Assalammualaikum dan Salam Secangkir Kopi,
Menulis novel dan tesis sangat berbeza. Apatah lagi kertas kerja. Penulisan novel memerlukan emosi yang pelbagai. Perlukan jiwa. Tetapi emosi bukan boleh dipaksa untuk selalu ada. Masa nak tulis sesuatu yang beremosi sedih, tapi mood pada waktu itu sedang bergumbira ... tentu tak jadi.
Sebelum tulisan ini dilanjutkan, mari kita senaraikan jenis-jenis emosi yang biasanya dinukilkan dalam novel.
1- Sedih
2- Marah
3- Gembira /Teruja
4- Benci
5- Jijik
6- Sakit hati
7- Bengang
8- Menyampah
9- Rasa nak membunuh (marah sangat ni!)
10- Takut
11- Pelik
12- Ingin tahu
13- Cinta / Sayang
Itu yang saya terfikir. Ada lagi emosi lain, yang mungkin tertinggal. Saya sebenarnya sedang mencari emosi sedih untuk meneruskan penulisan saya, tapi tak jumpa. Entah pergi mana saya pun tak tahu. Sekarang ni saya tengah tiada sebarang emosi. Tidak marah, tidak gembira, tidak sedih ... entah.
Saya buka Instagram sekadar melayar kisah hidup manusia. Mana tahu, terjumpa pula emosi di dalamnya. Tiada! Wah, ini sudah berat! Hidup tanpa emosi. Satu status oleh rakan wattpadder menarik perhatian saya. Saya tekan.
Berkumandang satu lagu yang tidak pernah saya dengar. Saya ni jarang dengar radio. Hanya sekali-sekala sahaja. Mungkin lagu ini cukup popular tetapi tidak pernah pula singgah di pendengaran saya. Lagunya sedap dan ... sedih.
Benar-benar menyentuh jiwa saya. Oleh kerana hanya diperdengarkan separuh sahaja, saya cari lagu ini di Youtube. Dan saya dengar sepenuhnya. Ya. Emosi sedih sudah mula menguasai diri saya, hati dan jiwa saya. Saya boleh menyambung penulisan saya.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini, bila kita hilang emosi kita sebenarnya boleh mencari dan memanggilnya semula. Melalui lagu, atau imbas kembali kenangan lalu.
Saya pasti kita punya banyak kisah yang membentuk emosi kita. Kisah yang membuatkan kita marah, sedih, takut, teruja ...
Saya sukar untuk menggunakan imbas kembali pengalaman. Banyak kisah yang membentuk emosi saya sudah saya padam. Ingat. Tapi sudah tiada emosi bersama kisah itu lagi. Sekadar ingat sahaja.
Jadi, mendengar lagu membantu saya. Ya. Lepas ini saya tahulah caranya bila saya perlu mencari emosi, saya boleh buka Youtube. Boleh dengar lagu. Movie makan masa. Saya tak suka berlama-lama menatap sesuatu cerita.
Terima kasih Allah, beri saya ilham. Dan terima kasih kepada rakan wattpadder yang post status di Instagram dengan lagu sedih tersebut. Tajuk lagu - Pinggiran Syurga. Nak sebut nama wattpadder tu di sini, saya seganlah pulak.
Saya tak kenal dia dan dia pun tak kenal saya. Hanya tahu sebab saya follow dia, baca cerita dia. Dan dia follow saya. Selebihnya tak tahu apa-apa. Hahaha...
Selamat menyambung penulisan. Kalau ada yang sudi nak berkongsi cara anda mencari emosi, sangat saya alu-alukan. Saya memang perlukan ilmu yang sedemikian.
Salam Secangkir Kopi.
Alamak! Tetiba teringat hot chocolate dan green tea. Lebih sakit lagi bila teringat ais-krim Baskin Robbins perisa Coconut-Pineapple kegemaran saya yang hanya wujud di sesetengah outlet BR sahaja. Abaikan ...
YOU ARE READING
Santai (Completed)
Художественная прозаCuba lari dari tinta dan pena. Duduk dalam dunia realiti dengan secawan kopi hitam. Pilihan? Dengan gula atau tanpa gula, ikut suka. Start: 26 Feb 2018 End: -