Bab 33

5.6K 231 0
                                    

"Tadi b cakap nak jumpa someone. Dekat mana and siapa?" Soal Mikayla setelah mereka selesai makan tengah hari dan solat zuhur.

Muiz menarik tangan Mikayla untuk bangun setelah mengikat tali kasut.

Muiz tayang gigi. "Memang nak bawa sayang jumpa dia pun.  Tapi sayang nak ke jumpa dia?" Soal Muiz kedengaran ragu-ragu. Wajah tidak yakin dipamerkannya.

Wajah Mikayla kemudiannya dipandang tunak.

"Kenapa?" Soal Mikayla dengan kening bertaut. Dia mulai merasa tidak enak.

"B takut you tak selesa je.. Cause she's my.. Hmm. Ex." Jelas Muiz dengan teragak-agak.

Riak Mikayla berubah sedikit menjadi kelat. Hatinya disapa rasa cemburu. Ramai betul ex si Muiz ni. Serata tempat ada.

"Look, kalau b nak I join, I join. Tapi kalau b nk privacy, then go on. I boleh je jalan sorang-sorang. Well it's better than tak pasal-pasal kena tampar." Balas Mikayla dengn rajuk yang jelas kedengaran.

Kejadian dia ditampar oleh Elya di butik beberapa bulan lalu tidak mampu dipadam oleh memorinya kerana itulah kali pertama dia ditampar.

Muiz memaut bahu Mikayla. Dia ketawa kemudiannya. "Kenalah bawa, nanti ingat b ada skandal pula. Alang-alang ada sekali ni kita bagi kenal terus la."

Mikayla hanya menuruti Muiz ke Madame Tussauds yang berada berhampiran Darlinf Harbour yang sudah dikunjunginya semalam. Mikayla sudah pelik dengan kelakuan suaminya itu.

Muiz dipandang dengan wajah tidak puas hati. "B main-main kan?" Soal Mikayla sambil bercekak pinggang.

"Main-main apa pula?" Jawab Muiz malas dengan nada tidak bersalah.

"Cepat bagitahu I, b nak jumpa siapa." Ugut Mikayla sambil memegang pipi Muiz dengan kedua belah tangannya.

Muiz memegang tangan Mikayla yang memegang pipinya sebelum menjawab. "Kita masuk dulu ok? Dia tengah tunggu dekat dalam." Pujuk Muiz sambil menarik tangan Mikayla.

Mikayla menghadiahkan jelingan buat Muiz. Hatinya membentak geram kerana Muiz tidak menjawab soalannya malah memilih untuk mengelak.

Mereka berdua berjalan di dalam muzium tersebut dan masing-masing terpegun melihat patung lilin yang menyerupai selebriti dan nama-nama besar di seluruh dunia.

Keduanya leka mengambil gambar bersama patung lilin tersebut. Bermacam gaya dipamerkan dan Muiz bergilir-gilir mengambil gambar bersama Mikayla.

"Haa sini pun dia." Ujar Muiz.

"Apa?" Soal Mikayla yang masih tidak faham. Wajah Muiz dipandang lama.

"Orang yang b nak jumpa tulah. Here she is." Jawab Muiz selamba.

"And she is.." Mikayla melirikkan pandangan ke arah patung lilin tersebut. "B!" Jerit Mikayla sebaik melihat patung Angelina Jolie di hadapan mereka. Pinggang Muiz dicubit dengan menggunakan cubitan ketam.

Muiz meliuk lentokkan badannya untuk mengelak dari dicubit Mikayla.

"Sayang, sakitlah!" Ujarnya sedikit terjerit. "Ok, ok. I'm sorry ok." Ucapnya seikhlas mungkin. Kedua belah tangan dirapatkan di hadapan wajahnya.

Badannya tidak lagi dicubit Mikayla namun kesan cubitan masih terasa di pinggangnya.

Mikayla senyum sinis. "Ok then, tapi ada syarat."

"Alahai nak minta maaf dengan isteri sendiri pun bersyarat bagai. Sayang lupa ke yang b ni ada kuasa veto?" Omelnya tidak puas hati. Sempat juga dia menyelitkan ugutan untuk mengenakan Mikayla.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now