DALAM carian di laman sesawang prpm.dbp.gov.my, momentum didefinisikan sebagai - daya yang mendorong pergerakan sesuatu. Jadi, bila kita membicarakan tentang momentum penulisan tentulah ia juga berkaitan dengan daya, dan pergerakan. Dan, bila disebut pergerakan tentulah ada capaiannya. Apakah capaian penulisan kita setakat ini?
Jangan dibicarakan berapa banyak karya yang kita sudah hasilkan, tetapi capaian yang saya maksudkan lebih kepada berapa kerap kita menulis. Momentum penulisan pada saya amat penting. Jika saya tinggalkan walau sehari dua, bila ingin memulakan semula memang tersangkut!
Kadang-kala tidak tahu bagaimana untuk membina ayat.
Kadang-kala tidak tahu bagaimana mahu mencipta emosi watak.
Dan,
Kadang-kala jadi bodoh dalam menjalin plot.
Idea penulisan itu ada, tetapi tidak mampu diterjemahkan dengan baik. Bila dikaji, puncanya kerana saya tidak menjaga momentum penulisan saya. Dalam kesibukan sehari-hari, saya tinggalkan terus. Di situ silapnya.
Bia puncanya sudah ditemui, kita uraikan. Masa dan penulisan memang tidak selamanya bersama. Tetapi kita boleh mencuri masa. Saya gunakan method penulisan diari sebagai mengekalkan momentum penulisan saya.
Segala emosi, segala ketidakpuasan hati, segala yang terlihat di mata, terkesan di jiwa, saya tulis. Secalit pun jadilah. Kalau dapat sebaris pun sudah cantik. Apatah lagi jika dapat separa muka.
Saya simpan catatan itu. Dan, saya terus mencatat sehari satu ayat paling kurang. Saya pastikan saya menulis juga-juga. Bila punya masa yang agak panjang, saya buka semula.
Sehari selembar benang, jika dikait, dicantum mampu menghasilkan bait-bait kata yang bercerita. Jalinkan kata yang sedikit, yang ditulis setiap hari itu dalam satu muka. Baca dan betulkan. Tambah mana yang kurang.
Kekalkan momentum penulisan.
YOU ARE READING
Santai (Completed)
General FictionCuba lari dari tinta dan pena. Duduk dalam dunia realiti dengan secawan kopi hitam. Pilihan? Dengan gula atau tanpa gula, ikut suka. Start: 26 Feb 2018 End: -