Semenjak kejadian semalam, Mikayla kurang bercakap dengan Muiz. Sepuluh patah yang ditanya, dia hanya akan menjawab sepatah sahaja. Tambahan pula panggilan telefon dari ibunya sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.
"Boleh cakap sikit?" Ujar Mikayla kepada Muiz di sebelah. Mereka kini dalam perjalanan ke butik.
"Cakaplah. I'm all ears." Balas Muiz kemudiannya.
Mikayla mengeluh perlahan sebelum bersuara.
"I just need someone to talk to.. Semalam ibu call I, dia minta duit." Jelas Mikayla.
Muiz memalingkan wajah kepada Mikayla di sebelah. Jadi itulah yang membuatkan isterinya gusar dan bukannya perihal serangan Elya di butik lewat petang semalam. Dia menghela nafas lega.
"So? Dia minta berapa?" Balas Muiz.
Mikayla teragak-agak untuk menjawab kerana baginya nilai yang diminta ibunya itu sangat besar.
"Lima ribu." Jawabnya lambat-lambat.
Muiz mengetuk-ngetuk stereng. Baru minggu lepas papanya memberikan bapa mertuanya sepuluh ribu ringgit, masakan sudah habis.
"Dia ada cakap dia nak buat apa?" Tanya Muiz lagi.
"I tak tanya sebab I sakit hati dengan ibu. Tapi dia kata kalau dia minta dengan ayah pun takkan dapat punya. Mereka pun dah lama tidak bercakap. I pun tak faham lah parents I. Ibu tuu, mana boleh dia boros macam tu. Patutnya dalam keadaan macam ni pandai-pandailah dia berjimat sebab takde sape nak tolong dia nanti kalau asyik bergantung dekat orang." Omel Mikayla seakan membebel.
Muiz hanya mampu menjeling Mikayla sesekali. Dia kesian dengan Mikayla kerana terpaksa berhadapan situasi sebegini.
"I menyesal b.. Sebab bagi dia duit hari tu. I tak fikir yang dia akan minta lagi macam ni. Tapi macam mana pun dia tetap ibu I." Sambung Mikayla lagi.
Muiz terkejut mendengarkan ayat Mikayla. Maksudnya Mikayla turut memberikan ibu mertuanya wang sebelum ini?
"Bila you bagi dia duit? Look, b bukan nak campur since it's your money and you can do whatever you want with it tapi b nak tahu je." Balas Muiz.
"Malam before kita balik sini. I guna duit yang b dengan Mel bagi haritu. Dua ribu. Selebihnya tu I simpan." Jelas Mikayla.
Apalah yang dibuat Puan Azura sehinggakan mampu menghabiskan duit sebanyak itu dalam masa beberapa hari sahaja. Mikayla bingung memikirkannya.
"I dah buat keputusan. I taknak bagi dia duit lagi. Dia ingat I kahwin dengan b I akan automatik jadi kaya lah kut dan dia boleh senang-senang tumpang kekayaan b." Omel Mikayla lagi.
Muiz hanya menjadi pendengar setia di sebelah. Risau sekiranya dia bersuara dan akan menyinggung perasaan Mikayla.
"Nanti you cakap elok-elok dengan ibu. Pasal duit tu.. B pun tak setuju kalau you bagi dia lagi. Yalah sebab nanti balik Aussie and nak kena pakai duit lagi. Lima ribu tu banyak." Balas Muiz setelah lama menimbang tara apa yang harus dibalas.
"Thanks." Ucap Mikayla tiba-tiba.
"For what?"
"Sebab layan luahan hati I pagi-pagi ni." Balas Mikayla sambil ketawa.
Muiz koyakkan senyum. Hatinya turut dipaut rasa lega kerana Mikayla kini sudah makin selesa dengannya.
"Ok kalau macam tu you kena belanja b." Balas Muiz sengaja mahu mengenakan Mikayla.
Mikayla kerutkan dahi. "Belanja apa? B jangan minta benda mahal-mahal eh.. I takde duit." Jawab Mikayla.
Jawapan serius Mikayla mengundang tawa Muiz. "Alahh. Suruh belanja breakfast je." Balas Muiz seraya membelokkan kereta ke restoran McDonald's untuk bersarapan.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...