Bab 8

6.5K 266 5
                                    

Sampul yang diberikan Muiz sewaktu di dalam kereta tadi dibuka oleh Mikayla setelah dia bersendirian di dalam bilik.

Tangan kanan menarik perlahan kepingan wang di dalamnya. Mata Mikayla seakan terbeliak sebaik terlihatkan not 100 dolar Australia yang tersusun rapi. Kalau awalnya sampul itu tidaklah begitu tebal namun sebaik sahaja dia melihat nilai di dalamnya, Mikayla seakan terkejut.

Helaian wang tersebut dikira dengan teliti. Terdapat lima belas helai not seratus di dalamnya yang membawa maksud jumlah di dalamnya bernilai seribu lima ratus dolar.

"Macam ni sikit Muiz kata?" Mikayla garu kepala.
Sedar akan jumlah yang agak banyak yang diberikan kembar tersebut, Mikayla mengeluh perlahan.

Semestinya dia tidak mampu untuk membayar balik apa yang diberikan oleh Muiz itu dengan keadaan kewangan dirinya dan keluarga sekarang.

Telefon dikeluarkan dan tangannya ligat menaip mesej kepada Muiz.

Duit yang you bagi I ni banyak sangat. Boleh bagi no acc? I transfer balik.

Segera mesej tersebut dihantar kepada Muiz tanpa berlengah. Sebolehnya Mikayla mahu memulangkan duit tersebut secepat mungkin.

Beberapa minit kemudian telefon Mikayla berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Dia  segera membuka skrin telefonnya dan tepat seperti sangkaannya bahawa Muiz membalas mesejnya.

I thought this will never be an issue. Berapa yang I dengan Mel nak bagi you, itu hak kami. You simpan jelah Kay, nanti you guna lah. Maybe harini you tak perlukan duit tu, but who knows esok lusa you kena guna ke.

Mikayla mengetap bibir membaca setiap bait kata yang dibalas Muiz.

I tahu tapi banyak sangat ni. I akan ambil setakat yang I perlu je. The rest I bagi balik.

Balas Mikayla tidak bersetuju dengan Muiz. Dia tidak perlukan duit sebanyak itu daripada Muiz dan Melissa.

You memang dengan semua orang macam ni ke? Stop being so cold to me and just take the money.

Beberapa saat sahaja Mikayla mendapat mesej balasan daripada Muiz yang berbaur kemarahan dan seperti yang dijangka, Muiz takkan berubah fikiran.

"Macam manalah aku nak bagi dia faham yang aku tak perlu duit sebanyak ni." Keluh Mikayla perlahan.

Satu idea terbit dibenaknya dan senyuman terukir di bibirnya.

🌸🌸🌸
Pukul sebelas pagi Mikayla sudah sedia terpacak di hadapan apartment Muiz dan Melissa. Gigih dia naik bas dan berjalan ke situ. Loceng ditekan dua kali sebelum pintu dibuka dari dalam.

Muncul seorang wanita melayu sekitar hujung empat puluhan fikir Mikayla dengan muka yang penuh tanda tanya. Mikayla memandang semula nombor rumah, betul ini rumah Muiz tapi kenapa orang lain yang buka?

"May I know whom you are looking for?" Tegur wanita itu setelah Mikayla kelihatan bingung dan senyap sahaja.

"Sebenarnya saya cari kawan saya, Muiz dengan Mel, dia ada?" Jawab Mikayla jujur.

Senyuman dibibir wanita tersebut terukir lebar. Tangan dihulur untuk bersalaman dan segera disambut oleh Mikayla.

"Laa kawan diorang ke? Muiz dengan Mel ada exam hari ni, kejap lagi balik lah tu. Masuklah dulu." Pelawa wanita tersebut dan Mikayla hanya membontotinya ke sofa.

Niatnya mahu menolak namun apabila wanita tersebut awal-awal lagi sudah masuk ke dalam rumah, dia jadi serba salah.

"Lupa pula nak tanya, ni siapa ya?" Soal wanita itu lagi.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now