Bab 49

5.8K 242 6
                                    

Muiz dan Mikayla bermalasan di atas sofa usai makan malam bersama. Mikayla menyandarkan badan kepada dada Muiz.

Rambut Mikayla yang sudah semakin panjang dibelai lembut oleh Muiz. Sesekali rambut isterinya dihidu lama. Rambut Mikayla merupakan salah satu wangian kegemarannya.

"Sayang tahu tak yang Elya dah mengaku bersalah." Ujar Muiz tiba-tiba bagi memulakan bicara.

Sudah hampir seminggu perihal itu didengarinya daripada Ian namun dia memilih untuk tidak memberitahu Mikayla.

Mikayla mengeleng. "Tak tahu pun." Jawabnya jujur. Dia ada terserempak dengan Syahir beberapa hari lepas si kampus namun lelaki tersebut tidak mengatakan apa-apa kepadanya.

"Sayang tak rasa apa-apa?"

Sekali lagi Mikayla mengeleng. "I cuma harap yang dia akan insaf dan berubah. She needs a theraphy b, fikiran dia mungkin terganggu. Kita nampak dia jahat, kejam. Tapi kita tahu ke apa dalam fikiran dia, dalam hati dia dan apa yang dia dah lalui. Ramai orang yang hadapi depression tapi tak berani nak luahkan." Balasnya prihatin akan keadaan Elya.

"Ian cakap dekat b yang Elya dah tak boleh mengandung sebab dia dah gugurkan kandungan lebih tiga kali." Beritahu Muiz kepada Mikayla.

Riak isterinya itu berubah sedikit.

Mikayla terkejut dengan kenyataan Muiz. Dirinya yang keguguran sebelum ini pun sudah sakit yang teramat sangat, Elya pula boleh menggugurkan kandungannya dengan rela. Lebih tiga kali pula tu!

"B, kalau I terima nasib yang sama macam Elya dan tak boleh nak mengandung dah, b still sayang I tak?" Soal Mikayla perlahan. Hatinya disapa rasa hiba sebaik memikirkan hal tersebut.

Doktor pernah memberitahu bahawa dia berisiko untuk hamil dalam masa tedekat kerana keadaan rahimnya yang masih lemah.

Muiz tersenyum nipis dengan kata-kata Mikayla. Dia tahu isterinya banyak berfikir akan hal itu saat ini.

"B tak janji tapi b akan terus berdoa dan memohon pertolongan Allah untuk terus menjaga hubungan kita, memelihara kasih sayang kita supaya akan tetap utuh hingga akhirat. With or without kids, as long as kita berdua bersama, kita akan bahagia." Pujuk Muiz penuh hemah. Sedar akan topik ini merupakan topik sensitif buat Mikayla.

"Thanks b." Balas Mikayla terharu. Badan Muiz dipeluk erat dan pipi suaminya dikucup lembut.

"Sayang, b ada benda nak cakap sebenarnya." Ujar Muiz kedengaran serba salah.

"Apa dia?" Soal Mikayla sambil menggigit kacang gajus kegemarannya.

"B kena join camp. This weekend. Two days one night je tapi b berat hati lah nak tinggalkan sayang sorang-sorang." Jelas Muiz.

Mikayla tayang senyum buat Muiz. "It's okay, b jangan risau. Sekejap je kan. I boleh ajak Sara teman. Takdelah bosan sangat nanti." Balas Mikayla ingin meredakan perasaan Muiz. Mikayla sedar bahawa kadang-kala kerisauan Muiz melampau-lampau dan suaminya seringkali bersikap sangat paranoid.

Sara merupakan anak Amy yang tinggal di tingkat bawah apartmen mereka. Dia kini berusia enam tahun dan agak rapat dengan Mikayla kerana Mikayla gemar membelikannya mainan setiap kali keluar shopping bersama Muiz.

"Ok." Balas Muiz sepatah. Dia memilih untuk bersetuju dengan Mikayla meskipun hatinya membantah.

🌸🌸🌸

Muiz memeluk Mikayla yang sedang sibuk mengemas pakaian Muiz ke dalam backpack yang terletak di atas katil.

Hampir penuh katil bersaiz queen dengan pakaian Muiz yang sedang dipilih Mikayla untuk dibawa oleh suaminya esok.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now