02-Ekspresi Wajah Watak

2.1K 112 67
                                    

Assalammualaikum dan salam secangkir kopi. (Dah tengah hari, salam segelas jus lah pulak!)

Hari ini saya mencuri masa, membaca blog Alfa Anggraini. Blog yang saya jumpa tanpa sengaja. Bagus sangat untuk orang yang baru dalam bidang penulisan novel macam saya. Dah lama saya cari tajuk berhubungkait dengan ekspresi wajah watak. Alhamdulillah jumpa.

Dan seperti biasa, ilmu itu lebih baik dikongsi dengan kawan-kawan, yang pada saya tiada ruginya. Kalau saya tak guna, orang lain boleh guna. Dan apa salahnya membantu menambahbaik penulisan orang lain. Mana tahu, rezeki dia untuk menghasilkan buku yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Dan orang lain itu mungkin anak-anak saya atau generasi saya? Bagus kan?

Saya percaya ekspresi wajah watak dalam penulisan sangat membantu menghidupkan watak itu sendiri. Dan daripada blog Alfa Anggraini, saya kongsikan sedikit hasil tulisan beliau. Yang lain, boleh baca sendiri.

Dipecahkan pada empat:

1) Mata

2) Hidung

3) Mulut

4) Wajah

Contoh yang diberi:

(Saya beri sedikit sahaja. Yang lain-lain boleh baca sendiri atau jika ada dalam nota korang, boleh juga kalau sudi kongsikan di sini).

1) Mata / pandangan

1.1 matanya menyepet

1.2 matanya menyala

1.3 dia memicingkan mata

1.4 matanya bersinar

1.5 matanya berkilat

1.6 sudut matanya berkerut

1.7 matanya bergenang

1.8 matanya berenang dengan air mata

1.9 matanya dibanjiri air mata

1.10 matanya basah

1.11 dia meneliti

1.12 dia mengamati

1.13 dia melirik

1.14 pupil matanya membesar

2) Hidung

2.1 hidungnya berkerut

2.2 dia menyentuh hidungnya tanda ejekan

2.3 dia menghirup udara dalam-dalam

2.4 dia mendengus

(Bab hidung macam kurang contoh. Kalau korang ada contoh yang lebih baik, mungkin boleh kongsikan di sini.)

3) Mulut

3.1 dia tersenyum

3.2 dia menyeringai

3.3 dia tersenyum simpul

3.4 mulutnya melengkung membentuk senyuman

3.5 sudut mulutnya terangkat

3.6 dia memaksa senyum

3.7 dia memalsukan senyum

3.8 senyumnya memudar

3.9 senyumnya tergelincir

*Tambahan yang dikongsikan oleh @bukan_ulat_buku (penulis karya Si Penakluk Hati)

3.10 ketawa panjang

3.11 ketawa lepas

3.12 ketawa terbahak-bahak

3.13 ketawa sumbang

3.14 ketawa mengekek

3.15 menangis pilu

3.16 menangis teresak-esak

3.17 menangis tersedu-sedan

3.18 menangis terguguk

3.19 menangis dalam hati

4) Wajah

4.1 memucat

4.2 memerah

4.3 tersipu

4.4 darah mendesir merangkak naik ke wajahnya

4.5 wajahnya menjadi kosong

4.6 wajahnya berkerut

4.7 ekspresi wajahnya tumpul

4.8 rasa takut terlukis di wajah

Cukup setakat itu perkongsian saya, inshaallah jika ada ilmu lain yang saya dapat akan saya kongsikan juga.

Santai (Completed)Where stories live. Discover now