Bab 20

7.8K 302 12
                                    

"Nightwear?" Soal Muiz sebaik Mikayla keluar dari bilik air.

Soalan Muiz mengundang rasa keliru dalam diri Mikayla. "Maksud you? Nightwear tiba-tiba kenapa?" Soal Mikayla seraya bejalan ke arah MuizZ

"This." Ujar Muiz sambil beg kertas Al-Ikhsan diangkat.

Tadi sebelum masuk ke tandas Mikayla berpesan kepada Muiz untuk melihat hadiah yang dibelikan olehnya. Beg kertas diletakkan di atas katil.

"Yalah memang I belikan baju jersi dengan seluar untuk you tadi. Takkan I nak belikan nightwear pula untuk you." Jawab Mikayla masih dalam keadaan bingung.

"Sebab tulah b pelik bila tengok-tengok dalam ni ada baju tidur seksi macam ni." Balas Muiz sengaja menekankan perkataan b itu.

Mikayla ketap bibir. Sedar akan apa yang ingin disampaikan oleh Muiz namun bukan itu masalahnya sekarang.

Beg kertas diambil dari tangan Muiz dan dia mata Mikayla terbuntang luas sebaik melihat isi kandungan di dalamnya. Pakaian tidur berwarna merah jambu terpampang di hadapannya.

Tangan segera menarik keluar baju tersebut. Mikayla telan liur sebaik melihat pakaian tersebut. Sehelai baju yang hanya menutupi dada dan dilapisi oleh kain organza yang berona sama di bahagian luar sehingga ke pinggang dan dipadankan dengan seluar paras paha.

Darah menyerbu ke muka Mikayla akan betapa seksinya baju tersebut. Ini tak pakai lagi pun dah rasa seksi. Macam mana orang lain yang pakai bendalah ni.

"You know what.. I would never buy this." Mikayla memberitahu Muiz seraya menarik seluar dari dalam beg kertas tersebut.

Muiz tersengih bagaikan kerang busuk. "Ingatkan ni nak bagi hint. Kena tunggu lagilah jawabnya." Balasnya semula sambil menumbuk bantal.

"Eee pervert!" Mikayla membaling nightwear tersebut kepada Muiz. Jatuh di atas riba Muiz.

Muiz hadiahkan wicked grin. "Baling-baling dekat sini nak suruh tolong pakaikan ke?" Soalnya dalam ketawa. Masih menyakat Mikayla.

Muiz sudah bangun dari katil dan menghampiri Mikayla.

"Muiz!" Marahnya agak kuat. Segera Mikayla berlari masuk ke dalam bilik air dan pintu diselak dari dalam. Dia cuak sekiranya diapa-apakan.

Muiz hanya mengeleng di luar pintu. Sisa tawa masih terhasil di bibirnya. Suka benar dia menyakat Mikayla.

"Kalau Mikayla tak beli, siapa lagi kalau bukan Melissa yang belikan." Bebel Muiz sendirian sebaik tawanya berhenti. Beg kertas di balikkan dan keluar semua isi di dalamnya.

Terdapat sehelai baju t-shirt dan seluar sukan adidas di bawah pakaian tidur Mikayla. Ok bila masa Melissa letak atas ni?

🌸🌸🌸

Melissa mengekek ketawa di dalam biliknya. Sempat juga dia menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Muiz dan memasukkan lingerie tersebut ke dalam beg kertas tersebut.

Melissa benar bernasib baik kerana tadi Muiz memanggil Mikayla turun ke bawah selepas solat zuhur. Ada benda nak tunjuk katanya. Cepat-cepat Melissa keluar dari bilik Muiz sebaik memasukkan pakaian tersebut ke dalam beg kertas tersebut.

Melissa gigih mengintai di sebalik pintu saat Muiz dan Mikayla masuk ke dalam bilik.

"Seronok ketawa?" Soal satu suara.

Tawa Melissa mati secara automatik. Dia segera bangun dari pembaringan lalu duduk di atas katil. Bila masa Muiz masuk pun dia tak perasan.

"Kenapa Muiz?" Soal Melissa tayang muka tak bersalah.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now