Pagi-pagi setelah subuh lagi Muiz dan Mikayla keluar dari hotel dan mengambil bas untuk ke Sydney City.
Apabila ditanya oleh Mikayla mereka mahu ke mana Muiz hanya menjawab, "sayang tengoklah nanti."
Mikayla sudah geram dengan sikap Muiz yang gemar mempermainkannnya sejak semalam. Ingatannya terimbau semula sewaktu di bilik hotel malam semalam.
"Sayang pilih, A ke B?" Tanya Muiz kepada Mikayla yang berada di hadapan meja solek untuk night skincare routinenya.
Mikayla yang terpinga-pinga dengan soalan Muiz, membuat gaya tidak mengerti kepada suaminya itu.
"Choose either A or B." Jelas Muiz sekali lagi.
"Untuk?" Mikayla masih menolak untuk memilih.
"Sayang jawab lah dulu."
"Taknak, nanti kalau I pilih pastu b kenakan I macam mana?" Balas Mikayla masih bertegas.
Muiz buat muka. "Mana ada b buat macam tu. Serius ni.. Cepatlah." Balas Muiz seraya bangun menghampiri Mikayla.
"Hmm yalah. I pilih B lah sebab b yang suruh pilih." Jawab Mikayla. Muiz sudah di belakangnya.
Muiz ketawa mendengarkan jawapan Mikayla. "Ok sayang kena pakai night gown warna hitam malam ni." Balasnya selamba sambil menyemat rambut Mikayla ke belakang seraya dia memandang mereka berdua melalui cermin. Rambut Mikayla dikucup lembut.
Roma Mikayla seakan berdiri sepenuhnya. Night gown hitam? Yang sejenis lace tu? Sumpah dia takkan pakai.
Itulah padahnya bila memberikan hak memilih kepada Muiz sewaktu membeli sebelum ini.
Mikayla sudah tayang muka masam apabila terasa seperti dipermainkan oleh Muiz. Disuruh memilih antara dua pilihan yang langsung tidak diketahui. Itu tidak adil.
"Kalau A?"
"Brown. Yang haritu." Jawabnya sambil melirikkan pandangan. Kening dijongketkan beberapa kali.
Mikayla tiba-tibe senyum menayangkan gigi hadapan Muiz. "Boleh." Jawabnya sepatah.
Muiz terkejut dengan balasan Mikayla. Kiranya dengan wajah cemberut isterinya seketika tadi dia akan dimarahi atau sekurang-kurangnya Mikayla akan merajuk namun sebaliknya yang berlaku. Sikap isterinya itu sangat sukar untuk ditebak.
"Really?" Soal Muiz seakan tidak percaya dengan senyum lebar. Niatnya hanya mahu menyakat Mikayla namun respons Mikayla mengejutkannya.
Mikayla mengangguk beberapa kali. "But with condition, b pun kena pilih. So now, choose either C or D."
"Pilih untuk apa ni?" Giliran Muiz pula yang keliru dengan pilihan jawapan Mikayla.
Mikayla hanya jongket bahu. "Let's be fair, tadi b tak beritahu pun apa pilihan tu. So that rule applies to this too." Jelas Mikayla.
"Hmm.. D for darling." Putus Muiz.
Terbit senyum lebar di bibir Mikayla.
"And my choice is?" Soal Muiz seraya menjongketkan kening.
"You just chose to sleep in the living room tonight." Jawab Mikayla dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Idea itu tiba apabila mengingatkan bahawa bilik mereka merupakan bilik suite.
"Sayang. Apa ni? Tak adilnyaa." Muiz pula yang tarik muka masam. Merasa tertipu dengan Mikayla.
Mikayla hampir ketawa dengan sikap Muiz namun dia cepat-cepat menarik wajah serius.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...