22 - Secebis

102 20 1
                                    

Saya memang suka mencatat. Ucapan pembukaan dalam sesuatu majlis, kursus mahupun bengkel juga menjadi sumber catatan saya. Pensil tekan, atau pen dan buku memang teman saya ke mana sahaja. Tidak boleh tidak ada.

18 Disember 2018, Selasa.

Saya menghadiri satu bengkel penulisan bertajuk, 'Bengkel Penulisan Manuskrip Diraja 2018. Penceramahnya ialah Dr. Mohamad Saleeh Rahamad. Seorang penulis, bekas wartawan Watan dan juga kini merupakan Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Ucap mula pula diberikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu.

Sungguh saya jatuh hati dengan ucapan beliau.

Pemilihan diksi, isi dan susunan katanya buat saya teruja untuk mencatat setiap kata-katanya.

Di sini saya kongsikan sedikit ucapan beliau sebagai penyuntik semangat penulis-penulis hijau seperti kita.

Kata Prof. dalam ucapannya,

Tujuan bengkel ini adalah untuk melahirkan penulis yang berfikiran analitikal, kritikal dan positif. Yang memfokuskan kepada keadaan masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Sekaligus menolak pemikiran negatif.

Beliau mengharapkan agar penulis mewujudkan watak-watak yang berjuang demi kemajuan masyarakat.

Katanya lagi, penulis dari negara jiran kita (Indonesia), sudah mula membicarakan tentang watak-watak di kalangan golongan miskin. Yang mana, watak-watak miskin ini memperjuangkan kehidupan mereka. Mengangkat diri mereka ke satu tahap yang lebih baik. Yang dipandang tinggi.

Sedangkan di negara kita amat kurang penulis yang begini. Watak-watak yang diwujudkan kebanyakannya adalah watak yang mengalah. Tiada kekuatan membela diri, nasib dan banyak mengeluh. Tidak berjuang.

Beliau mengharapkan agar penulis-penulis muda terutamanya, bukan sahaja dapat menguasai teknik penulisan, tetapi juga turut menguasai pokok persoalan, perkara yang ditulis.

Keluarkan semangat yang kuat daripada rasa yang tertindas. Karyanya perlu lebih ke arah satu perjuangan yang teguh. Watak yang memperjuangkan kehidupan.

Beliau juga mengharapkan generasi penulis yang sekarang ini, kembali berjuang seperti generasi penulis terdahulu. Yang menggunakan pena untuk membuka mata anak bangsa.

Sejarah kita yang panjang ini katanya menghadapi gugatan dan kita terpaksa membinanya semula.

Saya ... terkesima. Sungguh! Ucapan beliau buat saya rasa sangat kerdil. Tertampar juga kerana karya dan watak saya tidak banyak yang menyentuh tentang perjuangan bangsa.

AyuhMalaysia!

Eh, dah masuk versi Harimau Malaya la pulak! (Peace!)

Santai (Completed)Where stories live. Discover now