"Bro, asal kau macam clingy sangat eh? Baru-baru kahwin memang macam tu ke?" Soalan Ian memecahkan hening di dalam kereta yang hanya ditemani lagu sebelum ini.
Muiz memalingkan wajah ke arah Ian. "Maksud kau?"
Ian mengeluh perlahan. Hek eleh Muiz ni acah-acah tak faham pula.
"Yalah nak datang tadi macam susah je. Siap berpeluk-peluk macam taknak lepas je. Semalam tak on ke apa?" Balas Ian selamba dan langsung tak bertapis!
Muiz terkulat-kulat dengan ayat yang dituturkan oleh Ian itu. Alahai Ian dengan Melissa ni sama je suka tanya soalan cepumas macam ni tiba-tiba.
"Kau kahwin nanti tahulah. Silap-silap haribulan Mel nak keluar bilik pun tak bagi." Sindir Muiz kemudiannya. Sengaja mahu mengalihkan perhatian Ian dengan mengenakannya.
Ian ketawa mendengarkan balasan Muiz. "Kau cakap macam berdasarkan pengalaman je." Bahan Ian lagi.
Cis ingatkan nak kenakan Ian namun dia yang terkena semula.
Muiz hanya berlagak tenang. Kalaulah Ian tahu hubungan dia dengan Mikayla tidak seperti pasangan suami isteri yang sebenar.
"By the way bro, aku ingat kau ada isu dengan Kay tapi bila tengok korang harini aku tak rasa pula yang korang gaduh semalam." Ujar Ian. Mood pakcik bawang dia sudah datang.
"Eh eh busybodynya kau. Ni mesti dah berjangkit dengan Mel ni. Dia makcik bawang, kau pula pakcik bawang. Haa sesuai sangat dah tu." Omel Muiz buat-buat marah kepada rakan baiknya itu.
Ian mencemik apabila Muiz membebel. "Hek eleh kau pun pakcik bawang juga. Ingat tak kalau aku gaduh dengan Mel, siapa yang paling sibuk nak tahu? Kau juga kan? Kau takpelah bercinta pun sorok-sorok, tahu-tahu je dah nak kahwin. Kasi can la aku nak korek sikit." Dia masih belum mengalah namun Muiz bo layankan Ian.
"Muiz, Kay tak cakap apa-apa ke bila kau kena teman aku ni?"
Muiz mengetuk dahi dengan soalan Ian.
"Aku malas lah nak jawab soalan pasal rumah tangga aku ni. Tak wajib dijawab pun." Balas Muiz tegas. Dia risau sekiranya terlebih bercerita, dia bakal memberitahu Ian hal yang tidak sepatutnya.
🍃🍃🍃
Muka Mikayla pucat lesi. Dadanya berdebar menggila. Kaki melangkah keluar dari kereta dengan keadaan seperti jelly.
Dia melangkah perlahan untuk melihat bahagian hadapan kereta. Baru sahaja masuk untuk menghidupkan enjin, sedar-sedar kereta milik Muiz sudah dilanggar oleh kereta yang diparkir sebelah.
'Itulah Kay cakap lagi bukan-bukan. Kan Allah dah tunjuk.' Desis hatinya.
Mikayla berjalan menghampiri kereta yang melanggarnya. Tingkap bahagian pemandi diketuk. Dia agak bimbang sekiranya penjenayah yang melanggarnya tadi dan itu meripakan modus operandi mereka.
"Kay! Jangan fikir bukan-bukan lagi boleh tak." Marahnya kepada diri sendiri perlahan.
Seorang perempuan keluar dari kereta serta diikuti oleh seorang lelaki di bahagian penumpang.
"You?" Tegur satu suara.
Mikayla mengalihkan pandangan dari peempuan tersebut kepada lelaki yang menyapanya.
"Zaim?"
Wajah tersebut mengukir senyum. Dia menghampiri bahagian hadapan kereta yang dibawa Mikayla.
"Terseret banyak juga ni. You mungkin kena tukar bumper bawah. Hari ni dah tak sempat. Esok boleh? I whatsapp location nanti sk kita jumpa dekat sana." Ujar Zaim.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...