Cuba lari dari tinta dan pena.
Duduk dalam dunia realiti dengan secawan kopi hitam.
Pilihan?
Dengan gula atau tanpa gula, ikut suka.
Start: 26 Feb 2018
End: -
Dunia penulisan itu luas. Kalau tidak diteroka, kita tidak tahu di mana kedudukan kita.
Saya bermula dengan penulisan berita dan artikel. Ya, sudah tentu. Sebab, saya adalah pelajar kewartawanan.
Kemudian melangkah kepada penulisan kreatif, novel. Kini, berjinak-jinak pula dengan cerpen.
Penulisan cerpen di media arus perdana, tidak sama seperti cerpen yang biasa, yang ditulis di blog atau mana-mana laman sesawang.
Cerpen yang tersiar harus punya satu isu yang diangkat menjadi tunjang oleh penulis. Hanya satu isu, dengan satu atau dua watak, dan pastinya satu peleraian.
Penulisan cerpen sangat berbeza dengan penulisan novel. Saya sendiri terkial-kial mencari, mengkaji dan mencuba beberapa kali untuk mencapai hasil yang akhirnya diterima dan diterbitkan di media arus perdana.
Itupun sesudah selesai menamatkan kelas cerpen online yang dikendalikan oleh saudara Mitch selama sepuluh hari. Kelas ini, kelas berbayar, tetapi sangat berbaloi pada saya.
Hasilnya, cerpen 'Cucaracha' yang saya hantar ke Berita Harian, terpilih untuk siaran pada hari Ahad, 2 Jun 2019.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alhamdulillah, ia satu kepuasan bagi saya. Satu novel, satu cerpen dan dua sajak (sajak saya, satu tersiar di majalah Dewan Sastera dan satu lagi di dalam majalah Solusi).
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Saya ingin terus melangkah, bereksperimentasi dengan penulisan. Mencuba tulis dari pelbagai sudut pandang. Orang tak baca, orang tak suka, tidak apa-apalah. Ini hanya satu eksperimentasi kepuasan.
Selagi kita rasa, kita tahu mana hala tuju kita, denai yang kita lalui itu terarah ke destinasi, kita teruskan.
Kalau sesat, patah balik atau cari lencongan. Kalau silap, belajar daripada kesilapan, dan elakkan daripada berulang.