Figura seseorang yang sedang menangis menarik perhatian Muiz. Hatinya berada di dalam dilema samada dia mahu meneruskan perjalanan ataupun berhenti seketika.
Akalnya seakan-akan menyuruh Muiz untuk berhenti. Bahaya bagi perempuan bersendirian di sini.
"They can wait." Putus Muiz sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia mungkin akan disaman kerana meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.
Segalanya ditolak ke tepi kerana kaki lantas melangkah keluar dari kereta. Udara nyaman permulaan musim panas menyapa lembut kulit Muiz.
Gadis itu masih berteleku dengan bahu yang terhinggut-hinggut. Benar kata hati Muiz yang dia sebenarnya sedang menangis.
Punggung dilabuhkan di atas bangku yang sama. Betul-betul di sebelah gadis itu namun tindakannya tidak dihiraukan gadis tersebut.
Double bahaya dia ni. Kalau yang duduk ni ada niat tak baik macam mana?
Muiz jadi kaget kerana tidak tahu untuk berbuat apa meskipun tadi dia yang beria untuk melihat keadaan di sini. Perempuan di sebelahnya masih galak menangis sambil memeluk lutut. Langsung tidak menghiraukan Muiz yang berada di sebelah. Dia terlalu hanyut dalam dunianya sendiri.
"Ehem." Sengaja Muiz berdehem memberikan isyarat akan kewujudannya di situ.
Masih tiada respons.
"Excuse me miss." Ujarnya mencuba nasib. Bahu kiri disentuh sedikit.
Wajah didongakkan lalu lelaki di sebelahnya dilihat melalui rambut yang terlepas bebas. Mata difokuskan lama untuk melihat wajah tersebut.
Leher baju ditarik sedikit untuk menutup mulut dan hidung.Of so many people dekat Melbourne ni.. Kenapa dia yang muncul saat ini?!
"Yes?" Jawabnya masih dalam esakan.
"Are you okay? You don't look fine to me. Are you sick or something bad happened?" Soal Muiz bertalu-talu. Terpacar riak gusar di wajahnya.
"I'm..." Nafas ditarik perlahan. "Not fine at all." Sambungnya seraya menghamburkan semula tangisan yang terhenti seketika tadi.
Muiz garu kepala. Kalau macam ni lambat lah aku! Tapi mana boleh blah macam tu je.
"If you're willing to share, maybe I could be a help." Balas Muiz cuba berlagak tenang dan tidak mahu memaksa namun hatinya kuat ingin membantu.
She must be in a big trouble.
"Takpelah. I tak perlukan bantuan you."
Kata-kata balasan tersebut mengejutkan Muiz. Lahh dia ni melayu ke?
Perasaan terkejutnya dibuang jauh-jauh. Ada perkara yang lebih penting sekarang ni.
"No tak boleh. Alang-alang I kat sini. Mana tahu I boleh bantu." Pujuk Muiz.
Namun begitu, ayat Muiz mengundang amarah gadis di sebelah. Dia segera bangun dari bangku. Kedua tangan menolak rambut panjang yang sedikit serabai ke belakang.
Kini Muiz dapat melihat dengan jelas muka gadis tadi. Mata merah dan bengkak tanda dia sudah lama menangis malah masih terbias sisa-sisa air mata di birai mata. Hidung dan pipinya turut kemerahan.
Muiz menjadi tidak kuat untuk terus memandang wajah itu. Hatinya turut sama dipagut rasa sedih. Entah kenapa dia merasa sangat tersentuh dan sayu apabila sedar siapa yang berada di depannya kini.
Satu rasa yang tak sepatutnya ada namun ianya datang tanpa diundang.
"Look. You ni tak reti common sense ke? Why can't you at least respect me? I cakap I tak perlukan bantuan tak perlulah nak push-push I. Lagipun we're both a total stranger to each other. Just let it go. You tak payah nak kisah pasal I and I pun tak perlu nak terhutang budi dengan sesiapa. Especially orang yang I tak kenal." Marahnya bertubi-tubi dengan suara yang sedikit serak hasil daripada terlalu banyak menangis.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...