Assalamualaikum & Salam ukhuwah rakan-rakan Wattpad.
Hilang? Apa yang hilang?
Rasa. Itu yang hilang. Bila rasa ingin meneruskan penulisan itu hilang, cari ia dalam diri sendiri.
Apa yang ada di dalam diri sendiri?
Niat, kata hati, jiwa yang memperjuangkan keinginan.
Kita baca cerita orang, dan kita hilang. Normal.
Ketahuilah bahawa dalam setiap cerita kita dan cerita mereka, punya kekuatan dan kelemahan. Sebagus mana pun cerita kita atau mereka, tiada yang sempurna.
Tiada cerita yang layak diagung-agungkan sehingga meletakkan cerita kita atau mereka, di lantai penghinaan.
Jika kita baca cerita yang bagus, ambil kebagusan itu sebagai pelajaran dan panduan, bukan penghinaan untuk cerita sendiri.
Jika cerita itu ada kelemahan, ambil kelemahan itu sebagai peringatan agar kita tak ulang, tapi kita tampung yang lemah itu dalam cerita kita.
Hati yang menulis jika lelah, rehat seketika, bukan berhenti selamanya.
Jika penulisan hilang di mata pembaca, anak bangsa akan buta meraba-raba, hilang punca bicara dan hiburan bermakna.
Wallahualam.
YOU ARE READING
Santai (Completed)
General FictionCuba lari dari tinta dan pena. Duduk dalam dunia realiti dengan secawan kopi hitam. Pilihan? Dengan gula atau tanpa gula, ikut suka. Start: 26 Feb 2018 End: -