Bab 19

6.8K 298 21
                                    

Puas Mikayla mencari namun Muiz tiada di mana-mana. Tadi selepas sarapan dia naik ke bilik untuk bersiap-siap apabila Melissa sekali lagi mengajaknya untuk ke spa.

Mikayla bertembung dengan Muiz di muka pintu sewaktu dia membuka pintu dari dalam bilik.

"You pergi mana tadi?" Soal Mikayla ingin tahu.

"Bawah." Jawab Muiz sepatah sebelum melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.

"Muiz I teman Mel kejap tau. You bagi kan? I janji lepas siap facial I ajak dia balik terus." Ujar Mikayla seiring ingin meminta izin.

"Hmm."

"Muiz." Panggil Mikayla seraya memegang tangan Muiz. "You marah I lagi ke? I minta maaf pasal semalam tu." Ujarnya bersungguh-sungguh. Tangan Muiz kemudiannya dikucup lembut.

"Off you go." Balas Muiz dengan senyum kelat. Dia ingin menarik tangan dari pegangan Mikayla namun Mikayla bertindak dengan lebih cepat dengan menggengam dengan erat tangannya.

"Kay. Nanti Mel tunggu pula." Muiz menarik tangannya dengan bantuan sebelah tangan lagi. Kali ini Mikayla tidak lagi menggenggam jari jemari Muiz.

Mikayla memandang Muiz dengan mata yang berkaca. "You marah I sampai macam tu sekali ke? You dah benci I ke? You tahu tak, I baru rasa happy sebab sekarang I ada you, ada family baru yang layan I baik sangat macam family kandung. I tahu I silap  sebab tuduh you macam tu tapi you patut bagi I peluang untuk minta maaf." Ujar Mikayla dengan airmata yang mulai menitis.

Muiz kaget. Bukan tidak pernah melihat Mikayla menangis namun kali ini Mikayla menangis disebabkan olehnya sedangkan sebelum ini dia menangis disebabkan oleh stress.

"Kay.. I." Muiz kehilangan kata-kata untuk diluahkan. Airmata di pipi Mikayla diusap perlahan dengan ibu jari namun tindakan Muiz mengundang airmata yang lebih lebat lagi. Mikayla mulai menangis dengan bersungguh-sungguh malah badannya terhinggut-hinggut.

Melihatkan keadaan Mikayla yang mulai tidak terkawal, Muiz hanya mampu memikirkan satu cara untuk menenangkan Mikayla namun dia teragak-agak untuk melakukannya.

"I sedar walaupun kita baru kahwin, tapi I dah banyak buat dosa dengan you. I rasa I tak layak kahwin dengan you." Omel Mikayla di dalam esakan.

Muiz senyum senget.

"Really Kay? You tak takut ke kalau I kahwin dengan perempuan lain? You ingat I takde peminat ke?" Balas Muiz kepada ayat merapu Mikayla.

Tangisan Mikayla terhenti tiba-tiba. Ayat yang diutarakan Muiz menarik minatnya.

"You ada calon lain ke? Siapa?" Soalnya tidak menyempat. Mikayla jadi penasaran.

"Ada." Jawab Muiz sambil mengangguk dengan wajah selamba.

"Cakaplah siapa." Mikayla memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.

Tindakan Mikayla hanya mengundang sengihan yang lebar di mulut Muiz.

"Adalah. Kenapa you nak tahu?" Balasnya bermain tarik tali pula dengan Mikayla.

"Ok." Ujar Mikayla dengan suara yang mulai kendur. Otaknya mulai memikirkan bermacam-macam kemungkinan. Sesekali dia terleka dan mengimpikan kehidupan yang normal dan bahagia bersama Muiz namun Mikayla sedar bahawa dia dan Muiz merupakan satu padangan yang tidak tepat.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now