Mikayla mengikuti Datin Anis ke butiknya setelah tiga hari cuma berehat di rumah. Dia hanya duduk di dalam bilik pejabat Datin Anis menemani wanita itu melakukan kerjanya.
Datin Anis yang sedang sibuk membelek planner dipandang. Mikayla dipagut rasa beruntung kerana ditakdirkan menjadi menantu Datin Anis.
"Kay?" Tegur Datin Anis menyentak Mikayla. Ibu mertuanya kini tunak memandang dirinya pula.
"Sorry ma." Ucap Mikayla pantas.
"Kay fikir apa?" Tanya Datin Anis ingin tahu.
Mikayla tayang senyum. "Tak fikir apa-apa pun mama. Kay tengok mama je." Jelas Mikayla tidak mahu mama mertuanya salah faham.
Datin Anis bangun dari kerusi dan duduk di sisi Mikayla di atas sofa pejabatnya. Tangan Mikayla diraih. "Kay kalau ada apa-apa, share je dengan mama. InshaAllah mama tolong." Ujarnya setelah tidak yakin dengan jawapan Mikayla.
Mikayla menghela nafas panjang. Bibir bawahnya diketap sebelum membalas.
"Kay sebenarnya nak pakai tudung ma." Ujar Mikayla menyuarakan hasratnya.
Datin Anis tersenyum gembira. "Yeke? Muiz suruh?"
Mikayla mengelengsekali. "Muiz ada cakap hari tu tapi dia tak paksa sebab taknak Kay pakai sebab dia. Memang Kay sendiri nak pakai cuma Kay takut kalau tak boleh nak istiqamah." Balasnya jujur.
"Takpe. Awal-awal pakai biasa-biasa je dulu. Nak tutup aurat dengan sempurna bukan dengan pakai tudung je Kay. Pakaian pun mainkan peranan penting juga. Pakai tudung tapi baju ketat, seluar ketat tak guna juga kan? Kay jangan risau, niat untuk buat benda baik, InshaAllah akan dipermudahkan oleh Allah."
Hujah Datin Anis dibalas dengan anggukan oleh Mikayla. "Kay tahu ma. Sebab tu mostly baju Kay yang ketat dan lengan pendek semua tu Kay dah tak pakai masa keluar." Jelas Mikayla.
Dia sudah mengasingkan pakaian yang tidak menutup aurat dan telah dibawa pulang ke rumah Muiz sebelum ini setelah mereka honeymoon di Sydney dua bulan lepas.
"Alhamdulillah Kay. Takpe slow-slow. Kakak dengan Mel dulu pun lepas sekolah baru pakai tudung betul-betul. Sebelum tu on off juga." Datin Anis memberikan semangat buat Mikayla.
"Thanks ma. Dulu masa first time jumpa family kita semua Kay segan sebenarnya sebab semua berhijab dan Kay je tak. Masa tu Kay rasa kerdil sangat." Mikayla berkongsi perasaannya mengenai perkenalan pertama dia dan keluarga besar Muiz sewaktu makan malam di One Utama. "Kay rasa tak confident nak masuk family Muiz sebab takut mama papa tak terima Kay tapi sangkaan Kay meleset." Jelasnya lagi.
Datin Anis tersenyum dengan cerita Mikayla. "Kay, perkara pertama yang penting bagi mama papa ialah hati seseorang tu, budi bahasa dia dan perangai dia sendiri. Kita tak boleh pukul rata bahawa semua yang tak pakai tudung tu jahat. Tak pakai tudung boleh berubah, InshaAllah. Tapi hati yang dah hitam, perangai yang tak elok sukar untuk dijernihkan semula. Sebab tu orang tua-tua dulu kata melentur buluh wbiarlah dari rebungnya. Tapi Kay mama tengok lemah lembut, hormat orang tua." Hurai Datin Anis panjang lebar.
Datin Anis kagum dengan sikap terbuka Mikayla yang awal-awal lagi mengaku dia tidak pandai memasak namun gigih untuk belajar memasak. Meskipun dirinya agak sibuk di butik, setiap kali Mikayla menelefonnya untuk bertanya resepi, dia akan melayan menantunya itu.
Mikayla tersentuh dengan bait kata Datin Anis namun dia ketawa bagi menutup rasa kaget.
"Haa.. Alang-alang Kay ada dekat sini, jom ikut mama." Datin Anis sudah bangun dari duduk. Tangan Mikayla ditarik keluar.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik stor yang memyimpan stok pakaian dan tudung keluaran Armani Couture.
"Ni semua tak release lagi. Kay ambil lah semua." Arah Datin Anis sambil meletakkan kotak tudung di hadapan Mikayla. Terdapat sepuluh kotak semuanya. Mikayla sudah terlopong.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...