wayar berselirat dan mesin ventilator yang membantu suaminya untuk kekal bernafas . Dia langsung tidak menyangka pertemuan semula ini terlalu perit . Hanya tubuh kaku suaminya yang menyambut kepulangannya . Tiada lagi senyuman mesra .
lelaki itu ! lelaki yang telah banyak berkorban . Lelaki yang telah lama dia tinggalkan . Cinta lelaki itu pernah dianggap sampah . Allahu betapa berdosanya dia !
"Ya allah , Aa..abang" Kata-kata itu seakan berbisik diulas bibirnya . Panggilan itu kembali bergema selepas 2 tahun lamanya cuba dilenyapkan .
Kini dia yakin lelaki itu masih mampu memberikan rasa yang mendalam dihatinya . Walaupun terlantar kaku begitu . Dania mulai sedar satu hakikat bahawa di dada masih lagi ada cinta buat Tengku Adzmir .
"Abang.. abang ! bangun bang ! nia mintak ampun . Nia berdosa pada abang . Nia isteri nusyuz . " Tangisan mula kuat kedengaran .
Tengku Maszitah yang melihat sudah menekup mulutnya menahan suara tangis dari kedengaran. Ya allah sungguh dia berdosa besar kerana memisahkan 2 jiwa ini .
"Abang bangun ! Nia dah pulang bang ! Nia dah buat silap yang besar selama ni . Nia sedar nia masih sayangkan abang . Bangun bang !!!!"
Tubuh mayat hidup suaminya sudah digoncang kuat. Di sembankan wajahnya ke dada itu selepas bertahun lamanya. Menangis semahu hati melepaskan segala beban perasaan
Nia memaut kaki suaminya . Menangis pula disitu . Pedih jiwanya melihat lelaki yang pernah dicintai dahulu kini terbaring beku . Runtuh sudah tembok keegoan .
Tengku Maszitah yang melihat keadaan Dania yang semakin hilang arah itu segera mampir ditarik tubuh longlai itu . Bahu dania disentuhnya.
"Bawak bersabar nia .. " Hanya itu yang mampu diucapkan .
"lepaskan i zita . i berdosa pada suami
i !!""Abang bangun ! Maki lah nia ! marah la nia bang ! Nia terima . Janji abang bangun dan maafkan nia! allah ..."
Esaknya mulai kuat kedengaran . Dia sudah terjelepuk jatuh ke lantai . Hatinya terlalu pedih . Malah Lebih memedihkan dan amat pilu dari kisah silam 2 tahun yang lalu . Realiti yang dia terima kini benar-benar cagun membunuh diri.
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
Roman d'amourPrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...