Muiz memandang empat orang di hadapannya secara bergili-gilir. Kesemua mereka mempamerkan riak terkejut.
Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba je buat pengumuman nak kahwin. Siapa yang tak terkejut.
"Jadi nilah Mikayla yang Muiz cerita tu?" Soal Datuk Mus setelah semua seolah-olah terpaku dengan kenyataan Muiz seketika tadi.
"Ya pa."
Mikayla telan liur mendengarkan kenyataan itu. Muiz pernah cerita pasal aku dekat Datuk Mus?
"Jadi abang dah tahu awal-awal? Muiz tak cerita kat mama pun?" Sampuk Datin Anis.
Alamak. Mama dah salah faham ni. Getus hati Muiz.
"Mel yang 24 jam duduk dengan dia pun tak tahu apa-apa ma.." Melissa turut bersuara. Kedengaran agak berjauh hati.
"Mama dengan Mel dah salah faham ni. Muiz bukannya bagitahu papa pasal kami nak kahwin. Muiz cerita pasal Kay je. Hmm pasal problem dia tu." Ujar Muiz mahu menjelaskan keadaan sebenar.
Datin Anis mengalihkan pandangannya kepada Mikayla. "Kay ada problem ke dekat sini?" Soalnya bernada prihatin.
Mikayla ketap bibir. Menimbang tara sekiranya dia perlu menceritakan masalahnya kepada ibu Muiz. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menagih simpati dengan cara bercerita perihal sedih dan nasib yang dialaminya itu.
"Sebenarnya family Kay yang ada problem. Ayah Kay baru je disahkan muflis. Jadi sekarang ni Kay tak tahu samada perlu buat macam mana untuk dapatkan duit untuk habiskan pelajaran since selama ni ayah yang tanggung Kay belajar. Biasiswa pula dah tak boleh apply sebab Kay dah sem 5 buka nanti. Nak kerja part time boleh, tapi cukup ke nak bayar yuran dan belanja harian. Daripada extend study untuk kumpul duit dengan kerja full time, Kay lagi sanggup balik Malaysia je." Beritahu Mikayla panjang lebar kepada Datin Anis setelah merasa tidak sepatutnya dia mengabaikan soalan wanita tersebut sedangkan dia bertanya dengan niat yang baik.
Datin Anis kelihatan sedang berfikir panjang dengan apa yang baru disampaikan Mikayla. Mereka yang lain pula tidak bersuara.
"Sayang je dah nak habis tapi kena korbankan. Kalau Kay dah takde cara lain, papa boleh bantu." Putus Datuk Mus.
"Kay dengan Muiz dah berapa lama?" Sampuk Datin Anis. Pelik kerana Muiz merahsiakan hal ini sedangkan hubungannya sebelum ini diketahui Datin Anis.
Muiz ligat mencongak dalam kepalanya pertemuannya bersama Mikayla beberapa bulan lepas. Masa tu musim sejuk jadi..
"Lima ke enam bulan ma." Jawabnya pantas sebelum Mikayla yang menjawab.
"What?! That long and I know nothing?" Tanya Melissa dengan terkejut. Tidak mempercayai apa yang baeu didengarnya itu.
Lambat-lambat Muiz angguk.
Mikayla pula keras bagaikan patung. Hatinya menyumpah seranah Muiz yang terang-terangan melontarkan penipuan demi penipuan.
"Okey." Balas Datin Anis. "Kay balik sekali dengan kami lah kiranya nanti? Kita settle pasal majlis."
"Tapi aunty.." Sela Mikayla namun sempat dicantas Muiz.
"Mama I wedding planner dan ada butik pengantin sendiri. So no worries. Walaupun nak cepat, InshaAllah dia boleh uruskan." Sampuk Muiz.
Mikayla menggerutu geram. Bukan tu maksud aku! Muiz ni saja je nak kenakan aku. Tak pasal-pasal nak kena kahwin dengan dia pula. Ok memanglah dia crush Mikayla tapi perihal ini terlalu sukar untuk diterima olehnya.
"Takpe, balik nanti kami jumpa family Kay dulu ikut adat. Jangan risau aunty takkan belakangkan keluarga Kay." Pujuk Aunty Anis lembut.
Mikayla semakin serba salah. Datin Anis pun dah mula serius. Alahai.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...