Bab 14

6.3K 265 4
                                    

Skrin telefon dipandang untuk sekian kali. Mesej dari Muiz dibaca berulang kali sewaktu di McDonalds. Dia baru sempat untuk mengisi perut pukul 6.30 petang.

You dekat mana? Dah lunch ke?

Nak I ambil tak?

You ingat dengan ignore I masalah kita boleh settle ke?

You taknak balik ke? Dah lewat ni.

Mesej yang dihantar semenjak tengah hari tadi sengaja tidak dibaca oleh Mikayla malah dia menyibukkan diri dengan menonton cerita Incredibles 2 dan mencuci mata di Sephora One Utama.

Sempat dia membelikan lipstick NYX untuk Datin Anis, Melissa, Alia dan Mia. Hanya itu yang mampu dibeli saat ini.

"It might sound crazy but I think I love you and I don't wanna lose you."

Kata-kata Muiz tadi bermain-main di fikirannya.

Betul ke dia cakap tu? Atau sengaja dia gunakan modal tersebut untuk menarik perhatian Mikayla?

Mikayla, kalau you tak reply Whatsapp I, I akan buat report polis cakap you hilang.

Mikayla membaca mesej yang baru masuk di notification bar. Muiz ni tak habis-habis mendesaknya.

Lambat-lambat burger dihabiskan sebelum dia keluar dari kompleks membeli belah tersebut dan memesan grab untuk pulang ke rumah Muiz. Ikutkan hatinya dia tidak mahu pulang namun disebabkan dia menumpng di rumah keluarga Muiz maka tidak elok jika dia bersikap demikian.

"Cik, dah sampai." Ujar pemandu grab tersebut sebaik berhenti di hadapan rumah banglo milik keluarga Muiz.

Mikayla tersentak dari lamunannya. "Terima kasih." Balasnya sebelum keluar dari kereta.

Remang senja mulai kelihatan dan Mikayla menyesali tindakannya yang menghilang sepanjang tengah hari. Macam mana kalau keluarga Muiz menganggapnya suka memberontak.

Pintu utama dibuka dan tiada sesiapa di ruang tamu. Mikayla hanya berjalan masuk ke dalam biliknya untuk mandi untuk menyegarkan badan.

Selesai mandi, pintu biliknya diketuk dari luar. Mikayla teragak-agak untuk membuka kerana risau sekiranya Muiz yang mengetuk.

Daun pintu ditarik sedikit sebelum kepalanya dijengukkan keluar. Datin Anis berdiri tegak dengan senyuman di hadapan biliknya.

Selain Muiz, sebolehnya dia mahu mengelak dari berjumpa dengan Datin Anis disebabkan kejadian tengah hari tadi. Sedikit sebanyak dia menyesali perbuatannya di dalam butik milik Datin Anis kerana secara tidak langsung staff dan pelanggan lain mungkin memandang serong kepadanya dan sekaligus akan merosakkan imej Datin Anis.

"Tadi Pakcik Man kata Kay dah balik. Mama saja je tengok ni." Ujarnya lembut.

"Haah Kay baru je balik." Balasnya cuba berlagak tenang. "Pasal tadi.. Kay minta maaf sebab pergi macam tu je. Kay tak patut buat macam tu." Ujarnya dengan riak yang mulai berubah. Rasa bersalah terbias diwajahnya.

Datin Anis hanya senyum mendengarkan kata-kata Mikayla. Menurutnya, Muiz turut bersalah dalam hal ini kerana memandang ringan akan hal yang serius sebegini.

Bahu Mikayla diusap perlahan. "Takpe Kay. Mama dah cakap dengan Muiz tadi. Nanti Kay slow talk la dengan dia. Jangan merajuk lama sangat sebab kita dah takde masa ni."

"Kay tetap minta maaf ma." Ucap Mikayla perlahan.

"Yalah. Kalau macam tu teman mama masak dinner." Balas Datin Anis cuba menukar topik.

Aduh. Dalam banyak-banyak benda.. Dia kena memasak pula. Sudahlah tak pandai. Makin kuranglah markah dengan bakal mak mertua.

Mikayla ketap bibir. "Boleh. Tapi Kay sebenarnya tak pandai masak pun." Jelasnya jujur. Tiada guna mahu berselindung akan hal yang sudah terang lagi bersuluh. Lebih baik dia berterus-terang dari awal.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now