Makan malam bersama keluarga besar Muiz sedikit sebanyak menjadikan Mikayla lebih mengenali keluarga tersebut.
Selesai makan malam, mereka sekeluarga memilih untuk menjamu mata dan membeli belah.
"Muiz nak balik dulu la. Sakit kepala la pula. Kay kalau you nak join diorang you stay jelah. I balik sorang." Ujar Muiz tiba-tiba.
Mikayla serba salah dengan apa yang diberitahu Muiz. Tak balik nanti orang kata tak concerned pasal bakal suami pula tapi kalau balik? Berdua-duaan pula dekat tumah. Karang kena tangkap basah free pula.
"Kay follow Muiz la. Teman dia. Abang pun nak balik juga ni. Adelia ni dah merengek nak tidur." Ujar abang sulung Muiz, Mukhriz.
Mengikut cadangan yang diberikan Mukhriz, Mikayla dan Muiz berjalan beriringan ke kereta.
"Kepala you sakit sangat ke? Boleh drive?" Soal Mikayla prihatin.
Mendengarkan soalan tersebut, Muiz hanya memberikan jelingan buat Mikayla namun apa yang dilakukan itu tidak disedari Mikayla.
"I ok." Balasnya pendek.
Muiz memandu pulang ke rumah dengan kelajuan sederhana. Sesekali Mikayla disebelah dia jeling.
"You memang nak diam je ke?" Soal Muiz tiba-tiba.
Mikayla memandang Muiz dengan wajah yang keliru. "You nak I cakap apa Muiz?" Soalnya kedengaran agak bingung.
Muiz senyum sinis. "I need to hear you explanation."
"What explanation?"
"You jangan buat-buat tak faham boleh tak? I boleh terima kalau you cakap awal-awal taknak explain tapi bukan dengan buat-buat tak tahu macam ni. Nampak sangat nak mengelak." Sindir Muiz lagi. Entah kenapa hatinya terasa sakit dengan sikap Mikayla.
"I tak suka lah you suka berkias-kias macam ni. Straight to the point jelah. Ni taknak cakap direct, macam mana you expect yang I akan faham?" Balas Mikayla geram.
"Pasal lelaki tadi. Takkan dah lupa kut? You guys simply hugging publicly takkan you senang-senang boleh lupa as if it was nothing." Bentak Muiz sedikit geram. Tiba-tiba wajahnya berubah riak, seakan terkilan.
"Unless you dah biasa buat benda macam tu. Barulah tak rasa apa-apa." Sambungnya lagi sedikit perlahan.
Memikirkan bahawa gadis yang kini mulai menapak di hatinya pernah bermesra sebegini dengan lelaki lain sedikit sebanyak menyakitkan hatinya.
"Kenapa? Kalau betul you rasa jijik ke dengan I?" Balas Mikayla sedikit terasa hati. Suka-suka hati Muiz sahaja mahu menganggapnya perempuan sebegitu. Kalau betul dia berperangai sebegitu, mana mungkin dia mengikut Muiz untuk lari dari Escapade malam tersebut.
"Jangan tukar topik Kay." Muiz membalas malas.
"You nak tahu apa lagi Muiz? Dah terang-terang dia yang peluk I. I takdelah pulak peluk dia balik. You pun nampak kan I lari daripada dia so kenapa nak cakap I perempuan macam tu pula? I thought that you knew me but I was wrong." Jawab Mikayla dengan hati yang kian terluka.
"Habis tu you kenal tak dia siapa?" Soal Muiz mulai berlembut.
"Kenal." Mikayla menjawab sambil mengangguk.
"And he is?" Soal Muiz mulai berminat untuk mengetahui perihal lelaki tersebut.
"Syahir." Jawab Mikayla sepatah.
"And he's your?" Sekali lagi Muiz menyoal menggunakan ayat yang lain pula memandangkan jawapan yang Mikayla berikan masih samar-samar.
"Ex boyfriend."
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...