[BHB] BAB 1

40.9K 758 52
                                    


[ BIAR HATI BERBICARA ]

PANG!!!

BERDENTUM bunyi memecah apabila kedua telapak tangan menghentak kuat ke atas meja kaca ditengah ruangan utama. Mata membuntang bak serigala memandang mangsa. Mahu menerkam sosok gadis tertangkap tepat di pancaindera. Tubuh gadis itu dilahap dengan renungan anak mata yang membara.

"Danish tak setuju!"bangkang figura jejaka tampan kini mengerling tatapan mata ke arah kedua orang tuanya. Kini jerlingan tajam terarah pada figura berusia,iaitu milik nenda.

Renungan Danish sungguh menjelaskan rasa tidak puas hatinya. Keputusan Nenda amat keterlaluan, sungguh diluar ruangan pemikiran.

"Danish.. sopan sedikit kalau berbicara...,jangan tunjukkan budaya barat kamu itu di sini, cubalah belajar untuk menjaga adab dihadapan orang lebih tua" Tegur Datuk Seri Farid kepada anak terunanya. Jujur nasihatnya itu bagai menuang air ke atas daun keladi,apalagi suasana hati Danish ketika ini meluap-luap bagai gunung berapi

Datin Seri Darlila memandang tawar raut wajah anak teruna yang sedang bermuram muka. Harus bagaimana lagi,nekad Nenda sudah bulat.

"Kenapa nenda nak suruh Danish kahwin dengan dia ni, perempuan ini siapa?? Entah datang dari pelosok bumi mana nak jadikan isteri Danish,ceh! Najis! Puihhh!"

Seringkali Danish menikam gadis itu dengan kata-kata hinaan yang tajam.Namun riak gadis itu hanya bagai patung tak bernyawa,seakan pasrah dan rela dengan keputusan yang diinginkan Nenda. Menjijikan!

Helahan nafas panjang terbit dari sosok wanita yang kian di mamah usia. Gadis itu dipandang penuh simpati,namun kelakuan liar Danish sungguh tiada ubatnya lagi. Nenda memandang dengan pandangan sayu akan sosok tubuh pemuda dihadapannya. Danish merupakan waris tunggal Megha Rich Holding.Bakal menguasai segala kekayaan,perusahaan yang dibangunkan sekian lama dari generasi ke generasi yang lain.

Jujur Nenda tidak keberatan dengan niat Danish untuk memilih pasangan hidup sendiri,akan tetapi tidak seperti pilihan Danish ketika ini. Nenda telah mengorek segalanya, itulah yang telah menjadi akar kebimbangannya. Bagaimana perusahaan besar mereka mampu bertahan jika sosok disamping Danish adalah sosok wanita yang suka memanfaatkan keadaan.

"Nenda pilihkan calon sesuai untuk Danish, baik,sopan santun paling penting nenda tahu latar belakang dan luar dalam dia"Nenda mula membuka kunci bicara setelah beberapa saat ruangan besar itu dipenuhi kedinginan hati Danish yang suram.

Raut wajah Danish masih tidak berubah intaian keangkuhan memberontak dengan dinding keegoan sudah memenuhi dada.Bertegang muka dengan panahan mata menangkap wajah bujur sirih dihadapanya.

"Hei betina! Kenapa kau senyap? Kau takde sebarang bantahan ke? Ke nenda dan keluarga dah sepakat bayar kau? Berapa harga diri kau ni? Seribu? Sejuta? Biar aku bayar lepas itu kau berambus dari hidup aku!"

Teriakan Danish semakin lantang memecah.Gadis itu tersentak dengan mata yang berkaca-kaca. Jujur Naura ingin pergi dari ruangan itu,akan tetapi..sosok nenda tetap erat mengenggam jarinya untuk terus kekal disitu.

"Dia ada nama Danish, nama Dia Naura Syafiqah Aulia! Bukan betina!!" Sergah Nenda Puan Seri Engku Faridah. Wanita berusia itu sudah tidak senang duduk dengan kelakuan Danish. Sejak bila cucunya itu sudah pandai menghina orang lain.


"Yang nenda nak bela dia ni kenapa? Dia cucu nenda ke ? Danish? Dia ni memang betina tak ada harga diri. Suka sangatlahkan. Dapat kahwin dengan orang berada. Nak jadikan aku batu loncatan untuk kau jadi kaya raya?! Right?! Jangan bermimpi disiang hari"

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang