Bila kita menulis, kita sebenarnya bermain dengan bahasa. Dan orang kata, dengan bahasa kita secara tak langsung akan mengenengahkan budaya, cara hidup sesuatu bangsa itu sendiri.
Bahasa Melayu.
Bahasa yang indah, yang mudah mencerap bahasa lain dan yang bila digunakan dalam
novel mampu menyentuh jiwa pembaca.Jom kita lihat sejauh mana kita sendiri memanfaatkan apa yang kita ada dalam penulisan kita.
1- PERSONIFIKASI
Contoh:
1.1 Tersenyum ganas
1.2 Mendayu-dayu ratap tangis yang menjulang ke angkasa
1.3 Terhambur dari jiwa
1.4 Ditendang kezaliman dunia
2- METAFORA (PERLAMBANGAN/ PERBANDINGAN)
Contoh:
2.1 Entah tidak akan tercapai tanah tepi (maksudnya atau metaforanya - belum tentu dapat meneruskan hidup / tak kesampaian apa yang dihajatkan atau diimpikan)
2.2 Kelapa ditebuk tupai (maksudnya atau metafora kepada anak gadis yang sudah kehilangan dara.)
2.3 Macam bertih jagung (maksudnya atau metafora kepada orang yang tak berhenti bercakap)
2.4 Gelombang kehidupan masa kini (maksudnya atau metafora tentang hidup yang mencabar)
3- PEMERIAN
3.1 Pemerian watak
Contoh 1:
Rambut yang telah putih kusut bergumpal-gumpal panjang menutup kening, mata, telinga dan tengkuknya.
Contoh 2:
Kulitnya yang telah kisut-lisut menggerutu tidak bertutup
Contoh 3:
Lama juga dia melihat-lihat raut mukanya yang panjang dan tirus ke dagu itu. Mulut yang kecil dan hujung bibir yang melengkung ke bawah itu memberikan perasaan yang kurang sedap di hatinya.
3.2 Pemerian latar
Contoh 1:
Empat ekor itik sedang sibuk di sebuah longkang yang airnya hitam berbuih tidak mengalir. Longkang itu terbentuk dari beberapa buah longkang-longkang kecil dari rumah Kamala Bi, Kiah Gedempol, Zaharah Bulat, Marimuthu, Abdul Karim dan beberapa orang lagi. Longkang-longkang kecil ini bercantum menjadi sebuah longkang yang agak besar.
Contoh 2:
Guruh yang berekoran menjerit beberapa kali. Langit senja sungguh lelah. Kawasan sekitar gubuk Kariman telah pun dirintik hujan beberapa kali, menghalau ayam dan itik jiran yang berkeliaran di situ.
4- SIMILI
Contoh 1:
Suara sedu-sedan Siti Rohani tidak mahu berhenti-henti bagai suara titikan air di dalam gua batu yang gelap gelita.
Contoh 2:
Seperti telah terdampar di atas tikar kematian.
5- GABUNGAN PERSONIFIKASI DAN SIMILI
Contoh:
Kereta-kereta yang mengalir bagai sungai tidak berhenti-henti.
Personifikasi - kereta-kereta yang mengalir
Simili - bagai sungai tidak berhenti-henti
6- ANALITIKAL
Contoh:
Kalaulah tidak kerana misai tebal di bawahnya, barangkali hidung itu kelihatan lebih bengkok dan kejam lagi.
YOU ARE READING
Santai (Completed)
General FictionCuba lari dari tinta dan pena. Duduk dalam dunia realiti dengan secawan kopi hitam. Pilihan? Dengan gula atau tanpa gula, ikut suka. Start: 26 Feb 2018 End: -