Muiz segera ke coffee house setelah selesai berjumpa dengan supervisornya. Pagi tadi dia menerima mesej dari seseorang yang tidak dikenali yang mahu berjumpanya.
Itu merupakan kali ke sepuluh dia menerima mesej sebegitu dari orang yang sama semenjak dua bulan yang lalu.
You need to know the truth about your wife.
Ayat itulah yang diterima setiap kali orang tersebur menghantar mesej buatnya.
Pagi ini Muiz nekad ingin berjumpa dengan penghantar mesej misteri itu untuk mengetahui apakah yang penting sangat dan dia tidak mahu diganggu dengan mesej sebegitu lagi.
Lima minit menunggu, seorang lelaki duduk berhadapan dengan Muiz. Tangan dihulur untuk bersalaman dengannya.
Muiz mendongakkan sedikit wajahnya.
"Syahir." Sapa lelaki tersebut dengan memperkenalkan namanya.
Salam Syahir tidak disambut Muiz. Dia hanya menghadiahkan renungan tajam buat Syahir.
"Kau nak cakap apa? Aku tak free ni." Ujar Muiz tanpa nada. Sejujurnya dia mencuri waktu di antara perjumpaannya dan kelas tutornya sebentar lagi.
"Mikayla. Dia tak sebaik yang kau sangka." Ujar Syahir dengan sinis.
Muiz menyilang lengan di dada. "Kau ada masalah apa eh dengan isteri aku?" Soal Muiz tegang.
"Aku kesian dengan kau ni bro, dah kena perbodoh dengan Mikayla macam tu je. Dia tu, nak kan harta kau je. Macamlah aku tak kenal kau siapa, anak Datuk Mus kut. Mikayla tu, lagilah aku kenal dia macam mana. Sayangnya belajar pandai tapi bila dengan perempuan terus jadi bodoh." Provoknya bertubi-tubi sengaja mahu menaikkan amarah Muiz.
Muiz yang sudah panas telinga mencuba sedaya upaya untuk berlagak tenang.
"Aku lagi kesian dekat kau, takde life sangat nak sibuk hal aku dengan Mikayla. Kalau dia nakkan harta aku sekalipun, dia ada hak sebab dia isteri aku." Balas Muiz tenang. Dia tidak boleh membiarkan dirinya terjerat dengan provokasi Syahir.
Terbit senyum sinis di bibir Syahir.
"Isteri yang tak macam isteri? Itu ke yang kau panggil isteri?" Soal Syahir seakan memerli Muiz. Terselit maksud tersirat di dalam ayatnya.
"Apa maksud kau?" Soal Muiz dengan kerutan di dahi.
"Macamlah aku tak tahu yang kau tak pernah bersama as in tidur dengan dia kan? Kau tahu kenapa dia tolak? Sebab dia taknak kantoi yang dia dah ditebuk tupai. Imagine kalau dah terkantoi, rosaklah plan dia nak teruskan kikis harta kau. Karang tak pasal-pasal dia tak habis belajar sebab takde orang tanggung dah." Ujar Syahir lagi.
Muiz sudah tidak mampu untuk bersabar lagi. Kata-kata Syahir seolah menyentaknya dari angan-angannya untuk hidup bahagia bersama Mikayla bagaikan pasangan lain.
"Whatever it is, dia tetap isteri aku." Muiz masih mahu mempertahankan Mikayla.
Terhambur tawa dari mulut Syahir. Tawa yang kedengaran mengejek Muiz.
"Sebab tu lah aku kata kau ni bodoh. Kau ingat masa kau jumpa dia dekat club tu kali pertama dia pergi sana ke? Itu bukan kali pertama dia jadi gro dekat situlah. Kau je yang percaya dengan drama sedih dia." Syahir berbicara seraya mengeluarkan telefonnya. Beberapa gambar Mikayla berada di kelab malam ditunjukkan.
Muiz diam tidak terkata. Hatinya bagaikan dicarik-carik hebat. Gambar Mikayla yang sedang duduk disisi Syahir dilihatnya lama. Hatinya mahu menolak namun akal warasnya sedar bahawa itu memang Mikayla.
"Oh yes, sebelum aku pergi since kau pun tak free kan, ada satu benda penting yang aku kena bagitahu. Kay buat kawan-kawan dia bet whether she can get you or not. Bet pun boleh tahan lumayan. So imagine senang-senang je dia buat duit dengan menggunakan kau." Sambung Syahir lagi sebaik dia bangun dari kerusi. Bahu Muiz ditepuk beberapa kali.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...