Bab 18

6.8K 258 6
                                    

Mikayla tersedar saat hari sudah malam dan dia kini berada di dalam pelukan erat Muiz di mana kepalanya disandarkan kepada dada bidang milik suaminya itu.

Mikayla cuba mengingati akan apa yang berlaku sehinggakan dia boleh berakhir di dalam pelukan Muiz.

Dua hari di kampung mereka hanya tidur dengan menjadikan bantal golek yang dijadikan benteng di tengah-tengah.

Seingat Mikayla, dia ada tersedar beberapa kali di mana dia bangun untuk mengalas perut dengan bubur bersama ubat dan kemudiannya Muiz membawanya ke klinik berhampiran taman rumahnya. Balik pula dia hanya merebahkan diri sebaik menggagahkan diri untuk solat terlebih dahulu.

Tangan Mikayla menolak dada Muiz untuk menjauhinya namun sebaliknya pula yang berlaku apabila Muiz mengeratkan lagi pelukan si antara mereka

"Muiz." Panggil Mikayla untuk mengejutkannya.

Tiada respons.

"Muiz.." Panggil Mikayla lagi sambil mengusap pipi milik Muiz.

Masih sama, tiada respons.

Pada pandangan Mikayla, Muiz seperti sengaja mahu mengenakannya jadi badan Muiz ditolak dengan lebih kuat dengan kudratnya yang sedang tidak sihat itu.

Muiz tersedar dari tidur dengan mata yang terpisat-pisat. "Kenapa Kay?" Soalnya sebaik melihat Mikayla yang sedang merenungnya tajam.

"Kenapa you peluk I? You dah janji kan.." Ujar Mikayla mulai emosional dan merasakan Muiz mengambil kesempatan terhadapnya.

"Salah ke kalau you meracau lepas tu I pilih untuk tenangkan you. I tahu kita kahwin pun bukan atas dasar cinta tapi I takkan abaikan tanggungjawab I untuk melindungi isteri I." Balas Muiz sedikit terkilan dengan sikap Mikayla.

Balik dari klinik, Mikayla hanya tidur dan sewaktu Muiz masuk ke dalam bilik selepas meluangkan masa bersama keluarganya di ruang tamu, Mikayla mula meracau malah badannya semakin panas.

Cepat-cepat Muiz memanggil Datin Anis untuk melihat keadaan Mikayla dan mamanya meletakkan tuala basah di kepala Mikayla.

"Nanti Muiz lap lah badan dia untuk turunkan sikit suhu." Pesan Datin Anis sebelum keluar.

"Lap badan dia ma?" Soal Muiz kebingungan.

Datin Anis mengeleng dengan respons Muiz. "Yalah dia kan isteri kamu. Takkan nak suruh mama pula. Mama takut dia tak selesa nanti." Balas Datin Anis kemudiannya.

Muiz menggaru-garu kepala. Lap badan Kay? Kena buka baju lah kan jawabnya? Muiz tak kisah kerana kesiankan Mikayla tapi kalau dia marah nanti macam mana?

Muiz menghela nafas berat sebelum tangannya membuka perlahan butang baju Mikayla. Masih berpegang kepada janjinya kepada Mikayla dua hari lepas.

"Muiz I tanya ni." Ujar Mikayla sedikit kuat sebaik dia terperasankan Muiz yang sudah jauh menggelamun.

"You tanya apa Kay? Sorry I mengantuk." Jawabnya lemah sambil menguap.

"Siapa yang tukar baju I?" Soalnya dengan suara yang agak serak.

Muiz ketap bibir. Teragak-agak untuk menjawab.

"I yang tukar." Jawabnya lambat-lambat.

"Kenapa?" Soal Mikayla sepatah.

"Tadi mama suruh I lap badan you dengan kain basah sebab demam you macam makin teruk je." Jelasnya.

"Habis tu kenapa tak suruh mama je buat?"

"Kay, I ni suami you. Dekat mata mama, I yang lagi patut buat benda tu. Takkan nak suruh dia pula? Unless she knows what is actually going on." Balas Muiz cuba berlembut.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now