49 - Pengulangan

111 16 0
                                    

Pengulangan beberapa ayat atau dialog dalam sesebuah karya mempunyai impak yang berbeza sama ada dari segi penulisan atau penerimaan pembaca di saat pembacaan dibuat.

Corak penulisan yang mempunyai pengulangan perlu dilakukan dengan berhati-hati oleh seseorang penulis.

Malah, perlu diulang baca.

Diperam seketika atau beberapa hari sebelum dibaca semula.

Cuba kesan nada bacaan sendiri. Semak tanda baca dan pemecahan perenggan pada setiap pengulangan.

Dalam penulisan, ada pengulangan yang tidak sengaja' dibuat. Dan, tidak langsung mencapai kepuasan dalam pembacaan, melainkan kebosanan.

Tetapi, ada pengulangan yang memang dibuat dengan tujuan. Iaitu sebagai penekanan dan peringatan.

Penulis ingin pembaca mengingati perkara itu.

Al-Quran sendiri jika dibaca, akan kita temui banyak pengulangan. Sama ada ayat yang diulang, atau kisah yang diulang.

Jadi, kenalpasti mengapa pengulangan itu berlaku dan adakah ia diperlukan atau tidak.

Jika tidak, jangan ragu-ragu untuk memotong dan membuangnya.


Santai (Completed)Where stories live. Discover now