Mikayla meronta-ronta mahu melepaskan diri dari pegangan dari arah belakangnya namun tidak berjaya. Cengkaman di lengannya sangat kuat.
Hatinya tidak henti-henti menyebut Allah. Airmata Mikayla gugur apabila memikirkan bayi di dalam kandungannya.
Dirinya dibawa ke bahagian belakang bangunan di mana terdapat dua orang yang sedang menunggu.
Elya memandang Mikayla sinis sebaik dia dihadapkan di hadapannya.
"Berlagak eh kau." Ujarnya penuh kebencian. Badan Mikayla dipandang atas bawah.
"Apa masalah you Elya?" Soal Mikayla tidak puas hati.
"Masalahnya, kau tu wife Ed. Kau faham tak!" Jerkah Elya membuatkan Mikayla tersentak.
Elya dihadapannya dilihat bagaikan singa kelaparan. Sedikit sebanyak Mikayla merasa cuak kerana dia sendirian sedangkan Elya berempat.
"Ya I wife dia, then what?"
"Kalau bukan sebab kau, Ed takkan tolak untuk kahwin dengan aku. Sebab kau, dia tak memgaku tu baby dia." Suara Elya mulai kendur. Perutnya diusap perlahan.
Mikayla sudah terkejut habis dengan apa yang diberitahu Elya.
"Bukan korang dah lama putus ke?" Soal Mikayla dalam kebingungan.
Elya ketawa dengan soalan Mikayla.
"Kau percaya apa yang dia cakap? Come on Mikayla, he keeps coming back for me for my body. We don't need love to.. Hmm you know what, it's lust that we need." Balas Elya sambil ketawa. Ayatnya satu persatu menyiat hati Mikayla.
'Sampai hati b.' Desis hatinya perlahan.
Separuh hatinya menolak namun sebarang kemungkinan mungkin berlaku jadi mungkin Elya tidak menipu.
"Mestilah I lagi percayakan dia dari you." Balas Mikayla yakin meskipun hatinya berkecamuk hebat.
"Aku.. Aku terpaksa gugurkan kandungan aku sebab dia taknak bertanggungjawab. Sakit Mikayla. Kau tahu tak?!" Ujar Elya yang awalnya perlahan namun kemudiannya dia menjerkah Mikayla.
Tiba-tiba perut Mikayla ditumbuk kuat dengan buku lima Elya.
Mikayla menyeringai kesakitan dengan tumbukan Elya. Perutnya terasa senak. Ari-arinya mulai terasa sakit. Dia yang hampir terjelopok dipegang erat oleh dua lelaki di sisinya.
Elya ketawa dengan reaksi Mikayla.
"Sakit?" Soal Elya dan dia menyambung tawa.
Hati Mikayla membungkam geram. Tegarnya Elya menumbuk perutnya. Tubir mata Mikayla mulai panas kerana perutnya sudah terlalu sakit akibat ditumbuk Elya.
"El.. Dah la, kesian dia. You pergi tumbuk perut dia kenapa? Macamlah you tak tahu dia mengandung." Tegur lelaki di sisi Elya.
Mikayla memandang Elya tajam. Kini dia tahu bahawa Elya sengaja menumbuknya.
"Kenapa? Marah?" Tanya Elya dengan tawa. Wajah Mikayla yang terkejut kelihatan lucu dimatanya.
Sewaktu tiba di studio tadi, dia terdengar Ian mengucapkan tahniah buat Mikayla namun kurang jelas didengari olehnya.
Sekali lagi dia melihat Muiz mengusap dan mengucup perut Mikayla dan itu meyakinkan hati Elya bahawa Mikayla mengandung.
'Baby bump dia tak nampak lagi. Senang kerja aku.' Bisik hasutan jahat difikirannya.
Doktor di tempat dia menggugurkan kandungan pernah memberitahu bahawa kandungan sebelum usia 20 minggu perlu dijaga dengan baik kerana risiko keguguran adalah sangat tinggi.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...