Mikayla dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari namun diberikan MC selama tiga hari. Dia bersendirian di rumah kerana Muiz ke kampus. Ada hal yang perlu diselesaikan katanya.
Mikayla masuk ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari buat dirinya dan Muiz kerana menurut suaminya, dia hanya ingin ke kampus sekejap sahaja.
"Sayang masak?"
Teguran Muiz mengejutkan Mikayla yang sedang ralit mengacau sup ayam di dalam periuk.
Wajahnya segera dipalingkan ke arah Muiz. "Haah b. Tapi I masak sup je. Boleh makan dengan bihun nanti." Jawab Mikayla teruja. Entah kenapa dia terasa teringin untuk makan bihun sup ala utara.
Riak Muiz sudah berubah sedikit. "Kan b dah cakap b belikan makanan tadi." Balasnya bersama keluhan kecil.
Bungkusan spaghetti serta chicken wing diletakkan di atas meja. "It's not that I don't want you to cook. I just want you to rest sayang."
"Sorry." Balas Mikayla sepatah. Sedikit sebanyak dia merasa bersalah kerana tidak menuruti kata-kata Muiz. "I sebenarnya teringin sangat nak makan bihun sup. I thought you won't mind." Wajahnya sudah berubah riak.
Muiz menghampiri Mikayla yang setia berdiri di sisi dapur. "It's okay sayang. Hari ni b pejam mata je ok? Tapi esok sayang bagitahu b siap-siap nak makan apa. Nanti b balik awal sikit masak. Sayang rest dulu sehari dua ni." Pujuk Muiz yang tidak betah melihat isterinya sedih.
"Thanks!" Balas Mikayla pendek sambil merangkul Muiz.
"Sayang dah lapar ke? Nak b tolong hidangkan?" Soal Muiz.
Laju sahaja Mikayla mengangguk. "Nak. Kalau I nak b suapkan sekali boleh tak?" Sengaja dia meleretkan suaranya.
"Anything for you, my love." Balas Muiz selamba.
Mikayla sudah mengekek ketawa. "Thanks b, for being the best husband in world." Ujar Mikayla seraya mengucup pipi Muiz. Rangkulan dilepaskan. "I tunggu kat depan eh?" Mikayla bersuara sebelum berlalu dan mengambil mangkuk dari atas rak.
Muiz hanya mengeleng bersama senyuman melihat telatah isterinya.
🌸🌸🌸
"B rajin tak?" Soal Mikayla sewaktu mereka selesai makan.
Muiz memandang Mikayla dengan kerutan di dahi. "Hmm. Depending on situation." Balasnya selamba. Sengaja mahu bermain tarik tali dengan Mikayla. Isterinya itu panjang akal. Salah jawab, dia yang terkena nanti.
"Alaa betul-betul laa." Mikayla sudah menarik muncung itik.
Muiz sudah ketawa kecil dengan reaksi isterinya itu. "Ok now tell me, sayang nak b buat apa?"
"B tolong basuh pinggan mangkuk boleh? I penat laa tapi b pun tahu kan I tak suka biar pinggan mangkuk kalau tak cuci terus lepas makan." Ulas Mikayla. Dia sudah bangun dari meja makan bersama mangkuk di tangan.
"Ingatkan apa tadi. Setakat pinggan mangkuk yang kita makan ni, apalah sangat. Semua pinggan dekat dapur pun b boleh tolong basuhkan tau." Jawab Muiz bersungguh-sungguh.
"Tak payah nak mengada sangat eh. I tak suruh b basuh semua tu. Thanks b, I penat lah. Nak masuk rest dalam bilik boleh?" Balas Mikayla sebaik selesai mencuci tangannya.
"Boleh sayang." Balas Muiz dengan senyuman.
"B, I nak pinjam phone jap. Nak airdrop gambar. Tadi kan I ambil gambar guna phone b." Pinta Mikayla.
"Ok." Jawab Muiz sepatah. Dia langsung tidak kisah sekiranya Mikayla mahu menggunakan telefonnya tanpa memberitahu sekalipun.
Mikayla berlalu meninggalkan Muiz yang sedang mencuci pinggan mangkuk di sink.
"B, one more request.."
"What?" Balas Muiz seraya berpaling ke arah Mikayla.
"Tolong kemas meja makan sekali eh?" Ujar Mikayla selamba.
Muiz sudah ketawa dengan suruhan isterinya itu. "Baik mem besar!" Balasnya dengan tawa yang masih tersisa.
"Thanks b. Love you!" Balas Mikayla.
Telefon milik Muiz diunlock. Notifikasi mesej Whatsapp Puan Azura masih terpampang. Mungkin Muiz tidak perasan akan hal tersebut.
"Maafkan I sebab ceroboh phone b." Ujar Mikayla perlahan sebelum membuka mesej dari ibunya.
Mata Mikayla terbuntang luas sebaik membaca setiap bait patah perkataan dari ibunya itu. Perlahan-lahan airmatanya merembes turun.
"Sampai hati ibu." Esak Mikayla perlahan. Laju dia menekan skrin untuk menghubungi Puan Azura.
Tidak sampai lima saat deringan, panggilan Mikayla dijawab oleh ibunya.
"Ha Kay, ada apa call ibu? Ingatkan dah lupa dekat mak sendiri." Sindir Puan Azura.
Mikayla tersentap dengan sindiran ibunya itu. "Kay takde masa nak berbasa basi dengan ibu. Sekarang ni Kay nak tanya ibu, kenapa ibu ugut Muiz macam tu?"
Puan Azura tergelak kecil di hujung talian. "Ohh dah pandai mengadu rupanya menantu ibu tu. Lelaki macam tu ke yang kamu sayang sangat?"
"Muiz tak mengadu bu, dia tak pernah cakap apa-apa. Kay yang curi baca Whatsapp dia. Tak cukup ke lagi bu apa yang dia dah buat untuk family kita? Macam-macam dia buat untuk Kay, untuk ayah, untuk ibu. Bukan Muiz je bu, papa pun dah banyak bantu kita. Ibu tak rasa yang ibu patut berterima kasih ke?" Suara Mikayla sudah naik satu oktaf. Dia sudah mulai bengang dengan Puan Azura.
Sedar bahawa berdosa bersikap begitu terhadap ibu sendiri namun kesabaran Mikayla sudah semakin menipis.
"So sekarang pun Kay dah tahu kan? Apa kata Kay ikut apa yang ibu cadang tu?" Balas Puan Azura selamba.
"Tak nak dan takkan bu!" Mikayla sudah menggigil dengan balasan ibunya itu.
"Sedar tak apa yang ibu ni siapa? Ibu Kay tau. Syurga Kay kat mana? Bawah tapak kaki ibu tau." Ugut Puan Azura.
"Kay dah kahwin bu, Muiz syurga Kay sekarang ni. Ibu jangan lupa yang ayah syurga ibu."
Sedar-sedar sahaja Puan Azura sudah mematikan panggilan tersebut.
Mikayla mulai teresak perlahan. Bukannya dia tidak tahu bagaimana layanan Puan Azura terhadap bapanya.
"Sayang kenapa ni?" Tegur Muiz yang sudah berada di sisi Mikayla. Dari luar dia mendengar isterinya bercakap telefon secara sayup-sayup dan apabila masuk ke dalam bilik, kelihatan Mikayla sedang menangis di bucu katil.
Mikayla terpempan dengan kewujudan Muiz di sebelah kerana dia langsung tidak menyedari sejak bila suaminya berada di dalam bilik.
Airmata dikesat lembut oleh Muiz. "You okay?" Soalnya prihatin.
Laju sahaja Mikayla mengeleng sebelum dia merangkul erat Muiz. Tangisannya semakin kuat sebaik memeluk Muiz.
"Shhh.. It's okay sayang, b ada kan? I'll always be there for you. You know that right?" Pujuknya seraya mengusap lembut belakang Mikayla.
Hati Muiz meronta ingin tahu namun dia perlu menunggu waktu yang sesuai untuk isterinya meluahkan segalanya kerana Mikayla bukanlah seorang yang gemar berahsia.
Mikayla masih terhinggut-hinggut tsnoa memberikan sebarang respons kepada suaminya.
"Just cry all you want.. Tapi janji dengan b nanti cerita eh? B tak tenang la kalau sayang macam ni." Pujuk Muiz lagi. Rambut Mikayla yang mulai menutupi wajahnya ditolak ke belakang.
Terasa anggukan di dadanya.. "Ok b." Jawab Mikayla perlahan dengan suars yang sudah serak.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...