Sudah seminggu Mikayla tidak berjumpa dengan suaminya disebabkan jadual peperiksaan akhir yang agak padat. Mereka hanya berhubung melalui telefon sahaja.
"Kay, you busy ke lepas ni?" Soal Sara sebaik sahaja mereka habis peperiksaan.
"Takde plan lagi. Kenapa?" Soal Mikayla semula kepada rakannya itu.
"Teman I? I nak beli barang sikit sebab adik I kirim. Lepas habis paper nanti I balik Malaysia terus. Alang-alamg ada gap tiga hari ni ingat nak beli lah." Jelas Sara.
Mikayla tidak tahu bagaimana dia harus menjawab akan ajakan Sara itu kerana dia perlu meminta izin Muiz terlebih dahulu.
Dia yakin bahawa Muiz akan membenarkan setiap permintaannya namun Mikayla tidak betah untuk mengambil kesempatan di atas sikap tidak kisah suaminya itu.
"Jap eh, I nak pergi toilet. You tunggu sini." Ujar Mikayla sebelum berlalu pantas. Telefon yang sedang mendial nombor Muiz ditekapkan ke telinga.
Talian disambut setelah beberapa deringan.
"B, Sara ajak I teman dia beli barang. I follow eh? Petang sikit I balik rumah kita." Ujar Mikayla sambil meminta izin. Telinganya menangkap bunyi riuh rendah seakan Muiz sedang berada di dalam kelas.
Sebaik sahaja Mikayla selesai berbicara, talian dimatikan. Tindakan tersebut menyentap hati Mikayla kerana Muiz tidak pernah melayannya begitu.
'Dalam kelas kut.' Desis hati Mikayla.
Tangan menekan-nekan papan kekunci telefon untuk menghantar mesej buat suaminya.
Mikayla :
B, I keluar dulu dengan Sara ok? Petang nanti jumpa kat rumah 😘Setelah menghantar mesej buat Muiz, Miakyla menyimpan telefonnya di dalam poket sling bag.
Mikayla hanya mengikuti Sara yang banyak membeli pesanan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Dia hanya mampu mengeleng sebaik melihat tangan Sara sudah penuh dengan beg kertas.
Bahu Mikayla dicuit dari belakang dan dia segera berpaling. Muncul satu figura yang ingin dielakkan sampai bila-bila di belakangnya. Mikayla telan liur sekali. Wajahnya terasa bagaikan pucat lesi.
"Can I have a minute with you?" Tanyanya kepada Mikayla.
"Ss. Sure." Jawabnya sepatah sebelum membontoti lelaki tersebut.
Hampir sepuluh meter menjauhi Sara, lelaki tersebut mulai bersuara.
"Finally.. Finally I found you. What a small world." Ujarnya sambil bertepuk tangan.
"What do you want from me?" Soal Mikayla cuba berlagak tenang.
"I kinda need an explanation from you. Why did you left the club without any notice. You know, you begged me for the job and right after that, you just left. Such a rude girl." Ujarnya sambil mengetap rahang. Wajahnya mulai berubah tegang.
Mikayla mulai seram sejuk dengan Luke yang berwajah bengis di hadapannya.
"I'm.. I'm sorry that I left. I was so scared and not used to man touching me. I'm truly sorry." Jawab Mikayla dengan badan yang mulai menggigil.
Wajah Luke berubah sedikit lembut. Dia senyum segaris. "I got that. It's such a waste that I lost one employee with such a perfect body and beautiful face." Ujarnya sambil menilik Mikayla atas bawah seolah-oleh menembusi pakaian Mikayla.
"I.. I got to go. My friend is waiting for me." Ujar Mikayla nekad setelah dia merasa tidak selesa dengan pandangan Luke dan terus melangkah laju meninggalkan lelaki itu.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...