Bab 66 - Penulis dan Media Sosial

43 4 8
                                    

Assalammualaikum, Warga Wattpad.

Sekian lama saya tidak memuatnaik cerita di Wattpad. Membaca juga, agak kurang di platform ini. Masa saya, banyak saya habiskan di saluran media sosial yang lain. Bukan ber'jimba' di sana, tetapi sibuk mempromosikan karya yang baru terbit, yang telah menjadi sebuah buku fizikal – Lastik Kayu.

Bila menyentuh soal promosi, sebagai seorang penulis, banyak perkara yang perlu diperhatikan. Malah, ada perkara yang perlu dikorbankan juga. Lebih-lebih lagi bila buku Lastik Kayu ini merupakan sebuah buku swaterbit. Bermakna, ia atas penulis. Penulis itu sendiri yang menanggung segala-galanya.

Menjadi seorang penulis masa kini, media sosial tidak boleh dianggap sebagai gangguan, sebaliknya sebagai medium membantu jualan. Bagaimana hendak menyebarkan kewujudan buku kita dengan niat menyebarkan juga isi di dalamnya jika kita tidak punya saluran? Atau, jika ada saluran pun, khalayaknya tidak ramai.

Niat asal penulisan adalah untuk menyebarkan ilmu, berdakwah dalam wacana santai dan mudah faham. Maka, perlu diluaskan juga medium sebarannya. Saya sendiri sebenarnya tidak suka bersosial di media sosial. Tetapi, bila ia adalah pilihan yang terbaik, saya mula menolak diri saya kepadanya. Iaitu mendekatkan diri saya kepada media sosial itu sendiri.

Hampir kebanyakan akaun yang bernama media sosial itu, saya ada. Bermula dengan Facebook, WhatsApp, Telegram, Linkedin, Instagram, Twitter, Youtube, TikTok, Shopee dan yang terkini ... ClubHouse. Banyak, bukan? Dan bila kita memiliki semua media sosial ini, kita tak boleh tinggalkan ia sepi sebagaimana saya meninggalkan Wattpad baru-baru ini.

Memiliki semua saluran media sosial ini, bermakna kita terikat dengan satu bentuk tanggungjawab juga. Ini kerana, kita sudah dikenali sebagai content writer. Ada perkara yang kita perlu uruskan di sana. Setiap hari perlu memikirkan content. Di situlah kita akan menjemput follower dan subscribers. Yang mana, mereka akan menjadi potential reader, seterusnya potential buyer kepada karya-karya kita.

Bermula dengan kepenatan melayan media sosial yang sentiasa memerlukan perhatian, yang sentiasa perlu disuap dengan kandungan, akhirnya ia menjadi market, atau pusat jualan karya.

Adakah ia mengganggu proses penulisan? Adakah ia sudah menjauhkan sasaran seseorang penulis itu? Bagaimana dengan penulisan itu sendiri bila seorang penulis sudah terjerumus dalam kehidupan content writer? Adakah manuskripnya terbengkalai? Sudah mula menyusutkah kualiti penulisannya kerana tidak punya masa mendalami pemikiran sewaktu mengarang?

Ya, benar. Ia sedikit sebanyak memberi kesan. Waktu itu tidak banyak terluang kepada penulisan. Tetapi, pengalaman daripada semua perkara yang dianggap melencongkan fikiran itu sebenarnya juga satu pengalaman yang boleh dimuatkan ke dalam penulisan.

Penulis perlu memasak niat yang kuat ketika memilih untuk menyelam di dunia content writer yang melibatkan media sosial. Atau, nama lainnya – langit terbuka. Apa jua yang dilakukan, berbaliklah kepada penulisan. Jika gagal mengarang idea cerita, karanglah idea bukan cerita. Luahan rasa atau lontaran fikiran-fikiran yang berkecamuk dengan kesibukan. (Saya sedang menasihati diri saya sendiri).

Jangan cuba ditinggalkan kerana ia tetap memberi pulangan. Cuma, perlu bahagikan masa di antara penulisan, pembacaan dan pemasaran. Dan, sewaktu urusan swaterbit dibuat, mungkin perlukan lebih masa untuk urusan penerbitan sama ada pra, terbitan dan pasca.

Insya-Allah, saya akan kembali semula menyambung tulis karya di Wattpad sebaik beberapa urusan selesai. Saya sedang fokus dengan e-book utuk terbit bersama E-Sentral, selain daripada menyunting karya yang bakal terbit sebagai buku fizikal di bawah dua rumah penerbitan.

Saya cuba meluaskan kelompok pembaca bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Singapura dan Indonesia juga dengan e-book bersama E-Sentral ini. Masa PKP ini, adalah masa yang sangat mencabar bagi mereka yang terlibat dengan dunia penerbitan karya fizikal. Segala-galanya jadi mahal dan lambat. Perlu ada back-up.

Ya, setakat ini dulu penulisan bukan cerita saya. Semoga masih ada selitan ilmu yang berguna kepada kalian yang membaca walaupun bunyinya seakan bebelan tidak bermakna. Jangan mudah putus asa. Jangan lupakan saya walaupun kita sudah lama tidak berkomentar di ruangan komen karya-karya saya.

Buku Lastik Kayu boleh dibeli di Shopee melalui pautan shopee.com.my/norsamilasamsudin.

Kalian juga boleh follow saya di semua media sosial yang saya sebutkan di atas. Nama pengguna saya adalah seperti berikut:

FB – Norsamila Samsudin

IG – norsamilasamsudin

YT – NORSAMILA SAMSUDIN

Linkedin – Norsamila Samsudin

Twitter – norsamila

TikTok – norsamilasamsudin

ClubHouse – norsamila

Santai (Completed)Where stories live. Discover now