Muiz tersedar dari tidur di saat keadaan sekeliling mulai cerah. Mikayla pula sudah tiada di sebelahnya. Tak pasal-pasal burn subuh pula pagi ini. Misteri kehilangan Mikayla diabaikan oleh Muiz, dia perlu membersihkan diri dan solat subuh terlebih dahulu.
Selesai solat subuh, Muiz kembali ke bilik lama Melissa atau milik Mikayla sekarang. Cadar putih bercorak bunga-bungaan yang mempunyai sedikit kesan darah yang mulai kering diganti oleh Muiz. Dia kemudiannya menukar cadar tersebut dengan cadar berwarna merah jambu.
Usai memasukkan cadar dan pakaian yang ingin dibasuh ke dalam mesih basuh, Muiz mulai mencari Mikayla dan apartment berkeluasan sederhana miliknya itu jelas menunjukkan bahawa Mikayla tiada di dalam rumah.
"Pergi mana pula Kay ni." Hati Muiz disapa perasaan cuak.
Kalau Mikayla lari macam mana?
"Bodohlah kau Muiz." Marahnya kepada diri sendiri.
Telefon diambil dan nombor Mikayla di dial. Tiada jawapan meskipun dia berterusan menelefon beberapa kali.
Muiz menghela nafas berat. Dia membuat keputusan untuk mencari Mikayla di kampusnya pula. Kunci kereta yang disangkutkan di dinding segera dicapai.
Sebaik pintu ditarik dari arah dalam, tersembul Mikayla di muka pintu. Tangannya memegang tupperware berisi makanan dan satu paperbag.
"Sayang dari mana?" Soal Muiz seraya melihat barangan yang dibawa isterinya itu.
Mikayla mengalihkan pandangan dari terus memandang Muiz. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah dan dia segera menuju ke dapur.
"Rumah Kak Amy. Dia ada whatsapp tadi cakap suruh ambil nasi goreng dekat rumah dia." Jawab Mikayla sambil menyibukkan diri. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu berhadapan dengan Muiz kerana perasaan malunya masih menebal.
"Kenapa tak kejut b? Subuh gajah kut tadi." Soal Muiz tidak puas hati. Kebiasaannya Mikayla tidak pernah membiarkan dia terlajak subuh seperti pagi tadi.
Mikayla mengetap bibir. Pandangannya dilarikan ke arah kitchen island.
"B nampak lena sangat. I.. I tak sampai hati nak kejut." Jawab Mikayla antara dengar ataupun tidak.
Itu bukanlah sebab sebenar kenapa Mikayla tidak mengejutkan Muiz pagi tadi. Dia sebenarnya segan untuk berhadapan dengan Muiz setelah kejadian semalam.
Sedar-sedar dari tidur Mikayla berada di dalam pelukan erat Muiz yang tidak berbaju. Mikayla mencuba untuk meleraikan pelukan Muiz namun dia semakin menarik Mikayla untuk mendekat. Oleh itu, Mikayla hanya membatukan diri dari terus bergerak. Karang Muiz sedar haru pula.
"I'm sorry sayang." Bisik Muiz dalam mamai. "I should've trusted you." Sambungnya lagi sebelum mencium ubun-ubun Mikayla.
Mikayla tersentap dengan ucapan maaf dari Muiz. Sedari semalam dia tidak putus untuk mengucapkan kata maaf buat Mikayla diatas ketelanjurannya itu.
Okey Muiz ni tidur ke tak sebenarnya? Mikayla mulai terasa pelik kerana seingatnya Muiz tidak pernah bercakap dalam tidur. Atau mungkin dia yang tidak perasan akan hal itu?
Sebaik yakin bahawa Muiz sudah kembali lena, Mikayla sekali lagi mencuba untuk meloloskan diri dari pelukan Muiz. Berjaya! Bathrobe yang berada di sisi katil segera disauk dan dia mengutip pakaian miliknya dan Muiz.
Muiz yang sedang nyenyak tidur diamati dengan penuh fokus. Segenap inci wajahnya diperhatikan. Bulu mata yang lentik, hidung yang mancung serta bibir merah milik Muiz merupakan kegemaran Mikayla. Bukti yang menunjukkan Muiz tidak merokok. Dia tidak pernah sukakan lelaki yang merokok.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...