Assalamualaikum, salam sejahtera rakan-rakan.
Bila saya keputusan idea atau bahasa untuk menggarap idea, saya suka membaca.
Membaca pada saya, tidak terhad dengan apa yang dipanggil buku sahaja, tetapi juga ulasan buku.
Biasanya saya suka membaca ulasan buku di Goodreads. Saya akan memilih tajuk daripada penulis yang bukunya sudah diterjemah kepada berbagai bahasa.
Hal ini kerana, ulasan bagi buku yang sudah mencapai tahap terjemahan di peringkat antarabangsa adalah lebih telus dan tajam.
Pengulas bukan sahaja mengulas, tetapi turut mengkritik. Bukan sahaja kritikan karya, tapi juga kritikan kepada penulisnya.
Pengulas karya di peringkat antarabangsa, saya lihat mewujudkan perbincangan sesama mereka tentang kelebihan dan kekurangan karya tanpa mengira penulis itu ternama atau tidak. Tidak sedikit pun kisah jika kritikan mereka dikritik.
Suka saya membaca semua kritikan mereka. Dari sinilah saya belajar untuk memperbaiki karya sendiri. Dan kini, membaca ulasan dan kritikan karya antarabangsa sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti masa senggang saya.
.
.
.
YOU ARE READING
Santai (Completed)
Fiksi UmumCuba lari dari tinta dan pena. Duduk dalam dunia realiti dengan secawan kopi hitam. Pilihan? Dengan gula atau tanpa gula, ikut suka. Start: 26 Feb 2018 End: -