Bab 3

7.8K 277 4
                                    

Pulang ke bilik, Mikayla mandi dan kemudiannya solat Asar kerana sedar tak sedar masa sudah hampir menginjak ke waktu Maghrib. Zuhurnya yang terlepas begitu sahaja diqada.

Terleka melayan perasaan sehingga terlupa akan kewajipan yang satu itu. Baru diuji sedikit, Mikayla sudah lalai dalam mengingati Allah sedangkan ini bukan lagi pengakhiran hidupnya. Ramai lagi manusia yang dilanda masalah yang lebih besar daripadanya tetapi tidak pernah lupa untuk menunaikan kewajipan yang satu itu.

Setelah selesai solat Maghrib, Mikayla keluar bilik dan bertembung dengan Izzy.

Sedar akan mata Mikayla yang sembab serta keadaannya yang agak tidak terurus, Izzy segera menyapa Mikayla.

"Kay. You okey?" Soalnya bernada perihatin.
Mikayla tarik senyum segaris. Tiada jawapan mahupun anggukan ataupun gelengan.
Sah dia tak okey.

"Mind to share?" Izzy mencuba nasib.

"Izzy tahu tak macam mana nak kerja part time dekat sini? Or tahu any places yang perlukan part timer?" Idea yang terlintas seketika tadi terus sahaja diluahkan kepada rakan serumahnya itu.

Setahu Mikayla Izzy ada membuat kerja part time juga pada hujung minggu namun dia tidak pernah berminat untuk menanya sebelum ini.

"You perlukan duit lebih ke? Kalau urgent, boleh je pinjam I punya dulu." Tawar Izzy.

"I do have financial problem but no it's okay. I tak suka pinjam orang. Tapi I memang nak kerja sekarang ni. I nak usaha sendiri." Balas Mikayla tidak mahu bercerita lanjut. Hanya niat untuk bekerja sambilan diutarakan.

"Hmm. Maybe you boleh try dekat tempat I buat part time. Kejap lagi boleh ikut I?"

Mata Mikayla bercahaya. Dia teruja kerana Izzy ingin membantunya.

🌼🌼🌼
Mikayla menarik-narik skirt paras lutut yang diberikan oleh Izzy sebelum keluar tadi. Awalnya dia hanya memakai jeans bersama bomber jacket namun ditegah oleh Izzy. Menurutnya, pakai skirt lagi okey.

Apa-apa sajalah.

Satu bangunan tiga tingkat dengan signboard Escapade dimasuki.

Hati Mikayla merasa tidak enak. Seolah-olah dia sedang melangkah ke tempat yang tidak sepatutnya.

"You sure ke ni tempat dia?" Tanya Mikayla setelah memberanikan diri.

Izzy yang berada beberapa langkah di hadapan berpaling memandang Mikayla.

"Soalan apa ni. Of course la. I kerja sini. You pernah dengar ke orang salah datang tempat kerja?" Balas Izzy bersama sindiran.
Mikayla kemudiannya memilih untuk hanya mengikuti Izzy ke bahagian dalam.

Kebingitan bunyi lagu datang dari arah kiri namun Izzy melalui lorong di sebelah kanan untuk turun ke bawah.

Terlihat satu pintu kayu yang terukir cantik di hadapan mereka. Debaran Mikayla turut menggila. Rasa macam buat kerja yang menyalahi undang-undang pula.

Setelah tiga kali ketukan, pintu dikuak dari dalam.

"Jom." Ajak Izzy sambil melangkah ke dalam bilik pejabat tersebut.

Terdapat dua orang lelaki di dalam bilik tersebut. Seorang yang membukakan pintu buat mereka seketika tadi dan seorang lagi sedang bersandar di kerusi menghadap dinding di belakang meja.

"They are here sir." Beritahu lelaki pertama setelah menghampiri meja pejabat yang tersusun kemas itu.

Satu gerakan tangan dengan menunjukkan jari telunjuk dan jari hantu membuatkan lelaki tersebut beredar dari bilik ini.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now