Bab 45

5.8K 317 16
                                    

Muiz tiba di rumah kira-kira 9.30 malam. Ibu bapa dan mertuanya sedang berbual sambil menonton televisyen di ruang tamu.

"Lewat balik? Pukul berapa settle breakdown tadi?" Tegur Datuk Mus.

Muiz sudah bingung dengan soalan tersebut. Breakdown apa pula ni?

"Dekat maghrib tadi pa." Jawab muiz selamba merujuk kepada system website butik mummy Ian. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Datuk Mus. "Muiz naik dulu eh? Nak jenguk Kay."

"Baguslah. Tahu pun jalan balik rumah. Ingatkan dah lupa ada bini tadi." Sindir Puan Azura setepek seraya memandang menantunya tajam. Dia langsung tidak menghiraukan kewujudan Datin Anis dan Datuk Mus di situ.

Muiz sudah tersentap dengan ayat yang diucapkan oleh ibu mertuanya. Sedikit sebanyak dia turut merasa malu kerana ditegur sebegitu di hadapan mama dan papanya.

Encik Adnan sudah mencubit perlahan paha isterinya. Baginya Puan Azura agak keterlaluan serta tiada sensitiviti.

Puan Azura membalas perbuatan Encik Adnan dengan mempamerkan muka masam.

Langkah diatur untuk ke bilik tidur. Hati Muiz mulai berdebar untuk berhadapan dengan Mikayla.

Pintu dipaut dan terbuka. Muiz menjenguk sedikit ke dalam. Kelihatan Melissa sedang duduk di birai katil menemani Mikayla.

"Kay tidur." Ujar Melissa perlahan. Tidak mahu menyedarkan Mikayla.

"Mel kalau nak rest pergilah. Muiz boleh tengokkan Kay." Ujar Muiz dan Melissa bangun dari katil. Dia sudah mengantuk sebenarnya kerana hampir seharian berpanas di tapak projek.

"Ok Mel masuk bilik. Tapi kalau perlukan bantuan ke apa, Muiz bagitahulah nanti." Pesan Melissa sebelum keliar dari bilik milik kembarnya itu.

Muiz memilih untuk membersihkan diri terlebih dahulu memandangkan Mikayla masih tidur dengan lena. Wajah isterinya kelihatan sembab akibat terlalu banyak menangis.

Pipi Mikayla diusap perlahan sebelum dikucup lembut.

"Sleep well sayang."

Tidur Mikayla lena di dalam pelukan Muiz hingga ke pagi meskipun badannya masih panas dan demamnya turut belum kebah. Sesekali Mikayla merengek memanggil Muiz dan tenang sendiri apbila dipeluk erat oleh Muiz.

Mikayla bagaikan dapat merasakan ketenangan dan kehadiran Muiz meskipun dia langsung tidak sedar sepanjang malam. Dirinya benar-benar penat dari apa yang berlaku.

Jam lapan pagi Mikayla masih belum sedar. Muiz serba salah samada dia mahu mengejutkan Mikayla ataupun meninggalkan isterinya begitu sahaja di rumah. Dia akhirnya turun ke bawah untuk mencari Acik Hanim.

"Acik, Muiz nak keluar ni. Nanti Kay bangun Acik Hanim suruh dia makan ubat demam lepas makan tau. Semalam lagi dia demam tapi Muiz tak sampai hati nak kejutkan." Jelas Muiz sekaligus.

"Baiklah Muiz. Makanan dia mama dah siapkan tadi sebelum pergi butik."

"Terima kasih Acik Hanim. Sebelum lunch Muiz balik." Ujarnya sebelum berlalu. Kereta dipandu untuk berjumpa dengan Ian.

🌸🌸🌸

"How was it?" Soalnya penuh minat. Punggung dilabuhkan di atas sofa di sisi sepupunya.

"She was hurt. Badly. I think she lost the baby. I mean, by looking at the blood and all." Jawabnya yakin.

Tangan kanan diangkat dan mendapat balasan sebagai tanda high five.

Bir diteguk tanpa rasa berdosa. Keduanya seakan lupa bahawa arak itu haram lagi memabukkan.

"Ed must be a crybaby. Huuu. For what happened to his wife and baby." Ujarnya lagi setelah selesai meneguk air haram tersebut.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now